MARCHMELLOW Sinopsis March AKA big bro, atau nama sebenar, Maritza Aafiya yang berpenampilan segak dan bergaya sampai orang keliru dia lelaki atau perempuan. Lucy atau nama sebenar, Ahmad Lutfi pula sebaliknya. Sekali pandang nampak perempuan, pandang sekali lagi, tiba-tiba rupanya lelaki berpakaian wanita. March yang hilang beberapa lama sebelumnya, muncul kembali dengan lamaran ajak Lucy berkahwin. Lucy yang miskin tahap papa (katanya) terima kerana tawaran material oleh March terlalu menggoda selain March adalah seseorang yang dia percaya. Masalah cinta selepas kahwin ni jadi komplikatedlah kalau dah begini caranya. Lucy yang berfikiran singkat buat hal bila dia keliru dengan sexual preference sendiri, walaupun dah habis berbakul kena keji dengan teman-teman baiknya, dia tetap terfikir nak beralih arah pada Raoul, pemangku March yang kekar dan sasa. Cis. Lucy yang sadis ni tak tahu sebenarnya ada rahsia besar yang disimpan oleh si 'husband jadian'nya dan juga kenapa March caring hanya pada dia. Klise. Adakah March akan berpaling tadah atau terus berusaha untuk mengurat sang 'isteri' yang kejap cakap A, kejap cakap B sampai rasa nak pulas-pulas pipi sebelum terus lempar dalam loji kumbahan. Tapi, kalau dah cinta, mungkinlah sampai sanggup berjanji kemain, bak kata March, "Aku akan jaga kau, walaupun aku terpaksa mengorbankan nyawa sendiri." #Marchmellow #ArisaEriza #Jan2021 #KakiNovel #GenderBender