" Chae nak pergi mana tu? "
Chaerin yang berada di muka pintu itu berpaling ke belakang. Memandang ke arah si abang yang menegur.
" Keluar sekejap. Nak tenangkan fikiran. " Chaerin melemparkan senyuman pahit.
" O-Oh... Hm, kalau macam tu hati-hati. Balik awal tahu? " Pesan Hongjoong.
Bukan apa. Dia cuma terlalu risau akan keadaan adiknya itu. Sudahlah dia menangis petang tadi.
" Arraseo. Don't worry, oppa. "
Kata Chaerin. Cuba untuk meyakinkan abangnya.
- - - -
Chaerin duduk di atas bangku yang disediakan di sebuah taman. Panorama langit jingga pada senja itu menjadi tatapan mata beningnya.
Tempat ini adalah tempat kegemarannya dan mendiang Jongho. Oleh sebab itu, Chaerin selalu menuju ke sini untuk melampiaskan rasa rindu terhadap tunangannya yang sudah pergi sebulan lalu.
Dan setiap kali dia ke situ, air matanya pasti tumpah. Memorinya bersama mendiang Jongho begitu banyak di sini. Dan ianya membuatkan Chaerin berasa sebak.
Chaerin mengeluarkan esakan kecil. Tenggelam dalam kerinduan yang semakin menggebu. Sehingga dia tidak sedar ada seorang lelaki sedang duduk di situ.
Mata helangnya memandang ke Chaerin sambil menghembus keluar asap rokok dari mulutnya.
Pada mulanya lelaki itu tidak mahu mengambil kisah. Namun entah kenapa... Tanggisan milik si gadis kedengaran begitu sayu itu menarik perhatiannya.
Gadis itu seperti... Telah melalui perkara yang paling menyakitkan di dalam hidup.
Chaerin yang perasan bahawa dirinya sedang diperhati, lantas memandang ke arah jejaka tinggi yang duduk di sebelahnya.
" Erm— Sorry? Saya... Kacau ketenteraman awak ke? " Soal Chaerin lembut dan perlahan.
Lelaki itu masih menatapnya dengan muka tidak beriak. Sekali lagi, asap rokok dihembus keluar dari mulutnya.
" Ada aku cakap yang kau ni mengganggu ketenteraman aku ke? "
" Oh... "
Gumam Chaerin. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Jarinya bermain-main dengan hujung hoodie yang dipakainya.
Setelah agak lama berdiam diri, lelaki itu akhirnya bersuara.
" Kenapa menangis dekat sini? Kau boleh luah dekat aku kalau kau nak. "
Jejaka itu tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Padahal, dia langsung tidak mengenali wanita yang berada di sebelahnya itu.
Namun dirinya dipenuhi dengan tanda tanya. Dia ingin mengetahui apa yang membelenggu fikiran gadis itu saat ini sehingga dia menangis sebegitu rupa.
YOU ARE READING
《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기
FanfictionBut strawberries and cigarettes, always taste like you.