Aku berjalan lenggang kangkung menuju ke kelas pada pagi itu , maklumlah baru sampai sekolah , tiada apa yang ingin dikejar pagi-pagi camtu. Tangga yang berada di hujung bangunan tingkatan dua itu aku naiki."Tokk tokk!" aku ketuk pintu kelas."Assalamualaikum , maaf zah lambat , bas saya yang lambat." Alasanku."ok takpe duduk" jawab ustazah Zahriah.
Aku pun duduk di tempat duduk aku , sambil-sambil tu bersalaman dengan geng aku, Azim , Amran , Marwan , Man dan Aniq . Kami mula berkawan rapat sejak tingkatan satu memandangkan kelas tingkatan dua ini akan sama pelajarnya dari tingkatan satu.
"Awal betul kau datang?" perlinya."Kau pernah makan selipar jamban?" gurau aku dan Man. Man seorang yang tinggi dan menyebabkan kami menggelarnya Man Tiang . Aniq pula seorang yang kurang tinggi tapi memiliki wajah yang tampan , kisah cintanya dengan Lilla yang juga merupakan kawan baik aku dari sekolah rendah lagi memang unexpected . Azim pulak memiliki kedua-dua ciri yang ada pada Aniq dan Man , iaitu tinggi dan tampan. Tapi , namanya ketika itu tidak disebut-sebut di bibir pelajar sekolah kami. Tak kurang juga Marwan seorang yang berkulit gelap tetapi karenahnya memang memecahkan perut kami sekelas dan ya, Amran seorang rakan baikku sejak darjah 3 , rumahnya dekat dengan rumah aku , tuisyen pun sama-sama , main bola pun sama-sama,duduk dalam kelas pun dalam satu group. Memang buku bertemu ruas lah jawabnya.
"ok terima kasih kelas , assalamualaikum.." ucap ustazah Zahriah bagi membenarkan kami keluar rehat . Aku jenis yang bukan makan pada waktu rehat , aku pun tidak tahu kenapa aku tidak gemar turun ke kantin untuk makan,mungkin tak lalu tekak? Seperti biasa , aku akan ke kelas-kelas tingkatan dua yang lain untuk jadi teman bual. Aku ke kelas Tajarrud , aku duduk berbual bersama Naufal , rakan kompang aku dari dulu. Posisi duduk aku menghadap ke belakang kelas memandangkan Naufal duduk menghadap papan putih. Kami berbual bertentang mata.
"Nauf , ade budak baru ke kelas kau?"
" Ada , siapa entah budak perempuan tu , muka putih-putih" ujar Nauf.
Aku pun mengganggukkan aje jawapan Nauf itu . Sedang aku berbual , datang seorang pelajar perempuan yang duduk betul-betul di belakang Nauf , aku ternampak dia sekejap memandangkan aku tidak pernah jumpa dia ni.
"eh Nauf tu ke budak baru yang kau cakap tu?"
"haa ye yang ni lah" jawab Nauf meskipun dia tidak toleh ke belakang.
Sepuluh minit kemudian , masa rehat pun tamat. Aku berjalan ke kelas aku yang hanya bersebelahan kelas Nauf. "Kau gi mana tadi Zafrin?" soal Azim. "Aku lepak dengan Nauf kat sebelah"
"Kau bual ape je?"
"Aku tak kisah pasal bual , aku cuma ternampak sorang budak baru batch kita kat kelas sebelah".
YOU ARE READING
The Best of Us
RomanceZafrin seorang pelajar yang sungguh terkenal dengan sikap 'playboy', namun dia berubah menjadi lelaki yang setia lepas bertemu dengan Faeya . Apakah nasib dua orang rakan baik ini selepas bertahun lamanya bersahabat? Dengan siapa Zafrin setia tu? ...