𝙎𝙚𝙞𝙨

129 20 30
                                    

 " Kau pasti ke nak balik berseorangan? Aku boleh teman kaulah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau pasti ke nak balik berseorangan? Aku boleh teman kaulah. "

Miyeon memuncungkan bibirnya apabila Chaerin menggeleng, menolak ajakannya.

" Kau dah lupa ke? Aku kan dah pindah rumah. Tak serumah dengan mak aku lagi. Rumah baru aku ni jauh dari rumah kau. Jalan tak sehala pula tu. So, tak apa. Aku boleh balik sendiri. " Balas Chaerin.

" Kenapa kau tak suruh abang kau je yang ambil? Aku risaulah kau jalan berseorangan. "

" Aku tak nak kacau dia, Miyeon. Dia uruskan syarikat. Mestilah dia sibuk. Tak apa kau tak perlu risau. Aku boleh jaga diri sendiri. "

Chaerin cuba untuk meyakinkan rakan baiknya.

" Hmm... Okay. Tapi kalau dah sampai rumah nanti terus call aku eh? Aku pergi dulu. " Miyeon menitipkan pesanan.

" Okay. Dahlah jangan risau. Bye, Miyeon. " Chaerin melambai ke arahnya.

Miyeon turut membalas lambaiannya sebelum gadis itu melangkah pergi.

Chaerin turut mengorak langkah untuk pulang ke rumahnya.

" Meow~ "

Bunyi sayup-sayup kucing mengiau menghentikan langkahnya. Dia memandang ke arah bangunan usang yang berada di hadapannya.

Chaerin pelik juga. Kenapa tidak dirobohkan sahaja bangunan itu sekiranya tiada sesiapa yang menetap di situ? Buatnya serpihan bangunan itu jatuh dan menghempap orang yang lalu-lalang, tak ke susah nanti?

Chaerin mengikut jejak bunyi yang dihasilkan oleh kucing itu. Gadis itu tersenyum tipis apabila menjumpai seokor kucing hitam di hadapan pintu usang bangunan itu.

Kucing itu diangkatnya. Bulu lembutnya itu digosok.

" Comel betul. "

- - - -

BANG! BANG!


Beberapa das tembakan dilepaskan. Namun masih tidak mengenai Mingi yang sedang memecut bak harimau bintang itu. Disebabkan oleh kaki panjangnya, dia mempunyai kelebihan dalam berlari.

Mingi mengoyakkan senyuman senget. Sekarang gilirannya pula. Dalam keadaan yang masih berlari, Mingi berpaling ke belakang.


BANG! BANG! BANG!


Tiga das tembakan dilepaskan sebelum lelaki itu menghadap ke hadapan semula.

Tembakan jejaka itu tidak pernah mengecewakan. Tiga das tembakannya mengenai paha tiga orang lelaki.

Tatkala mereka semua leka dengan ahli kumpulan mereka yang ditembak, Mingi mengambil peluang keemasan itu untuk menyembunyikan diri. Sekuat mana pun dia, mana mungkin dia mampu untuk berhadapan dengan tujuh orang musuh berseorangan. Jadi eloklah dia menyorok dulu.

《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기Where stories live. Discover now