Tanpa sedar , aku dan Faeya sudah berkawan selama 5 tahun. Kini kami berusia 21 tahun. Masing-masing meneruskan pelajaran di tempat yang berbeza. Aku sambung belajar dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya , Faeya meneruskan pelajarannya di luar negara . Dia belajar dalam bidang keusahawanan di London. Pasti ramai tertanya apa yang pada kami lepas habis SPM.
Nak dijadikan cerita , hari terakhir kami berada di sekolah. Aku hampir menangis , ya lah aku tak sangka itu adalah kali terakhir aku menjejakkan kaki di sekolah , kali terakhir aku pakai baju sekolah dengan Lahqad , dengan Faeya , Lilla , Fas kekasih Amran tu. Aku balik sekali dengan Faeya. Sebab , mama menjemput Faeya untuk makan tengahari bersama di rumah. Sebelum dia balik rumah lepas dah makan tengahari di rumah aku , kami ada berbual seketika , kerana menyangka itu adalah terakhir buat kami."Weh , pasni kalau bosan ajaklah aku lepak" kata Faeya."Hahaha , lepak? Lepasni dah sambung belajar , nak lepak apa""Nanti cuti semester masa kat universiti , aku datang amek kau , aku bawa keretalah time tu" pesan Faeya.
Kereta ibu Faeya tiba tepat selepas kata-kata itu keluar dari mulutnya. Ya, aku semakin sedih. Bila agaknya dia akan tahu yang aku sukakan dia? Tapi , persahabatan ini lebih peting bagi aku . Aku rasa aku tak layak . Dia baik dan cantik dengan caranya , malah aku jauh nak dibandingkan dengan Amir . Bak kata orang , cermin diri dulu sebelum pandang bidadari. Sejak dari itu , kami masih berhubung . Sampailah tibanya keputusan sambung belajar keluar . Aku sangat gembira dapat tengok Faeya gembira. Itulah sahabat , senyum untuk senyuman sahabat.
"Weh!! Zafrinnnnn!!!!" jerit Faeya dari luar rumah aku. Aku yang masa tu tengah makan tengahari jadi terkejut , suara siapa pulak yang panggil aku dari luar rumah tu. Aku menjenguk di tingkap , oh rupanya Faeya . Aku cepat-cepat buka pintu , ye lah aku pun pelik kenapa tia-tiba datang jerit-jerit , macam ada benda penting je."Haaa asal?! Masuk-masuk!" kata aku dari pintu rumah."WEHHHH AKU DAPAT SAMBUNG KAT LONDON , BUSINESS STUDY!" kata Faeya yang sungguh eksaited bebeno."Yeke?!! Wuhooo!!!! Tahniaahhh wehh!!" jerit aku dalam rumah."Kau sambung mana?" soal Faeya."Aku tak check pun lagi , jom teman aku check kat atas?" Kami naik tangga untuk ke atas , nak check keputusan aku sambung di mana. Laman web IPT kami buka dan sebelum keputusan itu keluar , sebenarnya Faeya berharap aku untuk dapat sambung sama tempat dengannya di London. "Minta-mintalah kau dapat belajar dengan aku Zafrinnnnnn" .
Pap! Keputusan terpampang di permukaan laptop aku. Tidak , aku tidak dapat sambung belajar dengannya di London. Aku hanya dapat di Universiti Malaya , jurusan yang aku sangat-sangat idamkan selama ini , undang-undang. Wajah Faeya berubah lepas tengok keputusan aku , tapi dia masih tersenyum dan dia cakap "takpe , sekurangnya kita boleh jumpa bila aku balik Malaysia nanti , amaciaaaam?" . Sudah tentu aku tersenyum melihat reaksinya yang juga gembira melihat keputusan aku dapat sambung belajar dalam jurusan yang aku mahu. Pesanan aku pada pembaca , kejarlah impian dengan harapan , tapi kejarlah dengan teman , kita tak akan sejauh ini tanpa teman. Faeya , thank you.
Cukup dengan sesi throwback. Kini kami di dua kehidupan yang berbeza dan baru. Jauh jarak kami. Tapi aku tak nafi yang Faeya mungkin lebih sayang Amir berbanding aku , meskipun aku jauh. Kadang ada juga dia mesej aku , katanya rindu nak balik Malaysia . Rindu ibu ayah dia , rindu aku , rindu Sara , Kimi , mama papa. Aku hanya mampu tenangkan dia dan berkata , "tak apa , kau balik kan cuti nanti , nanti aku ajak ayah ibu pick up kau kat airport". Faeya panggil parents aku mama papa , aku panggil parents dia ibu ayah. Kadang dia gila juga Faeya ni , dia pergi video call aku , mama atau papa. Pernah juga dia video call Kimi , aku pula bukan selalu ada dengan Kimi. Lagi terharu aku bila dia video call aku masa dia nangis. Dia kata dia rindu nak main basketball , rindu nak belajar sama-sama , rindu nak makan sama-sama . Ye , kawan baik mana yang tak rindu kawan baiknya sendiri. Even aku pun rindu Amran , Lahqad. Nak gelak-gelak dekat kelas. Pada pelajar sekolah nowadays , sedarilah , kalau nak jadi nakal tak ada masalah asalkan jangan jahat. Cipta lah memori dengan sahabat sebanyak mungkin , jangan biarkan diri itu kurang kenangan bersama untuk kita rindu pada masa akan datang.
YOU ARE READING
The Best of Us
RomanceZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...