Dengan muka yang berminyak dan berpeluh , aku pulang dengan bas sekolah aku. Penat tu memang pastilah , aku duduk sebelah Hamzah .."huhh,panas betul harini" "tulah , badan aku pun berpeluh" tambah Hamzah. Memandangkan perjalan pulang ke rumah dari sekolah ambil masa agak lama , lebih kurang satu jam , aku pun ambil kesempatan untuk tidur sekejap . Riuh rendah jugak bas aku tu , maklumlah budak sekolah rendah main dengan kawan-kawan diorang sampai aku nak tidur pun jadi tidur-tidur ayam .
Hamzah mengejutkan aku , ingat kan dah sampai rumah , rupanya dia nak salam sebab dah sampai rumah dia , stress aku dibuatnya. Aku mula tidak selesa dengan situasi badan aku yang tengah melekit sebab peluh , aircond lagi , haih memang lesu lah jawabnya. Sampai sahaja di rumah , aku terus campak beg aku di tepi pintu bilik .
"Eh abang , letaklah beg elok-elok" pesan Sara.
"Abang lapar and nak makan".
Terus Sara capai beg itu dan letak di dalam bilik aku. Sara seorang yang rajin dalam keluarga aku, dia bangun awal pagi untuk buat sarapannya sendiri semasa usia dia baru 7 tahun. Itu biasa lagi , yang paling aku teruja , sarapan yang dia buat tu sedap guys!
Kali pertama aku menjamah sarapan yang dia buat , memang aku rasa macam seorang Chef yang masak. Makanan pertama yang dia masak dan aku makan ialah sandwich ayam. Hasil ajaran mama dan bakat yang diturunkan dari mama. Mama seorang yang rajin memasak , kalau tengok akaun insta mama , dah macam akaun rasmi program MasterChef ! Ya aku tahu korang semua tertanya , antara Mama dan Sara , siapa yang aku maksudkan dalam tajuk bab ini ? unexpected girl. Dua-dua bukan. Begini bermulanya kisah unexpected girl.
"Ting!" mesej masuk.
"Zafrin , kau dah sampai rumah ke belum?" soal kawan perempuan aku tu.
"haa dah dah, baru sampai,nak makan kejap lagi"
"okay makanlah dulu , jangan tak makan!"
Aku terus ke dapur dan mama telah meninggalkan lauk asam pedas ayam dan sayur bayam , kami tiga beradik habiskan lauk tu petang tu jugak , memang kami lapar masa tu , lantaklah nak!
"okay dah siap makan"
"haa okay ,aku pun baru siap solat asar" jawab dia.
"aku aku nak Tanya lah , sebenarnya nama kau ni siapa eh? Ada Facebook je ke?"
"Nama aku? Haha okk , nama aku Faeya, aku ada je whatssapp, nak nombor ler tu hahaha"
" kau yang duduk belakang Nauf tu ke?"
"hmmm... haah"
Aku terdiam sekejap , selama ni aku susah payah cari perempuan yang aku nampak masa berbual dengan Nauf haritu , yang menghantui fikiran aku , yang aku cari , rupanya aku sudah berkawan seminggu dengan orang yang aku cari selama ni!"laa yeke , asal kau pakai nama korea?""biarlah fb aku , bukan fb kau" kata Faeya.
Sejak dari itu , kami mula rapat , entah kenapa aku bagai seorang raja yang terlalu gembira sebab ada kawan baik yang sama kepala. Kongsi masalah bersama , kongsi gelak tawa dan macam-macamlah yang seorang bff akan buat. Ceh , padahal baru seminggu. Suatu petang , aku nak main bola petang tu , so aku cakap kat dia yang aku nak main bola , dia kata dia tak izinkan sebab dah nak hujan . Aku pulak degil , aku cakap takkan hujan punyalah . Aku pun pergilah jalan kaki ke padang , belum sampai padang lagi ,tiba-tiba hujan turun. Aku balik dan terus kata kat dia ,"camne eh kau power sangat boleh tahu hujan ke tak?"
YOU ARE READING
The Best of Us
RomanceZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...