BANG!
Bunyi tembakan bergema di seluruh ceruk gudang itu. Song Mingi mengukirkan senyuman sinis. Pistol SIG Sauer kepunyaannya itu dicium lalu disisipkan di pinggang.
Mingi membuka langkah. Menuju ke arah ketua kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan akibat ditembak tepat ke arah dada.
Mingi duduk mencangkung. Menyamakan aras tubuhnya yang tinggi lampai dengan lelaki yang sedang menggelupur kesakitan di lantai simen itu. Darah pekat mengalir deras dari luka di bahagian dada.
" Heh. Kumpulan kau lebih dari dua puluh orang. Tapi lawan kumpulan aku yang enam orang ni pun kau boleh K.O? Lemah. " Mingi berkata dengan nada mengejek.
Separuh lagi ahli kumpulan lelaki itu sudah bertempiaran lari dan bergegas keluar dari gudang. Mungkin ketakutan kerana ketua mereka sudahpun ditumpaskan
Mingi menampar pipinya kuat. Lelaki malang itu mengerang kesakitan. Sudahlah dadanya yang mempunyai luka tembakan itu masih terasa sakitnya. Ditambah pula dengan tamparan yang kuat dari tangan lebar milik Mingi. Rasa sakitnya bukan kepalang lagi!
" Kau... Tak layak tubuhkan kumpulan mafia kalau kekuatan kumpulan kau cuma setakat tu je. " Mingi berdiri lalu menghalakan muncung pistol itu ke arah kepala lelaki itu.
Lelaki itu sudah menggigil ketakutan. Jantungnya mengepam darah dengan laju. Risau jikalau Mingi akan menamatkan nyawanya di sini.
Sudut bibir Mingi terangkat. Dia begitu suka apabila orang berasa gerun dengannya. Terasa kecil di bawahnya. Dia terasa berkuasa.
Tanpa membuang masa, picu pistol itu ditarik
BANG!
Satu das tembakan dilepaskan tepat ke arah kepala lelaki itu. Sampai berlubang kepala lelaki itu dibuatnya. Percikan darah terkena sedikit pada wajah kacak Mingi.
Namun Mingi tidak berasa jijik, sebaliknya dia berasa puas. Hari ini, 270 juta won akan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.
" As expected from our best shooter. "
Mingi berpaling ke belakang. Memandang ke arah rakan sekumpulannya yang menegur. Park Seonghwa.
Seonghwa meletakkan lengannya di bahu Mingi.
" Kan. Dari jauh pun boleh kena tepat dekat dada. " Potong Jung Wooyoung pula.
" Hyung, pergi club jom malam ni. Kita dapat 270 juta won kot. Takkanlah tak nak raikan? " Choi San menjungkitkan sebelah kening.
" Eleh. Kau nak pergi situ sebab nak jumpa pelacur yang hot dekat sana kan? "
Yunho memutarkan matanya. Begitu kenal dengan perangai San yang kaki perempuan. Come on, lelaki itu juga pernah digelar fuckboy ketika zaman sekolahnya.
San tertawa sinis.
" Semestinya. Kau pun nak kan, Yeosang? "
Yeosang turut menayangkan senyuman senget. " Of course. Gonna find my sugar baby for sure. "
" Heh. Sugar baby? Banyak betul sugar baby kau eh? Habis yang minggu lepas punya kau nak campak mana? " Soal San.
" Easy. Campak je duit depan muka. Nanti dia pergilah. "
San terkekeh kecil tatkala mendengar jawapan yang angkuh daripada Yeosang.
" So, macam mana? Kau nak Mingi? "
Soal Seonghwa kepada Mingi. Mingi tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia mengambil sekotak cigarettes dari poketnya. Sepuntung rokok yang sudah dicucuhkan api diletakkan di celahan bibirnya.
" Aku tak kisah. Asalkan ada wine. Wine paling mahal dekat sana. " Mingi menghembus keluar asap rokok itu dari mulutnya.
" Okay then. "
Seonghwa bersetuju. Hanya menurut sahaja kemahuan Mingi. Mingi sememangnya pencinta wine dan mempunyai high alcohol tolerance. Jadi Seonghwa tidak kisah jika Mingi mahu minum banyak mana pun.
" Aku nak pergi merokok sekejap. Jumpa dekat rumah nanti. "
Mingi melambaikan tangannya ke arah mereka sebelum berlalu keluar dari gudang itu.
" Dah dua tahun sejak kejadian tu berlaku. Tapi Mingi memang tak pernah miss kan dari pergi ke tempat tu setiap hari? " Soal Wooyoung.
Seonghwa mengukirkan senyuman kecil sebelum membalas. " Yelah. Tu kan tempat istimewa dia dengan pasangannya dulu. "
" Jom balik rumah. Aku penat. " Celah San. Tangannya dililitkan di leher Wooyoung yang berada di sebelah.
" Mayat dalam ni macam mana? "
Mata Yeosang melilau ke seluruh ceruk gudang itu. Kelihatan sepuluh lelaki yang terkulai dengan keadaan yang tidak bernyawa lagi. Begitu juga dengan ketua mereka yang dikerjakan oleh Mingi sebentar tadi.
" Aku dah call orang-orang aku untuk uruskan semua mayat ni. So, tak perlu risau. Jom kita balik. " Dengan selamba Yunho membalas.
" Mingi macam mana? " Soal San.
" Dia balik sendiri nanti. Macam biasalah. " Seonghwa membalas.
Mereka menuju ke arah motorbike masing-masing. Ingin pulang ke rumah dan melepaskan lelah setelah hari yang memenatkan.
•
•
•
YOU ARE READING
《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기
FanfictionBut strawberries and cigarettes, always taste like you.