Tanpa aku sedar , tahun ni merupakan final year kami. 6 tahun dalam bidang undang-undang dan dia 6 tahun dalam bidang keusahawanan. Tahun yang paling struggle untuk mana-mana pelajar . Meskipun struggle , ia juga merupakan tahun paling menyedihkan , tahun di mana kita akan tinggalkan kawan-kawan , housemate , roommate dan classmate. Aku akan keluar sebagai seorang peguam dan Faeya sebagai seoranG ahli usahawan.
Aku hanya ucapkan "goodluck" pada Faeya sebelum dia masuk ke dewan peperiksannya yang merupakan dua hari lebih awal dari peperiksaan aku. Aku hanya ada 3 kertas , Faeya ada 4 kertas. Sememangnya ujian undang-undang amat susah , hafal akta . Balik sahaja dari ujian , Faeya mesej aku dan kata yang dia dapat jawab , Alhamdulillah . Aku yang sedang makan tengahari ketika itu , cuba call dia."Faeya is on another call" yang tertulis di phone aku. Aku hanya memikirkan yang mungkin dia tengah call Amir. Tak apalah , aku letak phone dan teruskan makan. Tiba-tiba mesej dari Faeya muncul , "Kau nak apa?" . Aku yang terkejut dengan mesej tu terus bangun dan basuh tangan. Aku cepat-cepat baca dan termenung sekejap , sejak bila Faeya cakap dengan aku macam ni. Aku taknak sangka apa-apa , aku hanya membalas " sorry sorry , aku tertekan call tadi". Aku tak nak dia tahu yang aku nak call sebab nak wish dia goodluck kertas esok.
"Haa pape jelah , jangan call aku lagi". Lagi aku terkejut! Sejak bila pulak dia tak suka aku call? Lagi aku risau dan tak tentu arah. Aku habiskan makanan secepat mungkin. Aku terus bayar dan balik ke bilik cepat-cepat. Aku baca balik mesej-mesej lama , aku ada salah cakap ke? Malam tiba , aku nak tegur dia macam biasa . " Heyyoooo buatpe haaa" . Mesej yang cukup ringkas itu langsung tak dibalas. Tapi , dia online. Kali pertama dia online aku nampak tapi dia tak balas , aku sangka mungkin dia tak perasan mesej aku. Ok , kali kedua kali ketiga dan kali keempat , aku tetap nampak dia online tanpa balas. Aku pelik . Tiba- tiba , terpampar mesej dari Amir , "kau block Faeya , bla jangan kawan dengan aku punya gf". Aku macam , eh? Apa ni? Aku sedih sangat dan terus mesej Faeya . Dia tetap tak balas . Nak exam final ni , tuhan uji orang yang aku sayang dah lama . Aku dah tak dapat tahan sedih ni , aku call mama.
"Maa , Faeya ignored me , I don't know why tapi dia langsung tak balas , tak angkat call maa" kata aku sambil menahan air mata . Bukan apa , aku takut aku kehilangan dia. Aku pernah hilang dia , tapi dia hilang sebab dia tengah gembira , aku tak berani ganggunya memandangkan aku bukan siapa-siapa dalam hidupnya pada masa itu. Hanya seorang kawan di sekolah.
Mama hanya menenangkan aku dan minta aku bertenang , mama memberitahu mungkin dia sedang hilang mood . Mungkin masalah belajar , masalah kawan. Tapi , kalau ikutkan kalau ada masalah dia akan cerita pada aku . Tapi tidak buat kali ini , aku dimarah untuk jangan mendekatinya. Hakikatnya , aku perlu sedar aku tak ada hak untuk rapat dengannya . Dia berpunya , aku hanya seorang kawan baik yang punyai perasaan pada dia , namun aku sorokkan. Kau takkan tahu .
Malam aku terus sunyi tanpa gelak dia , tanpa mesej dari dia. Aku penat memikirkan apa silap aku , aku hanya seorang kawan yang lebih mengenalinya sebelum Amir lagi. Namun , aku tetap dengan rendah diri dan merasakan aku mampu layak setakat ini sahaja , seorang kawan. Oh no no , aku kena fokus esok nak exam final . Buka buku dan teruskan ulangkaji merupakan solusi aku malam itu. Akta-akta , fakta kes , hukum mahkamah , arghh aku memang tak dapat fokus malam itu.
Aku buka phone dan check mesej dari Faeya , taka da. Oh rupanya , dia dah block . Memang makin sendu lah aku malam tu , aku cuba call dia guna bill , pun tak dijawab. Ok , aku tak tahu nak buat apa dah . Kami jauh , dia jauh di negara orang , aku hanya di negara sendiri. Jauh buat kami lebih sukar untuk berhubung , tambah pula sumber berhubung dah kena block.
YOU ARE READING
The Best of Us
RomanceZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...