3.0 : Detik Mula

66 10 1
                                    

PAGI itu, Nora Yuhanis amat sibuk dan sedang merawat seorang pesakitnya yang dipercayai merupakan salah seorang daripada kelompok golongan anti-vaksin dan fahaman bumi rata di sebuah hospital kerajaan. Sambil membebel tentang pentingnya pengambilan vaksin terhadap tubuh kanak-kanak, Nora Yuhanis juga sempat memberi peringatan keras kepada pesakit terbabit yang menggunakan khidmat doula ketika bersalin anak keduanya di rumah.

Walaupun pagi itu cuaca kelihatan sedikit dingin dengan suhu dapat dirasakan menggigit hingga ke tulang belulang dengan hujan lebat telah turun sejak sedari awal pagi, namun hospital pagi itu kelihatan agak sibuk dengan ramai pesakit yang sedang menanti giliran untuk dirawat, manakala Dr. Nora Yuhanis pula masih memakai sut perlindungan PPE yang diperbuat daripada plastik anti-bakteria dan juga alat pelindung muka atau face shield.

Semenjak peristiwa pandemik Covid-19 yang melanda dunia lebih 5 tahun lalu, sut PPE telah menjadi kebiasaan baru bagi anggota bahagian hadapan atau frontliners selain sebagai langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku penularan kembali wabak yang serupa dengan pandemik Covid-19. Pada waktu ini, wabak pandemik Covid-19 telah mencapai tahap imuniti kelompok atau juga disebut sebagai 'Herd Immunity' selepas bertahun-tahun tanpa vaksin penyembuh yang benar-benar berkesan dalam melawan wabak yang berasal dari Wuhan, China ini.

Seusai selesai sahaja sesi bersama pesakit terbabit, seorang jururawat yang dikenali sebagai Nurse Orkid datang ke meja Nora Yuhanis dengan membawa sebuah telefon pintar berjenama dan terpampang skrin yang menunjukkan sebuah poster pencarian angkasawan ke-2 negara. Mukanya tersengih-sengih penuh keterujaan apabila menerpa ke arah Nora Yuhanis yang sedang mencatat sesuatu didalam buku log bewarna pink.

     "Doc, tengok ni. Ada pencarian angkasawan lagilah doc. Rasanya doc sesuai ni kalau nak sign up," ujar Nurse Orkid terbabit dengan nada yang teruja.

     "Ishh kamu ni. Ada-ada je lah. Mestilah dia nak cari angkasawan lelaki je kan? Mana mungkin saya layak nak join benda-benda macam ni. Kamu pun tahu kan saya busy?" Nora Yuhanis membelek-belek skrin telefon pintar terbabit sambil zoom in zoom out poster tersebut. Namun, jauh di lubuk hatinya amat menginginkan untuk mengisi borang penyertaan itu.

     "Alah cuba je doc. Kat sini pun dia ada bagitau lelaki ataupun perempuan masih boleh join, takde diskriminasi gender bak kata orang putih, janji sihat tubuh badan dan boleh bertahan dengan segala modul latihan selama setahun. Cuba jer doc, mana tahu berkat rezeki kan, boleh kahwin dengan orang Rusia ke, orang Khazakstan ke... Hihi..." Nurse Orkid menyakat Nora Yuhanis, sambil membayangkan dirinya berkahwin dengan seorang warganegara Khazakstan. Tersenyum sinis Nora Yuhanis apabila disakat jururawat kesayangannya itu.

     "Okaylah... Okaylah... Nanti saya isi borang penyertaan tu. Tapi ingat, jangan bagitahu sesiapa tau, ini rahsia antara kita berdua jer. Saya tak nak nanti ketua pengarah tahu, habis saya kena jawab tak pasal-pasal pulak nanti kena tukar ke tempat baru. Awak tak nak kan saya pindah ke mana-mana?" Nora Yuhanis mencebik mulutnya tanda setuju namun ada perjanjian yang harus dipegang antara keduanya.

     "Okay... Okay Doc. Saya janji takkan bagitahu sesiapa." Nurse Orkid tersengih-sengih dan berlalu pergi. Nora Yuhanis hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja sambil memerhatikan Nurse Orkid.

     "Mungkinkah ini takdir aku?" getus hati Nora Yuhanis sambil termenung jauh.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now