Tengku Rayyan Adrian merupakan seorang lelaki bekerjaya dan juga turut dikenali sebagai seorang yang berhati mulia. Dia mula hidup berdikari semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dengan mengusahakan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Namun, kebaikan yang diserlahkan telah membawa padah dan keburukan kepadanya. Dia telah diperangkap dan terpaksa bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi yang mana kejadian itu terjadi bukan kerana kesalahannya. "Saya mengandung! Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya." Nayla Airisya berkhidmat sebagai seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan terbesar di ibu negeri tempat kelahirannya. Belum lama berkhidmat di hospital itu, dia dipaksa berhenti dan berkhidmat sebagai seorang jururawat peribadi kepada keluarga Tengku Rayyan Adrian. Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengurus isteri majikannya yang sedang sarat mengandung. Namun, segalanya berubah setelah sekali lagi dia dipaksa membuat dan menerima sesuatu yang tidak dia ingini. "Kau sendiri yang cakap, dia tak salah. Dia buat aku macam tu sebab dia sukakan aku dan nak memiliki aku. Jadi, aku pun tak salah lah. Aku buat kau macam ni sebab aku sukakan kau dan aku nak kau jadi milik aku." ✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind ✔︎No plagirism. Original Story By Me. -NANAYENANA
21 parts