" Kau pasti ke kau dah okay ni? Sepatutnya kau cuti dua minggu lagi kan? "
Chaerin memandang ke arah rakan baiknya dengan pandangan pasrah. Buat kesekian kalinya soalan itu dilontar dari mulutnya.
" Aku okay, Miyeon. Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama? Naik muak aku. "
Yelah. Sebelum masuk dewan kuliah, dia tanya. Semasa pensyarah tengah bagi keterangan, dia tanya lagi. Dan selepas habis kelas pun, dia masih bertanya soalan yang sama.
Sudah semestinya Chaerin muak mendengarnya.
" Bukan apa. Aku risau je. Jongho tu kan, orang yang penting dalam hidup kau. Kehilangan dia mestilah terkesan pada kau. Sepatutnya kau cuti lagi dua minggu. Janganlah paksa diri pergi kelas. "
Chaerin tertawa kecil tatkala mendengar penjelasan panjang lebar daripada Miyeon.
" Sayang juga kau dekat aku eh? Aku okay lah. Lagipun cuti lama-lama dekat rumah buat apa? Bosanlah. Baik aku masuk kelas. Kau pun takkanlah tak rindu aku kot sebab cuti lama-lama? "
Miyeon memuncungkan bibirnya.
" Rindulah. Aku ni lonely je bila kau tak ada. Tapi at the same time, aku risau sangat dekat kau. Hampir setiap hari tau aku call abang kau. Tanya keadaan kau. Yelah. Aku tak nak kau buat benda bukan-bukan je. Ha, kau kena bertuah ada kawan macam aku ni. Satu dalam sejuta. "
Dengan bangga Miyeon berkata. Kembang kempis hidung mancungnya itu.
Chaerin memutarkan matanya ke atas. " Yelah, Miyeon. Aku bangga ada kawan baik macam kau ni ha. "
Miyeon tertawa kecil. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam cafeteria. Mahu mengisi perut yang kosong dengan makanan yang mengenyangkan.
" Jom duduk situ. Ada tempat kosong tu. "
Chaerin menurut sahaja. Mereka menuju ke arah meja petak dengan dua kerusi yang berada di sebelah tingkap kaca yang besar.
" Kau duduklah. Biar aku belikan makanan. My treat. "
" Seriuslah? Kenapa tiba-tiba je ni? " Soal Chaerin dengan alisnya yang terjungkit ke atas.
" Saja. Bukan selalu. Dah kau duduk sini diam-diam. Aku pergi beli makanan sekejap. "
Miyeon terus pergi. Meninggalkannya berseorangan di meja itu. Chaerin hanya tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalanya perlahan dengan telatah Miyeon itu.
Gadis itu terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Sebaik sahaja dia duduk, ada seseorang menyapanya.
" Kim Chaerin... You're back. "
Chaerin menghela nafasnya dengan kesal. Pasti ada saja seseorang yang mahu merosakkan mood baiknya pada hari ini.
" Boleh tak jangan kacau aku... "
YOU ARE READING
《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기
FanfictionBut strawberries and cigarettes, always taste like you.