𝙎𝙞𝙚𝙩𝙚

131 17 36
                                    

Shit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Shit.


Mingu mendengus kasar. Chaerin yang dibelenggu ketakutan itu dipandangnya. Terpaksalah. Nak tak nak, dia terpaksa berhadapan dengan mereka semua. Kalau tidak, Chaerin yang akan menerima tempiasnya.

Baru sahaja Mingi hendak bangun dari duduknya, tangannya ditarik. Mingi memandang ke arah gadis itu.

Chaerin menggeleng laju sambil mengatakan sesuatu. " Don't go. Awak boleh terbunuh. "

Mingi hanya membalas dengan senyuman senget. Tangan Chaerin dipegang erat.

" Kau belum kenal aku sepenuhnya. Aku bukannya seseorang yang mudah untuk ditumpaskan. Just sit and watch me. Enjoy the show. "

Mingi terus melepaskan tautan tangan mereka. Chaerin mahu menghalang namun sudah terlambat. Mingi sudah bangkit terlebih dahulu. Wajahnya kelihatan yakin sekali. Langsung tidak gentar apabila berhadapan dengan kumpulan yang mempunyai tujuh orang ahlinya.

" Calm the fuck down can you? There is no need to involve that innocent girl in our business. "

Dengan selamba Mingi membalas. Matanya diputarkan dengan malas.

Keyakinan Mingi tinggi melangit. Walaupun ada lebih kurang tujuh muncung pistol ditujukan ke arahnya, dia tidak gentar walaupun sedikit.

Mingi berbalas pandangan dengan lelaki yang bertubuh gempal, berkepala botak dan kelihatan sedikit berumur. Pasti itu adalah ketuanya, Kim Saeho.

" Apa kata kita buat pertukaran? "

Ujar Saeho dengan senyuman sinis yang tersungging pada bibir.

Mingi menjungkitkan alisnya. Dia hanya senyap dengan senjatanya yang dipegang kemas.

" Kau serahkan perempuan tu dekatq aku dan kau akan selamat. Kita orang takkan kacau kumpulan kau lagi. Jadi apa pendapat kau? "

Lelaki itu berkata sambil menjilat bibirnya secara sensual. Membayangkan betapa untungnya diri dia sekiranya gadis cantik itu menjadi miliknya.

Chaerin terkaku buat seketika. Terkejut apabila dirinya pula yang dipertaruhkan. Kemudian figura Mingi dipandang dengan tatapan mengharap. Berharap supaya Mingi tidak bersetuju dengan pertukaran lelaki itu.

Mingi tidak membalas sebaliknya dia tertawa. Sinis bunyinya. Tawanya itu mengundang amarah dalam diri Saeho. 

" Jangan gelaklah, bodoh! Bila-bila masa saja aku boleh tarik picu pistol ni dan tembak kau! "

Jeritan Saeho itu bergema di seluruh bangunan. Dirinya berasa begitu tercabar dengan Mingi.

Jejaka tinggi itu seperti tidak gentar langsung. Padahal dia hanya berseorangan bersama perempuan yang tidak mampu berbuat apa-apa. Mana mungkin dia mampu berlawan dengan tujuh orang?

《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기Where stories live. Discover now