𝙊𝙘𝙝𝙤

141 18 59
                                    

" Sss– Aduh! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Sss– Aduh! "

Chaerin berdecit sakit apabila kapas yang bersalut cecair antiseptik itu menyentuh luka di lengan kirinya. Menimbulkan rasa perih yang tidak nyaman.

Mingi mengangkat mukanya. Memandang ke arah Chaerin sekilas.

" Tahan sikit. "

Antiseptik disapu pada luka sebelum luka yang tidak terlalu besar itu ditutup kemas dengan kain kasa. Setelah selesai, Mingi bangkit dari duduknya.

Ya, Mingi membeli antiseptik dan kain kasa itu di farmasi tadi kerana ternampak lengan Chaerin yang luka. Lalu mereka pun berhenti seketika di taman kerana Mingi mahu merawat luka itu.

" Thanks. " Chaerin melemparkan senyuman nipis.

" Small matter. Aku pun nak minta maaf sebab libatkan kau dalam hal ni. Sorry... "

Mingi mengetap bibirnya. Gila. Belum pernah dia meminta maaf kepada sesiapa walau seteruk mana pun perkara yang dia buat. Dia pernah melakukan sesuatu yang lebih teruk dan langsung tidak meminta maaf.

Tapi yang anehnya... Dengan Chaerin, ringan pula mulutnya untuk mengucapkan kata-kata maaf?

" It's okay. By the way, awak dah janji kan untuk beritahu saya siapa sebenarnya awak? "

Mingi mengangguk perlahan. Dia menghela nafasnya perlahan sebelum berkata. " Aku mafia. Kat luar tadi semua teammate aku. "

Chaerin agak kaget pada mulanya. Namun dia hanya menayang muka bersahaja.

" Kau... Tak terkejut? "

Mingi menjungkitkan alisnya. Dia expect yang Chaerin akan berasa takut dengannya dan lari. Namun tidak. Gadis itu hanya tenang sahaja. Apa Chaerin tidak berasa takut dengan orang jahat sepertinya?

" Taklah. Saya banyak tengok movie tentang mafia ni dekat tv. Cuma tu lah. Tak sangka pula dekat dunia realiti ni memang ada. "

" Jadi kau tak takut dengan aku? "

Chaerin tertawa kecil lalu menggeleng perlahan.

" Kenapa saya kena takut? Awak dah tolong saya. Lagipun awak nampak macam baik. "

Betulkah apa yang dia dengar? Baik? Tak pernah ada manusia yang cakap dia baik. Ini pertama kali Mingi mendengarnya.

" Baik? Are you sure about that? Jangan sebab aku tolong kau sekali, kau terus cop aku sebagai orang yang baik. "

" I know. Tapi saya tahu awak ni baik orangnya. Cuma awak tak nak tunjuk saja. " Balas Chaerin polos. Senyuman masih lekang di bibirnya.

Mingi mengoyakkan senyuman sinis.

" But I can be a bad boy too. I'm sure you will regret it if my bad boy side shows up. "

Kali ini Chaerin terdiam apabila Mingi yang sedang berdiri itu menundukkan sedikit badannya agar arasnya sama dengan Chaerin yang sedang duduk di atas bench. Lidahnya terkelu seketika apabila wajah kacak milik lelaki itu didekatkan dengan wajahnya.

《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기Where stories live. Discover now