Bab 10 : MELANK0LIK TERAKHIR

58 8 4
                                    

Faeya mendapat panggilan untuk membentangkan produknya dalam satu syarikat kosmetik terbesar di Malaysia , iaitu Terlajak Lansing. Faeya akan membentangkan beberapa produk dan perancangan produknya supaya diserap ke dalam syarikat kosmetik tersebut. Sudah tentu pejabat syarikat tersebut terletak di ibu kota Kuala Lumpur . Faeya pada mulanya mengajak Amir untuk menghantarnya ke KL untuk sesi pembentangan tersebut , namun Amir sibuk dengan kerja.


Seperti biasa aku sentiasa menjadi pilihan kedua untuk memenuhi kehendaknya. Aku sudah tentu gembira kerana dapat menemani Faeya ke Kuala Lumpur..Aku pun pelik kenapa kadang dia ignore aku kadang dia cari aku. Tapi aku tetap akan ada untuk dia , kawan mana nak tengok kawan dia susah?


Dua hari kemudian , aku siap-siap untuk ambilnya di rumah dah terus masuk highway untuk ke Kuala Lumpur. Tepat jam 8.15 pagi aku sampai di depan rumah Faeya , ibu ayah pesan bawak anak perempuannya itu baik-baik , aku iyakan aje. Banyak juga barang yang dia nak bawak , hampir satu per tiga kereta aku ialah barang-barang produk Faeya. Tak apalah Faeya, untuk kejayaan kau aku boleh buat apa-apa je. Awal perjalanan kami hanya berbual tentang tawaran ini. Bukan main beria dia cerita tu cerita ini , dia kata dia tak sabar nak diserap ke dalam syarikat Terlajak Lansing itu untuk menjadi seorang usahawan syarikat mereka.


Jam kedua , Faeya mungkin kepenatan dan dia tidur sekejap. Aku yang ngantuk juga sebenarnya berhenti di RnR Pagoh , dan aku tidur di wakaf yang ada di situ. Aku taknaklah ganggu dia tidur jadi aku turunkan sedikit tingkap dan rezeki akulah dapat park kereta dekat-dekat dengan wakaf tempat aku berehat tu. Apa-apa jadi , senang aku bangun. Perjalan bersambung lepas setengah jam aku berehat ."Weh Zaf , aku lapar lah""Jom makan aku ada tempat special untuk makan nasi lemak" kata aku yang sedang memandu.WARUNG PAK LAH, Warung yang pernah menjadi persinggahan bila aku sekeluarga mahu sarapan . Warung Pak Lah di Pagoh memang terboek , nasi lemak kari ayam. Lain orang lain citarasa. Aku ajak Faeya duduk dan minta dia cuba Nasi Lemak Kari Ayam . Kau ingat kari ayam dia kari ayam biasa? Ayam dia ayam goreng baru dicampur kuah kari , pastu makan dengan nasi lemak. Pergh! Merecik Hawau Lahabau Carabao . Peminat bola je tahu Carabao tu apa kah kah kah!


Selesai makan dengan puas , kami teruskan perjalanan lebih kurang 2 jam lagi . Sedang kami berbual tentang apa yang Faeya perlu buat dan memberi semangat padanya , tia-tiba keluar lagu Tentang Bulan yang cukup-cukup mengimbau kenangan kami sewaktu sekolah dulu. Sebuah lagu yang menceritakan dimana persahabatan lebih penting daripada cinta. Masuk je korus , ahhhh tak dapat tahan. Kami nyanyi sama-sama. "INIIII KISAHHH TENTANG BULANNNN , BULAN BINTANG JADI KAWANNNNNNN" . Aku dan Faeya tak pernah kisah tentang suara tak sedap kami , apa kami kisah asalkan kenangan dapat terimbau. Namun , suasana menjadi kembali awkward bila sampai part "Begitulah persahabatan yang cuba kami eratkan , Moga berkekalan selamanya" Kenapa aku kata awkward ? Sebab masa lirik "Moga berkekalan selamanya" hanya aku sahaja yang nyanyi part itu. Kami berdua terdiam kemudiannya , seolah-olah Faeya tahu yang aku inginkan persahabatan kami kekal selamanya. Aku pandang dia dan dia pandang aku , terus tak jadi nyanyi . Namun , seribu satu makna yang tersirat antara kami.


Bayangkan 2 jam lebih tu kami hanya berdiam , dia main phone dan aku teruskan memandu. Alhamdulillah selamat juga sampai di ibu kota . Kami terus ke kedai makan untuk makan tengahari sekejap. Masa nak makan tu ada lah berbual juga , tak mahu bual panjang , makin jengkel. Makan tengahari macam biasa , siap makan terus ke pejabat syarikat Terlajak Lansing tu . Betul-betul depan pintu masuk aku turunkan dia , sebelum dia turun sempat juga aku ucap "goodluck , kau boleh punya". Dia senyum , aku tolong turunkan barang dan dia terus masuk ke tempat yang dia harus pergi. Jauh macam mana pun , aku tetap tunggu dekat bangunan tu . Aku parking kereta dan tunggu dalam kereta , kot apa-apa jadi kan? Cehhhh.

The Best of UsWhere stories live. Discover now