16.0 : Panggilan

31 5 0
                                    

SEBULAN telah berlalu, dan pada suatu pagi yang cukup indah, sedang Nora Yuhanis sibuk membuat bacaan ringkas sebuah buku bertajuk 'Road to The Stars', 'Psychology and Space' & 'Soviet Man in Space' hasil tulisan manusia pertama di angkasa lepas, Yuri Gagarin di dalam pejabatnya ketika waktu rehat, beliau menerima satu panggilan telefon.

"Assalamualaikum. Saya pegawai daripada Agensi Angkasa Malaysia. Boleh saya bercakap dengan Puan Nora Yuhanis?" satu suara lelaki yang kelihatan agak skema tetapi sedikit garau sedang mencari Nora Yuhanis dihujung talian.

"Err... Maaf yer, nak betulkan sikit, title saya bukan puan, tetapi Cik. Cik Nora Yuhanis. Saya belum kahwin lagi," Beliau memperbetulkan cara panggilan gelaran yang telah tersalah sebut bagi menggambarkan dirinya. Ada nada ketegasan namun dalam kelembutan tatasusila seorang wanita Melayu campuran darah Cina. Dirinya masih bujang dan belum berkahwin lagi, dan gelaran 'Puan' kelihatan agak tidak masuk akal disitu.

"Maaf, Cik. Maaf sekali lagi. Saya Rizal, dari MYSA. Adakah cik Nora berkelapangan untuk bercakap sebentar?" Rizal memulakan bicara sambil membuat permohonan maaf.

"Boleh... boleh.. Kebetulan saya tengah berehat ni. Ada apa ya En. Rizal call saya?" Nora Yuhanis kelihatan berdebar-debar.

"Saya disini ingin memaklumkan bahawa Cik Nora berjaya terpilih untuk proses pemilihan seterusnya bagi Pemilihan Program Angkasawan kedua. Cik Nora diminta untuk melaporkan diri di sebuah lokasi yang akan kami maklumkan di surat pengumuman rasmi yang akan kita poskan nanti. Pemberitahuan ini sebagai persediaan awal untuk cik bersedia secara mental dan fizikal. Segala senarai kelengkapan yang perlu cik Nora bawa bersama nanti akan kami lampirkan sekali dengan surat pengumuman terbabit. Tahniah diucapkan daripada kami, pihak MYSA dan kementerian MOST SPACE," saudara Rizal membuat pengumuman dengan panjang lebar.

"Betulkah saya dapat masuk ke pusingan seterusnya ni? Alhamdulillah....Allahuakbar!" Nora Yuhanis seakan-akan tidak mempercayai segala apa yang telah diungkapkan oleh saudara Rizal dihujung talian terbabit. Jeritan kegembiraan dihatinya tiada sesiapa yang tahu. Seperti mimpi menjadi kenyataan dan berkat doa, kesabaran dan iltizam yang tinggi Nora Yuhanis akhirnya semakin membuahkan hasil.

"Betul, Cik Nora. Cik Nora adalah antara beberapa orang wanita sahaja yang terpilih untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya." ada nada teruja pada suara saudara Rizal ini ketika mengumumkan kejayaan Nora Yuhanis memasuki peringkat seterusnya.

"Alhamdulillah... Alhamdulillah ya Allah... Emm... Boleh saya tahu tak, Cik Surya Adrianna terpilih jugakah untuk ke peringkat seterusnya," Ucapan syukur dilafazkan . dan dia tidak melupai keberadaan rakan baiknya itu.

"Maaf, Cik. Saya tidak boleh beritahu tentang calon-calon lain yang juga berjaya mara ke peringkat seterusnya. Lagipun, saya tiada senarai penuh nama-nama mereka yang berjaya. Saya mohon maaf sekali lagi." saudara Rizal tidak dapat memberikan senarai nama mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya seperti yang diminta Nora Yuhanis.

"Owh... kalau macam tu, tak apalah. Cuma, saya berharap agar rakan-rakan selatihan saya akan dapat masuk ke peringkat seterusnya sekali," Nora Yuhanis sedikit kecewa namun pastinya dia akan bergembira dengan keputusan yang tak terjangka ini.

"Baiklah, cik. Jika tiada apa-apa pertanyaan lagi, mohon saya mengundurkan diri. Assalamualaikum," saudara Rizal meletakkan ganggang telefon.

Nora Yuhanis sujud syukur atas kejayaannya untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Dia betul-betul tidak menyangka bahawa dia akan mara ke pusingan seterusnya. Jauh di sudut hatinya, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana padanya, ada ramai lagi insan-insan yang mempunyai latar belakang yang lebih hebat dan sangat dikagumi namun semuanya terpulang kepada rezeki masing-masing.

Pusingan seterusnya kemungkinan akan lebih mencabar fizikal dan mental yang berbeza kerana menurut angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, pusingan kali ini akan memberikan sebuah cabaran yang amat hebat, dengan teknik survival yang ekstrem rencam! Oleh itu, persediaan fizikal dan mental yang cukup rapi perlu dimulakan sedari awal lagi supaya dia dapat mengharungi cabaran pusingan yang seterusnya dengan lebih bersedia. Kejayaan tidak akan datang bergolek, kejayaan datang dengan usaha yang gigih.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now