𝙉𝙪𝙚𝙫𝙚

114 17 24
                                    

BUSHH! PRANGGG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUSHH! PRANGGG!



Kesemua barang yang berada di dalam bilik itu dihempasnya dengan frustasi sehingga berkecai. Dada jejaka itu naik turun menahan amarah yang terbuku.

Saeho dan ahli kumpulannya hanya menundukkan kepala mereka ke lantai dan mendiamkan diri. Tiada siapa yang berani berbuat bunyi apabila tuan mereka sudah mengamuk sebegitu rupa.

Saeho tersentak apabila tuannya menarik kolar bajunya kasar. Darahnya berderau dan peluh sejuk mula mengalir di dahinya apabila jejaka itu menatapnya dengan tatapan membunuh.

" Kumpulan kau... Memang tidak boleh diharap. "


BUKK!


Jejaka itu menolak Saeho sehingga jatuh ke lantai. Saeho berdecit sakit secara perlahan. Tidak mengeluarkan banyak suara kerana dikhuatiri akan menambahkan lagi kemarahan lelaki di hadapannya.

" Kau latih ahli kumpulan kau macam mana sial?! Tak berguna langsung! Apa yang susah sangat hah?! Kumpulan kau orang ada 10 orang. Dia orang ada enam!  Memalukan kalau kalah! "

Tengkingan daripada jejaka itu bergema di seluruh biliknya.

" T-Tapi tuan... Kami diperangkap. "

Jawab salah seorang ahli daripada kumpulan itu. Manakala ahli kumpulan yang lain sudah mendesah kerasahan. Sepatutnya mereka tidak dibenarkan untuk menyampuk kata-kata tuan mereka.

Alis lelaki itu dijungkit ke atas. Oh, siapa yang berani sangat menyampuk kata-katanya?

Jejaka itu menghayun langkah. Menuju ke arah salah seorang ahli kumpulan mereka yang mencelah ketika dia sedang berbicara.

Lelaki tersebut hanya menundukkan kepalanya ke bawah. Mula menyesali tindakan bodohnya tadi.

" Erk— Uhuk! Uhuk! "

Wajahnya pucat. Lelaki itu terbatuk-batuk tuannya mencekik lehernya dengan kuat sehingga menyempitkan saluran pernafasannya.

" Habis tu? Dah bodoh sangat ke sampai tak boleh fikir tu semua perangkap? Heh, kau orang punya bodoh ni memang another level. "

Ujar jejaka itu dengan angkuh. Tangannya masih mencekik lelaki itu tanpa belas kasihan.

Ahli-ahli yang lain hanya mampu tengok saja. Nak tolong, tapi takut mereka pula yang kena tempiasnya nanti. Jadi berdiam diri adalah keputusan terbaik.

Akhirnya jejaka itu melepaskannya. Lelaki itu yang dicekiknya tadi terjatuh ke lantai. Nafasnya tercungap-cungap.

Helaan berat keluar dari bibir manis milik sang jejaka. Mukanya diraup dengan frustrasi. Bayaran saja mahal, tapi langsung tak berguna!

" Get out. Now. Aku boleh upah orang yang lebih profesional. "

Suara jejaka itu naik seoktaf. Kumpulan itu hanya akur dengan arahan yang diterimanya. Tidak mahu menambahkan lagi kemarahan lelaki itu. Kalau tak, memang balalah yang akan menimpa sekiranya tuan mereka itu mengamuk.

Setelah mereka beransur pergi, lelaki itu mendapat satu notifikasi mesej dari aplikasi Kakaotalk-nya. Lantas si jejaka membuka telefon pintarnya.

Usai membaca pesanan yang dikirim kepadanya, bibirnya mengukir senyuman sinis yang mengandungi seribu satu makna.

" Finally. Ada juga orang yang boleh diharap. "

- - - -

" Kenapa... Chae tak bagitau oppa waktu Chae balik? Oppa boleh ambil Chae. " Ujar Hongjoong dengan nafas yang termengah-mengah.

Yelah, dia sedang mengadakan mesyuarat tadi. Apabila teringatkan Chaerin, terus dia menyuruh pekerjanya untuk menggantikan tempatnya lalu bergegas masuk ke dalam kereta.

Dia ingat nak pergi ambil Chaerin, namun gadis itu terlebih dahulu menghubunginya dan mengatakan bahawa dia sudah tiba di rumah.

" Laa... Oppa kan tengah kerja. Chae tak naklah kacau. It's okay. Chae boleh je balik sendiri. " Balas Chaerin.

Hongjoong mengetap bibirnya. Dia risau sekiranya dia membiarkan Chaerin pulang sendiri. Namun betul juga kata adiknya. Dirinya sendiri sibuk dengan komitmen kerja sehingga tiada masa untuk memantau Chaerin.

" By the way, oppa tak makan lagi kan? Pergilah makan. Chae dah masak. "

Mata Hongjoong membulat apabila mendengar pernyataan Chaerin.

" M-Mwo? Chae masak? " Tanya Hongjoong agak terkejut.

Pelik. Chaerin jarang memasak sejak kehilangan Jongho. Walaupun memasak itu merupakan hobinya. Apa yang sudah merasuki adiknya ni?

" Yelah. Oppa mesti lapar kan? Jom pergi makan. "

Chaerin tersenyum nipis. Tangan Hongjoong ditarik menuju ke ruang makan yang berada tidak jauh dari ruang tamu.

Hongjoong memandang Chaerin dengan tatapan mencurigakan. Kenapa... Chaerin happy semacam hari ni? Jarang Hongjoong melihatnya begini.

Namun tanpa disedari, Hongjoong turut memahatkan senyuman. Berasa gembira dan lega kerana Chaerin tidak lagi meratap dan bersedih atas kematian Jongho. Dia suka menatap sisi adiknya yang kelihatan ceria itu.

Kegembiraan Chaerin, kegembiraan Hongjoong juga.

- - - -

Mingi menghela nafasnya
Sebotol whisky dibuka penutupnya lalu dituang ke dalam gelas kaca. Matanya masih memandang kosong ke arah luar, menikmati angin malam di beranda bilik.

Mingi menyisip cecair memabukkan itu dengan sekali teguk sahaja lalu whisky di dalam gelas itu terus habis.

Mingi menghela kecil. Fikirannya benar-benar serabut sekarang.

Entah kenapa dia asyik terfikirkan tentang Chaerin saja. Lagi-lagi apabila dia teringat kata-kata Seonghwa tadi.

Adakah dia sudah menyukai Chaerin?

Gadis yang baru sahaja dia kenal. Baru dua kali berjumpa.

Mingi menggeleng perlahan. Menafikan perasaannya sendiri. Tak mungkinlah. Hati Mingi masih setia pada Saemi. Tak mungkin dia sudah tersuka pada Chaerin.

Tapi kenapa Mingi berharap agar mereka berdua dapat berjumpa lagi?

Ya, Mingi berharap sangat agar dia dapat berjumpa dengan Chaerin—



Sekali lagi...











special tag < 33

pretiosashwa

svegliojjong

《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기Where stories live. Discover now