Sayang25u03
Pertemuan pertama Aisy dengan Kou bukanlah seperti kisah dongeng yang indah. Ia bermula dengan salah faham, ego yang tinggi, dan ketidakselesaan yang sukar dijelaskan. Bagi Aisy, Kou hanyalah lelaki asing yang terlalu sempurna dimatanya untuk dipercayai kerana terlihat penuh dengan kepura-puraan dan sentiasa muncul ketika dia dalam kesusahan seolah-olah takdir sengaja mempermainkan hatinya.
Namun, dalam setiap tohmahan dan pergelutan perasaan, ada benih yang perlahan-lahan tumbuh. Sebuah rasa yang mereka sendiri enggan akui. Kou, lelaki berdarah campuran Jepun-Jerman yang tenang dan sukar dibaca, menyimpan luka silam yang tidak diketahui sesiapa. Aisy pula cuba berdiri teguh dalam hidup barunya di negara asing dengan menolak setiap detik kelemahan yang hadir setiap kali lelaki itu memandangnya dengan mata hijau yang sukar dilupakan.
Dalam penafian demi penafian, mereka bermain tarik tali dengan takdir. Adakah cinta mampu tumbuh di antara dua hati yang saling menjauhkan diri, atau perasaan itu akan terus terkubur di balik ego dan kenangan silam?
Ini kisah tentang dua jiwa yang dipertemukan tanpa diduga dalam waktu yang tidak disangka.
Mereka saling melawan rasa yang tumbuh dengan menafikan getar yang hadir setiap kali mata bertentangan.
Cinta yang terbit dalam hati mereka dianggap cuma ilusi mainan perasaan yang tak seharusnya wujud.
Namun dalam diam, hati mereka saling memanggil... walau lidah enggan mengaku.