35.0 : Darurat di ISS!

24 2 0
                                    

PADA minggu ketiga eksperimen, Nora Yuhanis menjalankan kajian bagi mengesan tindak balas hablur protein terhadap persekitaran mikrograviti. Antara bahan kajian hablur kristal yang akan didedahkan di luar angkasa adalah terdiri daripada bakteria Helicobacter Pylori dan juga Acnetobacter. Pada hari itu juga, dia akan melakukan spacewalk di luar stesen ISS. Untuk mendedahkan bahan kajian berkenaan ke luar stesen ISS, dia perlu berjalan ke luar ISS melalui aktiviti Extra-vehicular Activity (EVA).

Selepas memakai sut angkasawan Orlan yang dibantu oleh Komander Andes Shkaplerov, Nora Yuhanis masuk ke dalam Makmal Columbus. Dia akan menggunakan Manned Maneuvering Unit (MMU) ataupun alat penggerak yang dilekatkan pada sut angkasawan Orlan untuk aktiviti dedahan bahan kajian ke luar angkasa. Apabila bekalan oksigen dan sistem penunjang kehidupan didalam sut angkasawan Orlan telah berfungsi pada tahap 100%, pintu hac kompartmen yang berada di bahagian paling ke dalam Makmal Columbus dibuka oleh Kapten Viktor Yuskov dari pusat kawalan ISS dan disaksikan oleh angkasawan-angkasawan lain yang berada di lobi utama ISS. Komander Andes Shkaplerov pula menanti dibahagian luar pintu makmal Columbus terbabit sekiranya berlaku kecemasan.

Dengan penuh cermat dan tertib, Nora Yuhanis menerawang perlahan-lahan ke luar stesen ISS sambil memegang sampel-sampel kajian. Sampel kajian perlu didedahkan pada sudut mensatah sembilan puluh darjah, pada sudut tepat kearah cahaya matahari dengan sekurang-kurangnya berdurasi selama 10 minit. Ini adalah tempoh minimum bagi melihat keberkesanan keputusan kajian yang dilakukan selain dapat memperlihatkan tindak balas kesan radiasi latar luar angkasa terhadap bahan sampel terbabit.

Selepas sepuluh minit berlalu, Nora Yuhanis memberikan isyarat komunikasi kepada Kapten Viktor Yuskov supaya tali penggerak yang menghubungkan antara ISS dengan alat MMU ditarik ke bahagian dalam semula, menandakan proses kajian untuk mendedahkan kristal hablur pada suasana luar orbit sudah selesai. Setelah Nora Yuhanis selamat menjejakkan kaki di Makmal Columbus, pintu hac kompartmen ditutup dengan rapat sebelum tekanan udara antara stesen ISS dengan Makmal Columbus diselaraskan. Kemudian, Nora Yuhanis meletakkan bahan eksperimen kristal hablur berkenaan di sektor bakteria yang berada di bahagian tepi penunu bunsen sebelum keluar daripada bahagian makmal Columbus berkenaan. Komander Andes Shkaplerov sudah menunggu di hadapan pintu luar makmal Columbus.

"Are you Okay, Nora?" Komander Andes Shkaplerov yang membantu membuka helmet kaca sut angkasawan Orlan Nora Yuhanis bertanyakan adakah semuanya baik-baik sahaja.

"It's finally done. I'm okay. Thank you for assisting me, Comander. Now, i can do it myself," Nora Yuhanis yang berpeluh-peluh itu hanya menguntumkan senyuman. Dia merujuk kepada membuka sut angkasawan Orlan terbabit yang boleh dilakukannya dengan sendiri.

"Okay.. Okay... I'll go to the control center. Please inform control center if you need anything," Komander Andes Shkaplerov membalas senyumannya dan berlalu pergi.

Seusai sahaja dia selesai memasukkan kembali sut angkasawan Orlan ke dalam almari keluli yang berada di bahagian luar Makmal Columbus berkenaan, tiba-tiba Nora Yuhanis terdengar sesuatu yang pelik.

BOOM!

Jelas kedengaran bunyi letupan berserta gegaran kuat di sektor bakteria berdekatan Makmal Columbus di stesen ISS terbabit.

Tsh...
Tshhh...
Tshhhhhh...

Bunyi kebocoran paip udara penyahtekanan (depressurization) pula kedengaran dari bahagian dalam Makmal Columbus tersebut yang menempatkan beberapa bahan uji kaji termasuklah bahan uji kaji bakteria oleh pengkaji dari Malaysia.

"Err... Commande. There is some problem here. I can hear explosion from Columbus Lab. Huge explosion. Can you come here for a moment?" Nora Yuhanis berkomunikasi dengan menggunakan tele-radar Roosevelt yang sudah sedia terbina di setiap kompartmen ISS sambil memandang ke arah Makmal Columbus dengan perasaan panik.

Awanama KosmosWhere stories live. Discover now