21.0 : Masa Telah Tiba

24 2 0
                                    

SUASANA di sekitar lobi Hotel Zenith, Kuantan malam itu cukup meriah dengan kehadiran ramai orang, pihak media mahupun pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan. Para pembesar setiap negeri turut serta diundang pada acara yang penuh gilang-gemilang itu. Boleh dilihat begitu berwarna-warni suasana di sekitar Ballroom Seri Delima dengan paparan LED berdefinisi tinggi dibahagian latar, pancaran sinar hologram bagi stesen angkasa antarabangsa (ISS) di bahagian pentas utama, tempat duduk yang cukup banyak telah disediakan bagi menampung jumlah hadirin yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti, pelajar-pelajar, keluarga dan sahabat handai calon-calon juga turut diundang.

Sebuah replika baju angkasawan dengan logo 'Program Angkasawan' setinggi 3 meter turut diletakkan di sudut bahagian kiri pentas utama manakala replika kapal angkasa berbentuk bulan sabit dan bintang dengan nama 'GEMILANG-01' diletakkan di bahagian kanan pentas bagi menghidupkan suasana malam yang penuh debaran itu. Calon-calon angkasawan pula diletakkan berdekatan tempat duduk VIP dimana mereka akan duduk sebaris dengan para tetamu kehormat. Calon-calon angkasawan juga memakai suit formal jenis single breasted berjenama Marks & Spenser lengkap dengan kasut kulit gelap serta bertali leher dengan tanda nama setiap mereka terpampang dibahagian dada belah kiri. Nora Yuhanis, Daeng Mustakim, Lim Wei Jin dan Thivaran Nagaradjah duduk di barisan hadapan manakala Josephine Imulok, Joseph Stanley dan Samoi Rasal duduk pada barisan di belakang barisan hadapan. Namun, Nora Yuhanis masih tercari-cari kelibat ibunya jikalau ada di dalam dewan terbabit.

Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah dan bacaan doa. Seterusnya, ucapan pendahuluan dilakukan oleh pengarah MYSA yang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh calon-calon angkasawan yang berjaya menamatkan cabaran pemilihan bermula daripada program 'Larian ke Orbit 2' sehinggalah ke cabaran terakhir di dalam negara. Katanya lagi, program Angkasawan ini penting bagi meneruskan legasi angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah berjaya mengharumkan nama negara di pentas persada antarabangsa khususnya dalam bidang sains angkasa. Seterusnya, adalah ucapan daripada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selaku angkasawan pertama negara.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dalam ucapannya menyeru kepada seluruh calon-calon yang terpilih untuk membuktikan kemampuan sebenar diri mereka. Bagi yang tidak terpilih katanya, usah berputus asa kerana perjalanan mereka tidak akan terhenti di sini. Masih banyak peluang baru yang boleh diterokai dalam pelbagai bidang di luar sana. Buat calon-calon yang berjaya, beliau mengingatkan kepada setiap calon agar bersedia menghadapi cabaran mental dan fizikal, spiritual mahupun mempunyai perasaan cintakan ilmu selain perbanyakkan mempelajari adat-adat di negara orang terutamanya di Rusia. Beliau memberi contoh bagaimana beliau adakalanya hilang motivasi pada awal latihan namun sedikit demi sedikit semangat dibina demi negara. Beliau juga mengingatkan kepada calon angkasawan wanita agar membuktikan sesuatu kepada dunia bahawa mereka juga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan jantina yang berlawanan dengan mereka.

Seterusnya adalah masa yang di tunggu-tunggu oleh kesemua mereka yang berada di dalam Ballroom Seri Delima terbabit. Pengumuman calon angkasawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri MOST SPACE. Beliau kini akan mengumumkan senarai 8 orang yang berjaya layak ke peringkat pemilihan seterusnya di Rusia kelak. Sebelum itu, pada awal ucapan YB Menteri MOST SPACE, beliau merasakan sungguh bertuah dan berbesar hati kerana dapat melihat satu lagi wajah anak Malaysia akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dalam masa terdekat ini. Menteri MOST SPACE juga berharap agar angkasawan negara yang akan ke angkasaraya kelak berjaya menemui penawar bagi penyakit yang pernah melanda negara suatu ketika dahulu seperti virus Covid-19 dan juga virus Nipah.

Pada kesempatan itu, YB Menteri MOST SPACE juga turut mengucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan keseluruhan barisan menteri kabinet atas sokongan, dorongan dan kurniaan peruntukan dana yang cukup besar dalam belanjawan tahun-tahun yang sudah dan tahun-tahun yang mendatang kelak kepada bidang sains angkasa negara. Walaupun mendapat banyak kritikan daripada segelintir pihak, beliau ingin mengajak rakyat semua agar kesemua mereka berfikiran ke hadapan dan memandang program ini daripada sudut yang positif khususnya kepada hasil-hasil kajian yang bakal dituai dan dikomersialkan selepas selesai sahaja program Angkasawan kedua ini.

Selain itu, Yang Berhormat Menteri MOST SPACE ini turut menerangkan berkenaan Program Angkasawan kedua ini berjaya melengkapkan secara keseluruhannya kerangka kerja Polisi Angkasa Kebangsaan 2030. Yang Berhormat Menteri MOST SPACE juga menerangkan serba sedikit berkenaan polisi kementerian ini.

Katanya lagi, disaat kebanyakan negara sedang berlumba-lumba membina koloni di planet Marikh, adalah tidak adil jika kita hanya berdiam diri sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha ke arah memartabatkan bidang sains angkasa dan teknologi negara. Jadi, Program Angkasawan kedua ini adalah sebagai bukti kepada 'establishment' kepada program Angkasawan pertama pada tahun 2007 yang lalu dan juga sokongan negara kepada pelan penerokaan luar angkasa yang sedang dirangka kini. Tidak dapat tidak, kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk menghantar angkasawan negara ke ISS untuk kali kedua ini. Beliau juga mengingatkan kepada calon-calon angkasawan yang bakal terpilih kelak untuk terus menjaga nama baik negara ketika menjalani latihan di Rusia nanti. Seharusnya negara Malaysia ini perlulah dikenali seantero dunia sebagai sebuah negara yang cintakan ilmu sains dan teknologi.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now