𝘿𝙞𝙚𝙯

169 16 39
                                    

" Cerita kau ni dah macam dalam action movies

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Cerita kau ni dah macam dalam action movies. "

Komen Miyeon sebaik sahaja mendengar cerita yang keluar daripada mulut Chaerin itu.

" Ish! Aku cakap betullah. Kau tau tak aku nyaris mati semalam? " Chaerin nencebik lalu menampar perlahan lengan rakannya.

Peristiwa semalam masih segar dalam ingatan. Rasanya dia sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke bangunan lama yang berdekatan dengan universitinya itu lagi.

Trauma.

" Aku tak cakap pun aku tak percaya kau. Cuma... Macam peliklah Mingi lepaskan kau macam tu jer. Kalau mafia lain, dah lama dia orang kurung, seksa kau ataupun bunuh kau supaya kau tak bocorkan kegiatan haram dia orang dekat pihak berkuasa. "

Lantas bibir Chaerin mengukir senyuman. " Kan aku dah cakap. Dia sebenarnya baik. "

Miyeon mengerutkan dahi. Pelik melihat rakannya yang tersenyum secara tiba-tiba seperti orang gila. Namun setelah memahami sesuatu, Miyeon tersenyum senget.

" Dia... Kacak tak? "

Cepat saja Chaerin mengangguk.
" Perfect. "

" That's it. Kau suka dia kan? Mengaku sekarang. "

Tebak Miyeon dengan teruja. Gembira kerana Chaerin memilih untuk move on daripada mendiang Jongho dan mulakan hidup baru bersama orang lain.

Tapi jangan salah faham. Bukannya dia mahu Chaerin lupakan terus tentang Jongho. Miyeon hanya mahu rakannya itu gembira semula. Tidak meratapi kematian tunangnya itu lagi.

" A-Aku tak... Cakap pun aku suka dia. Mengarut. "

Muka Chaerin sudah memerah kerana malu.

" Jangan tipu akulah. Aku kenal kau ni dah lama. Kau nampak happy jer bila bercakap fasal dia tadi. Bohonglah kalau kau tak ada walaupun sekelumit perasaan terhadap dia kan? "

" Dahlah. Baca buku kau. Kalau gagal ujian nanti, menangis macam orang hilang suami. "

Chaerin mengubah topik. Buku sederhana tebal yang berada di tangannya dipandang.

Pandang je bukannya baca.

Niat mereka di perpustakaan pada tengah hari itu sebenarnya untuk mengulang kaji.

Tapi entah macam mana sesi mengulang kaji itu bertukar kepada sesi membawang pula.

Miyeon mencebik. " Yelah, yelah. "

Baru sahaja Miyeon mahu mengambil buku yang berada di sebelahnya, dia terpandang ke arah Yeonjun dan rakan-rakannya yang berada selang beberapa meja daripada mereka.

Tatapan tajam Yeonjun terhadap rakan baiknya itu membuatkan Miyeon berasa tidak selesa. Entahlah, dia selalu berasa tidak sedap hati dengan Yeonjun. Lagi-lagi apabila lelaki itu seperti 'obses' dengan Chaerin.

《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기Where stories live. Discover now