"Ting!" iPhone 4 yang aku pakai ketika itu berbunyi. Terpampar satu mesej dari aplikasi messenger tertulis di notification aku . Sudahlah pelik nama akaun facebook itu , siap cakap melayu! Memang terkejut beruk aku masa tu.
"Assalam kau ni Zafrin kan?"
"Wasalam ya ni aku,kau siapa?"
"Zafrin yang gatal gileee tu?"
"Eh sedap kau je cakap aku macamtu , dahlah tak kenal aku , bukan sekolah aku pastu cakap macam kenal aku"
"Siapa kata aku tak kenal kau?"
"Kau pelajar baru tu ke?"
"Ya , kelas sebelah kau je"
Memang gaduh besar kami masa tu , bayangkanlah , entah siapa-siapa mesej kau guna nama Korea pastu label kau buruk-buruk. Puas aku mencari budak perempuan yang aku nampak masa aku berbual dengan Nauf kat kelas sebelah haritu. Tiba-tiba aku rasa macam perempuan yang aku cari tentangnya di media social dan aku fikir saban hari tu sebenarnya chat dengan aku."Wei Zafrin kau nak tahu fakta tak?"
"Haa apa dia?" soal aku.
"GAT akan menang sukan tahunan tahun ni"
"GAT? Rumah sukan warna apa tu?"
"Kuninglah, aku kan rumah kuning"
"weii rumah kuning JAT lah , Jaafar At-Toyari"
"alahh pape jelah"
Gelak tawa menjadi teman kami pada malam itu dek kerana dia terlalu excited sampaikan sebut nama pasukan rumah sukan pun boleh salah. Jelas , dia seorang yang pandai membuat jenaka yang memang masuk otak aku,sama-sama masuk air. Sepanjang tempoh perkenalan kami sebagai rakan sekolah , banyak juga yang kami buat gila . Aku dan perangai kelakar aku memang tak boleh dipisahkan. Kadang-kadang gaduh juga benda yang remeh temeh macam gaduh pasal siapa yang akan jadi juara Sukan Tahunan sekolah kami. Masuk hari ketiga aku berkawan dengan dia , aku bagaikan terlupa yang aku tidak pernah bertanyakan pada dia, siapa dia yang lebih detail. Entah kenapa aku tidak sedar aku berkawan dengan orang yang aku sekadar tahu dia adalah rakan sekolahku,sedangkan namanya sendiri aku tidak pernah bertanyakan.
6 Febuari , tepat pada tarikh ini , aku masih ingat yang aku ingin bertanya pada malam tersebut namanya siapa dan tentang dirinya yang lebih detail. Tetapi disebabkan kepenatan yang menyinggah di tubuhku , aku tertidur pada malam itu , so memang taklah nak dapat tahu pasal dia, dah tertidur memang tak bangunlah.
"Tok! Tok! Tok!" terkejut aku bila mama ketuk pintu dan jam telefon aku terpampang pukul 6:15 pagi.
"ehhhh Mama ! abang tertidur semalam! Homework tak siap , buku belum kemas maaa!"
"okay goodjob abang,do it now!" sinis mama.
Memang kelam kabut aku dibuatnya, aku mandi , usai mandi aku terus lap dengan tuala lantas aku capai je baju sukan berwarna merah yang tergantung di ampaian baju aku. Pagi itu baru aku teringat yang aku sepatutnya bertanyakan nama budak perempuan baru itu. Menyesal tak sudah aku. Tapi takdelah menyesal mana , aku dapat tidur puas jugak. Bas aku memang akan terpacak depan rumah aku jam 6:45 pagi. 5minit sebelum waktu itu lagi aku dah tunggu depan rumah dengan Kimi dan Sara. Macam biasa , aku akan merungut .
"Bawak bas ke bawak lori pakcik ni". Sara akan cuba jawab dengan niat nak tenangkan aku , "nak cepat jalan kakilah". Aku malas nak layan , aku tahu tiada manfaat akucakap dengan lawak macamtu dalam keadaan aku stress , mana taknya aku tak kenal lagi nama budak baru tu.
YOU ARE READING
The Best of Us
DragosteZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...