Malam itu aku sedang fokus belajar dan ulangkaji memandangkan minggu depannya sudah start periksa. Aku dan Faeya memang tak chat langsung sebab yelah kan dua-dua nak belajar. Hujan yang cukup lebat membasahi bumi dari jam 9 lagi,jadi memang aku sedap belajar di dalam bilik dan bersendirian. Selang beberapa minit , telefon aku disambut dengan satu call daripada Faeya.
"Zafrin , aku tak pandai sangatlah math, ajar sikit"
"Kalau ye pun pahal sampai call?"
"Biarlahhhh" keluh dia.
Sebenarnya rumah aku takdelah jauh mana dari rumah dia , lebih kurang 4 hingga 5 kilometer sahaja. Kalau jalan kaki , dalam 15 minit sahaja. Oleh sebab itu , keesokkannya dia datang ke rumah untuk aku ajarkan soalan matematik yang dia tak faham tu. Mama pun gembira je nampak bila Faeya datang. Dialah yang ajak-ajak Faeya ni datang haritu masa makan-makan. Aku memang seganlah jawabnya, aku tak sangka pulak dia akan datang rumah untuk belajar sama-sama."Faeya nak minum apa-apa ke?" soal Mama"eh tak apalah makcik , saya datang nak belajar je" "Takpa,nanti kalau nak minum ke dapur ya.."
Aku malas nak buang masa sebab dah tak tahan malu sangat-sangat. Aku pun terus ajar dia satu demi satu soalan yang dia tak faham. Ajaran Ustaz Syed memang melekat dalam kepala otak aku , dia antara guru matematik yang aku respect since dia ada Ijazah dalam bidang Matematik di UTM. Tak bermakna yang taka da ijazah tu aku tak respect , cuma lebih respect bila seseorang itu berkelayakan.
Selepas aku siap ajar Faeya soalan matematik tu , fikiran aku terlintas untuk tunjuk Faeya satu video yang aku dapat tempoh hari dari group batch. Aku nak hiburkan suasana , sebab dekat meja belajar bukan ada aku dan Faeya sahaja , Sara dan Kimi pun ada buat homework masing-masing."Cuba kau tengok video ni , kuat sikit volume tu..""ok ok.." Video yang berdurasi 3 minit itu merampas fokus Faeya dari belajar .."Ahhhhh!" jerit Faeya lantas phone aku dicampak.."Kenapa sampai campak!!!" kata aku. Dia menjerit kerana video itu adalah video seram yang tiba-tiba muncul wajah hantu di akhir video itu , memang sengaja aku nak gelakkan dia,tapi phone aku jadi mangsa . Dahlah buruk phone tu , kau campak lagi , hampir berakhir hayat phone aku tu tadi.
Dia sibuk membetul-betulkan tudung bawalnya yang berwarna hitam itu sebab nampak Hakimi turun dari tingkat atas. Katanya Hakimi handsome. Statement tu memang boleh ajak gaduh. Aku cukup tak suka bila orang lebihkan adik aku daripada aku. Mana-mana orang pun akan ada rasa tidak puas hati dengan adik-beradik masing-masing. Kimi pun turun dan terus ke tempat dia duduk tadi."Belajar ke dating ?"" Memang taklah aku nak suka dia ni" kata aku.
Beberapa minit selepas kami duduk diam di meja belajar tu , Faeya bertanyakan soalan yang begitu deep buat aku . "Zafrin , kau suka aku kan?" soal Faeya."Kau merepek apa" . Merah muka aku dibuatnya . Yelah , adik-adik aku ada kat situ kot?!
Sebenarnya , aku memang sudah jatuh hati padanya. Lama dah. Dari mula aku nampak dia masa aku berbual dengan Nauf lagi. Pada pembaca , inilah yang dipanggil schizoparanoia. Aku akan fikir dan bercakap sendiri dalam hati tentang sesuatu benda itu. Ya , aku asyik terfikir siapa dia ni sebenarnya sebelum ni adalah kerana aku jatuh hati padanya. Terjawab sudah misteri yang aku tanya.
Tapi aku tidak akan benarkan mulut aku untuk melafazkan kata yang aku memang sukakan dia.Soalan Faeya membuatkan aku rasa mahu bersendirian sementara memandangkan rasa malu sudah menebal ."Dah nak balik dah ke Faeya?" soal Mama."Haah makcik , saya minta diri dulu ya"
YOU ARE READING
The Best of Us
RomantiekZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...