Mingi membuka pintu rumah agam itu lalu menutupnya semula setelah dia masuk ke dalam.
Mingi bersama rakan sekumpulannya yang lain tinggal bersama-sama di rumah itu. Teringat pula semasa mereka memutuskan untuk mencari rumah-rumah yang kosong untuk dibeli.
Rumah itu mestilah tersorok dan terletak agak jauh dari bandar agar kegiatan haram mereka sebagai mafia tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Agak susah untuk mencari rumah besar yang terletak jauh dari bandar. Namun nasib baiklah mereka jumpa juga.
Yunho lah yang berbelanja banyak untuk rumah itu. Tetapi bukan bermaksud yang lain tidak mengeluarkan duit langsung.
Cuma Yunho yang paling banyak sebab dia dari keluarga yang kaya. Lelaki itu juga tidak kisah berbelanja banyak. Katanya bagus juga jikalau mereka semua tinggal bersama di dalam satu rumah.
" Lambat kau balik hari ni, Min. "
Sebaik sahaja Mingi melangkah masuk, suara seseorang menyapa halwa telinga. Mingi mengalihkan pandangannya. Memandang ke arah Yunho yang sedang duduk di atas sofa.
" Entah. Tiba-tiba hari ni terlama pula. " Balas Mingi dengan tenang.
" Mana yang lain? "
" Aku suruh dia orang pergi dulu. Kau lambat sangat. " Yunho membalas.
Mingi tersenyum kecil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Yunho.
" Yang kau tunggu aku ni kenapa? Kenapa tak pergi sekali dengan dia orang? "
" Aku risaukan kaulah. Jarang kau balik lambat macam ni. Kita kan dah janji nak pergi club malam ni? " Yunho mencebik dengan iris matanya yang menjeling tajam wajah Mingi.
Mingi tertawa kecil. Sudah agak lama dia berkawan dengan Yunho. Jejaka itu nampak sahaja tough di luar. Tetapi sebenarnya berpewatakan agak lembut dan gemar merajuk jika Mingi melakukan kesalahan.
Mingi sudah menganggap Yunho sebagai adiknya. Walaupun lelaki itu beberapa bulan lebih tua daripadanya.
" Yelah. Aku minta maaf. Jomlah kita pergi sekarang. "
" Kau ni agak-agaklah nak pergi macam ni. Pergi lah mandi dulu. Bau rokok dari badan kau tu kuat. "
Mingi menjungkitkan sebelah alisnya.
" Kuat sangat ke? "
" Yelah! Cepat pergi mandi. Nanti lambat kita sampai sana. "
Suruh Yunho. Tangannya mengepit saluran hidung. Menghalang bau asap rokok yang kuat itu daripada memasuki rongga hidung. Dia paling tidak suka bau rokok. Baunya terlalu kuat sehingga membuatkan hidungnya berasa pedih.
Entah macam manalah dia boleh bertahan berkawan dengan Mingi yang merupakan seorang perokok aktif sedangkan dia begitu membenci bau rokok.
Mingi hanya menurut. Dia menuju ke arah tandas yang berada di dalam biliknya di tingkat atas.
YOU ARE READING
《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기
FanfictionBut strawberries and cigarettes, always taste like you.