Kim Chaerin memandang ke arah tunangnya dengan senyuman yang lekang di bibir. Senyuman bahagia. Ya, itu apa yang dirasakannya setiap kali dia bersama tunangnya yang dalam beberapa minggu lagi akan menjadi suaminya.
Choi Jongho turut memandang ke arahnya. Lelaki itu tertawa kecil.
" Kenapa awak pandang saya macam tu, hm? "
Jongho mencuit hidungnya. Lembut sahaja gerak gerinya. Yelah, dia tidak mahu menyakiti Chaerin dengan kekuatannya.
" Sebab saya bahagia. Bahagia dengan awak. "
Chaerin menyandarkan kepalanya pada dada bidang Jongho. Jongho mengusap kepala Chaerin secara refleks.
" Macam mana... Kalau saya dah tak ada nanti? "
Secara automatik, Chaerin mengangkat kepalanya dari dada Jongho. Menatap ke arah Jongho tajam sebelum berkata.
" Apa awak cakap ni? Saya tak sukalah bila awak cakap macam tu. " Chaerin mendengus.
Namun, Jongho tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, tangan lelaki itu menuju ke arah muka Chaerin. Menatap wanita yang dicintainya itu dengan mata bening miliknya. Terpancar jelas riak kesedihan dari wajah si lelaki.
" Janji dengan saya, ya? Jangan bersedih lagi. Saya tak suka tengok awak bersedih, sayang. Carilah orang yang boleh ganti tempat saya. Yang boleh menyayangi awak seperti saya. Boleh tak... Awak berjanji? "
Jongho melagakan dahinya dengan Chaerin. Pipi mulus itu diusap. Chaerin turut memandang ke arahnya... Dengan mata yang berkaca.
" A-Apa awak cakap ni... Kenapa saya kena cari orang lain sedangkan orang yang saya sayang ada dekat depan saya?! " Bentak Chaerin. Akhirnya air mata mengalir keluar juga. Membasahi pipi mulusnya.
" Awak pun tahu perkara yang sebenarnya, sayang. "
Jongho tersenyum pahit. Jejaka kacak itu memandang ke arah tangannya. Tangannya... Semakin menghilang.
Chaerin turut memandang ke arah tangan Jongho yang semakin pudar dari pandangannya. Lantas gadis itu menggeleng laju. Tangan Jongho dipegangnya erat.
" A-Andwae! Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni. I need you— Hiks! Please... Don't go. "
Lelaki itu dipeluknya erat. Chaerin menangis semahunya di ceruk leher Jongho.
Jongho tidak berkata apa-apa. Dia menatap ke arah horizon langit pada malam yang tenang itu dengan senyuman pahit yang terpahat di bibir manisnya.
Sakit. Itu yang dia rasakan. Begitu sakit untuk melepaskan insan tersayang. Namun itu semua suratan takdir. Siapakah dia untuk melawan takdir?
" Hei, sayang. Pandang saya, eung? "
Jongho memegang muka Chaerin lembut. Air mata yang mengalir di pipi mulus gadis itu dihapus dengan ibu jarinya. Jongho menatap ke arahnya dengan tatapan lembut yang menenangkan.
" Saya mungkin sudah tak ada di sebelah awak. Tapi saya akan sentiasa berada di dalam hati awak. Jikalau rindu, lihatlah ke arah bintang yang paling bersinar pada waktu malam. "
Jari telunjuk Jongho menuding ke arah langit malam yang berhiaskan bintang.
" Sebab saya sentiasa perhatikan awak dari atas sana, sayang. "
Ucapan itu tidak membantu. Malah semakin mengeruhkan keadaan saja. Semakin banyak pula cecair hangat yang membasahi pelupuk mata Chaerin.
" Sayang~ Janganlah bersedih macam ni. Semakin susah saya nak pergi dengan tenang. " Jongho tertawa kecil. Belakang gadis itu diusap lembut.
" Ingat tahu, jangan bersedih lagi. Jangan cederakan diri awak. Dengar cakap Hongjoong hyung. Jaga makan minum awak. Awakkan kuat. Biarpun tanpa saya, saya tahu awak kuat. "
Jongho menghadiahkan ciuman di dahinya. Mungkin juga ciuman terakhir yang dia terima daripada tunangnya.
Chaerin mengesat air matanya. Cuba untuk mengukir senyum di saat-saat akhir Jongho bersamanya.
" Saya... Saya cuba. "
" That's my girl. Ingat tau. Saya sayang awak, Kim Chaerin. Always. " Balas Jongho dengan senyuman. Tetapi megandungi seribu satu kedukaan.
Badan Jongho semakin memudar sehingga akhirnya... Jongho lenyap dengan begitu sahaja daripada pandangannya.
- - - -
" Hiks... "
Sebaik sahaja Chaerin tersedar dari lenanya, gadis itu menangis semahunya. Suara tanggisan memenuhi setiap ceruk bilik itu.
Semuanya... Hanyalah mimpi. Namun, terasa seperti benar-benar berlaku.
Pintu bilik Chaerin terbuka. Memaparkan riak wajah risau milik abangnya. Kim Hongjoong.
" Chae, kenapa ni? "
Hongjoong menuju ke arah katil adiknya. Si abang melabuhkan punggungnya di atas katil. Bersebelahan dengan Chaerin yang masih menangis teresak-esak.
" Hiks— Rindu... Jongho. "
Hongjoong tidak berkata apa-apa. Sebaliknya, dia menyandarkan kepala si adik pada bahunya. Chaerin menangis semahu-mahunya.
Hongjoong hanya membiarkan adiknya melampiaskan rasa rindu yang terbungkam di lubuk hati...
Rasa rindu terhadap tunangnya yang telah pergi sebulan yang lalu.
•
•
•
YOU ARE READING
《H》STRAWBERRIES AND CIGARETTES | 송민기
FanfictionBut strawberries and cigarettes, always taste like you.