"𝑰'𝒎 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒅𝒆𝒎𝒐𝒏," Sebuah kisah cinta diantara seorang putera iblis dan seorang pelajar perempuan yang tersesat di negara Ordol. Hati? dia dilahirkan tanpa hati. Jiwa? jiwanya gelap kerana dipenuhi kuasa jahat. Cinta? cintanya telah lama mati. Dia umpama patung kosong tanpa perasaan. Hanya dikuasai kuasa jahat yang mendorong dirinya untuk membalas dendam. Ya, dia dilahirkan dengan benci dan dendam. Namun, siapa sangka. Wajahnya yang menakutkan itu masih mampu dipuji comel oleh seorang gadis? Hari demi hari berlalu. Sifat buas seperti seekor binatang mula mempelajari cara hidup seorang manusia. Secara perlahan dia mula mengenali erti kehidupan. Dia mula tahu apa itu cinta. Apa itu sedih. Dan apa itu sakit. Dan kini... dia berusaha merungkaikan sumpahan misteri yang terkena pada dirinya. Mampu kah dia? Beautiful Cover by @PutraRize_ Start : 12 January 2024