Buku Surah Yassin dalam Bahasa Rumi, diletak atas batu. Cabut rumput rumput liar tepi kubur. Ambil air cendana disiram atas kubur, tabur bunga mawar, melur. Cium batu nisan. Diusap entah berapa kali.
"Mama, Ingrid tak tahu nak buat apa lagi. Tak ada jalan keluar. Ingrid tiap hari dipukul makcik. Mama tak boleh ke bangun dari kubur bantu Ingrid, macam mama selalu cerita. Macam kita tengok dalam gambar. Roh mak pelakun bangun bantu anak dia di pukul.'"
"Mama, hari ni 365 Mama mati, Makcik nak kahwin Ingrid dengan orang cina kaya. Ingrid tak tahu siapa lelaki tu. Ingrid tak mahu. Duit makcik beri 100 saja. Ingrid tak makan lagi mama. Mama tak boleh ke keluar dari dalam tanah duduk dengan Ingrid, lindung Ingrid? Keluar lah mama, please mama. Ingrid nak mati duduk dengan mama. Please mama" makin kuat tangisan Ingrid.
Dari jauh penjaga kubur hampiri Ingrid, masih menangis peluk batu nisan.
"Assalamualaikum" Kalut Ingrid bangun, perbetul selendang. Kesat airmata. Tunduk salam tangan penjaga kubur.
"Kenapa menangis?"
"Mama Ingrid mati. Mama tak bangun lindung Ingrid. Mama tak bantu Ingrid. Roh mama tak bangun"
"Cuba mengucap" Ingrid geleng kepala.
"Kenapa?"
"Saya malu pakcik kalau salah, nanti pakcik marah saya?"
"Pakcik tak marah. Pakcik bantu perbetulkan"
Ingrid tarik nafas, mengucap perlahan.
"Pandai pun."
"Tak salah?"
"Tak. Pakcik nampak anak nie, dah setahun selalu kesini ziarah pusara Mak?"
"Ini mama Ingrid"'
"Pakcik tahu. Meninggal sakit apa?"
"Kena pukul. Mama kena pukul sampai mati"
"Allahuakbar. Dengan siapa?"
"Dengan Makcik, Makcik dera mama. Mama Ingrid cantik. Ni pakcik tengok. " Hulur handphone.
"Ni suara mama. Kalau Ingrid rindu Ingrid dengan suara mama. " Diam kedua mereka. Ingrid kesat airmata.
"Di kubur tak boleh menangis. Nanti mama terseksa disana"
"Ohh, tak boleh. Maaf Ingrid tak tahu"
"Kalau Ingrid tak keberatan cerita pada pakcik. Kisah Ingrid. Sebab Pakcik selalu tengok lawat pusara mak. Lama duduk disini. Tak takut ke?"
"Takut. Ada angin tiup selendang Ingrid banyak kali. Dengar orang jerit, jalan. Bila pandang Ingrid seorang saja. In, ada nampak pakcik tapi dari jauh"
"Pakcik, yang jaga kubur, pengali kubur juga. Setahun yang lalu kubur mama Ingrid, pakcik yang gali. Mudah sekali, masa tu mendung tak panas angin nyaman. Pakcik ada tertanya siapa kah yang semadi di sini. Sebab mudah sangat kerja pakcik"
"Mama, In lah pakcik"
"Pakcik nama apa?"
"Pakcik Anuar. "
"Ingrid Aulia."
"Maaf pakcik bertanya ayah?"
"Tak ada. Mama Ingrid tak kahwin. In anak luar nikah. Ayah orang Philippines. Bukan Islam. Bercinta dengan mama. Bila tahu In mengandung dia hilang. Mama orang Philippine, datang Malaysia kerja disini. In lahir disini. In tak pernah pergi sekolah. Tak boleh mama kata pasal In tak ada IC, cuma surat pengesahan In lahir disini. Makcik kakak mama. Dua beradik. In tak ada siapa siapa. In tinggal dengan makcik, kerja dengan makcik"
YOU ARE READING
Ingrid Aulia (Completed)
Romance1. Aku tak suka dia. 2. Aku tak cinta dia ayah. 3. Pergi mampus kau! 4. Nyawa kau ditangan aku 5 Tolong jauhkan diri kau 1. Saya tak boleh cakap apa apa. 2. Ayah cakap syurga dibawah tapak kaki suami. 3. Ayah saya tak cinta dia. 4. Pesanan ayah wal...