Bab 7 : SENIOR YEAR

12 2 0
                                    

3 tahun berlalu sangat-sangat pantas. Aku dan Faeya masih sama , masih sahabat karib. Begitulah hidup kami setiap tahun , sebagai seorang kawan baik dan ya , perasaan aku masih pada dia. Juga , aku tidak memberitahunya.


Tahun ini kami akan menempuh SPM , mama dan ibu Faeya mendaftarkan kami ke pusat tuisyen yang sama. Memang aku dan Faeya selalu belajar bersama , biasanya di rumah aku. Kenapa aku masih tak memberitahunya tentang perasaan aku terhadap dia? Aku rasa korang sendiri boleh agak kot. Ya , sebab dia masih kejar dan idamkan Amir. Aku dengan rasa hina , aku sedar aku siapa. Aku tak nak sebab perasaan aku ni , persahabatan aku dan Faeya lebur .


Setiap kali ulangtahun Faeya , mama akan jemput keluarga Faeya untuk makan malam bersama-sama di rumah aku. Kami makin dewasa , dulu bolehlah main playstation sama-sama bila sambut harijadi Faeya. Tapi ni dah tingkatan 5 , bila sambut harijadi Faeya kami hanya duduk makan dan dengar perbualan ibu bapa kami. Mama sahaja yang tahu tentang aku sukakan Faeya .


Pada tahun 2017 , kami sambut di rumah Faeya hari jadinya. Tiba-tiba , terpacul satu soalan yang cukup mengejutkan aku dan cukup menyedihkan bagi aku. Soalan dari ayah Faeya ,"Agak-agak nanti korang dua dah masuk universiti , kita sambut lagi tak birthday korang macamni?"


Mama tahu aku sedih dengar soalan macamtu. Semua terdiam , namun papa dengan tenangnya menjawab "InsyaAllah". Aku pun cepat-cepat senyum , seperti biasa aku takkan izinkan untuk Faeya sedar yang aku sedih . Mungkin sedih atas dasar sahabat tu dia faham , tapi aku taknak dia tahu yang aku sedih selagi aku tak dapat meluahkan apa yang aku rasa sejak 3 tahun yang lalu. Kau tetap kawan baik untuk aku , Faeya. Tahun ini aku dan Faeya memang tak main dekat taman dah petang-petang. Dah form 5 kot ? Nak main apa lagi , SPM! Memang kami banyak masa untuk buat kerja rumah , pergi bengkel sana sini. Pergi bengkel pun tak duduk sama-sama , yelah ramai orang , takkan aku nak duduk dengan perempuan pula. Nanti balik naik mama , tu pun kalau bengkel tu di sekitar rumah. Kalau pergi dengan sekolah , balik dengan bas yang sekolah tempah.


Pejam celik pejam celik je dah nak SPM. Tahun terakhir aku bersama batch yang aku sayang , dari darjah 1 lagi sama-sama dengan batch ni . Ada yang datang , ada yang pergi . Yang datang semestinya Faeya , yang pergi ? Salah seorangnya arwah Shafie Suroto , teammate aku masa mewakili sekolah rendah dalam sepak takraw peringkat daerah. Aku terkejut juga masa dengar berita dia kemalangan dan telah meninggal dunia. Shafie , tahun ni aku dah nak SPM , rindu nak timbang bola takraw dengan kau .. Moga kau damai disana.


Tempat duduk aku dan Faeya dalam dewan peperiksaan sangat jauh , aku antara yang di belakang-belakang , Faeya pula antara yang di depan. Aku hilang fokus wei bila aku nampak tempat duduk Amir lebih dekat dengan Faeya berbanding aku yang kat belakang ni. Tapi , aku kena selalu ingat , siapa aku untuk fikir pasal ni? Zafrin , kau hanya seorang kawan. Mama memang dah tak izinkan aku untuk menghabiskan masa hanya pada phone . Aku kena fokus , nak SPM. Mama selalu ajak baca quran sama-sama , katanya atleast tenangkan hati. Dua hari sebelum SPM bermula , aku nak wishi Faeya "goodluck". Tapi kena lah tunggu line clear. Nanti mama nampak pula .. sebelum aku tidur , aku tutup lampu bilik dan buka phone sekejap .


"Faeya , goodluck woii ! Buat betul-betul" mesej aku. Memang taklah dia akan balas terus , mungkin dia pun tengah study. Aku pun sambunglah study , kertas BM kertas pertama. Cikgu Hanim , cikgu tuisyen aku dan Faeya belanja makan memandangkan pada hari tersebut adalah kelas terakhir sebelum SPM. Kami makan di rumah cikgu , dekat Pasir Gudang , Taman Mawar.

The Best of UsWhere stories live. Discover now