29 November , hari ulangtahun Faeya. Sebelum ini , Faeya sering menunjukkan aku kasut vans oldskool yang berwarna hitam putih yang ada dijual di Instagram. Aku memberi tahu pada Faeya yang kasut itu cantik dan sesuai untuk dia pakai. Dalam diam , aku sudah pun beli kasut itu untuk hadiah di hari ulangtahunnya .
Pada esoknya, aku memberikan sebuah beg plastik yang berisi kotak di dalamnya." Apa ni Zafrin?" soal Faeya." Memang semalam hari jadi aku kan?" sinis aku."Ohh..hahahahahha ngoklah kau ni , seriouslah untuk aku!! thanks Zafrin!" dengan penuh gembiranya Faeya mengambil beg itu. Pada malamnya , laju sahaja telefon aku berbunyi. Aku terkejut , dah kenapa tiba-tiba je telefon aku berbunyi-bunyi. Rupanya , Faeya call aku ."Wei Zafrin !! Kenapa baik sangat!" jerit Faeya sambil menangis , aku dengar tangisannya di telinga aku yang sedang melekat dengan telefon.
"Dulu kau kata kau nak kasut tu , aku belikanlah , jaga baik-baik" pesan aku. Sebab sebelum ni , Faeya selalu juga hantar DM instagram gambar kasut-kasut jenama Vans. Mengikut naluri aku , mesti dia nak ni. Jadi , aku pun belilah senyap-senyap untuk hadiah hari lahirnya. Siapa je yang tak nak berkorban untuk orang yang dia sayang kan? Aku guna duit tabung belanja aku.
Malam itu Faeya tidur dengan cukup lena , sambil meletakkan kasut barunya itu di sebelah tempat dia tidur. Malam itu juga aku tidur dengan rasa cukup puas hati kerana dapat gembirakan crush atau kawan baikku sendiri. Mungkin ramai faham apa perasaan gembirakan kawan baik.
Aku ditolak jatuh dari katil. Aku naik geram, tiba-tiba je aku kena tolak. Aku diberitahu oleh Kimi yang Faeya kemalangan di simpang empat depan rumah aku. Aku bergegas! aku tak sempat capai apa-apa , aku hanya mampu capai jaket aku dan terus keluar. "Zafrinnnnn" , aku dengar jeritan itu , jelas itu adalah suara Faeya. Puas aku mencari. Sedang aku mencari-cari arah suara Faeya itu , aku dilanggar oleh sebuah kereta Myvi . Aku tercampak 50 meter dari tempat aku dilanggar. Aku terbaring dan tak dapat melihat apa-apa. Aku tak tahu kenapa aku puas mendengar jeritan dari Faeya memanggil aku , tapi aku sendiri telah dilanggar dan tercampak.
Mata kabur , badan aku terasa sengal. Rupanya itu hanyalah mimpi tiduran aku. Buat cuak aku je lah. Aku bangun dan terus capai tuala untuk ke bilik mandi. Aku jejakkan kaki aku ke dalam bilik mandi , rasa sejuk lantai terus meresap ke dalam tapak kaki aku. Aku tetap bersemangat untuk ke sekolah memandang hari tersebut adalah hari terakhir persekolahan. Kaki berkasut hitam , aku jejak tangga bas. Pakcik Ros , pemandu bas aku yang sangat peramah. Memang dia rajin singgah di mana-mana stesen minyak , sambil-sambil dia isi minyak bas kami ambil kesempatan untuk membeli-belah di gerai . Sofia yang merupakan batchmate aku dan satu bas dengan aku , Fas dan Yana. Semua batchmate aku."Haa naik naik" ujar dia.
Aku seperti biasa , ucapan salam menjadi kata pertama aku sebelum duduk di bangku baris keempat dari depan. Aku tutup leraian ikatan langsir bas , aku tidur. Itu memang mana-mana pelajar akan buat , maklumlah sekolah jauh. Aku tinggal di Taman Universiti , sekolah dekat Senai. Memang melantak tidur lah. Perjalanan mengambil masa satu jam lima belas minit, lebih kurang je , tak adalah tepat-tepat. Macam-macam bunyi yang ganggu lena aku. Sudah tentu dari pelajar-pelajar junior aku. Ada yang jadi ultraman lah , superman lah , Mr. Ragaman pun ada. Fenomena. Aku pun tiada pilihan, aku ambil beg , tutup muka. Lena aku tidur , nasib tak berdengkur. Kalau berdengkur , memang conteng arang di muka sendiri lah. Sofia ada , Fas ada. Dua-dua ni kalau bergabung haa memang kasanova giler!
YOU ARE READING
The Best of Us
RomansZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...