24.0 : Kelegaan

23 3 0
                                    

SEUSAI sahaja selesai sidang akhbar berkenaan, mereka dibenarkan untuk bertemu keluarga masing-masing. Nora Yuhanis tidak membuang masa. Dia terus menerpa ke arah ibunya, Aunty Anne yang sedang menunggu disatu sudut Ballroom ketika sidang akhbar itu berlangsung lalu memeluk tubuh ibunya itu seeratnya. Dia tidak dapat mengempang air matanya lalu mengalir bertitisan. Ibunya hanya tersenyum gembira dan dengan kejayaan anaknya itu.

"Tahniah anak ibu!" Aunty Anne mengucapkan tahniah kepada anak kesayangannya itu.

"Ibu datang sini naik apa?" Nora Yuhanis bertanya kepada ibunya sambil mengelap air matanya.

"Ibu naik van kerajaan. Depa yang ambil ibu di rumah pagi tadi. Dieorang cakap keluarga kena ikut sekali, ada pengumuman penting. Tu yang ibu berkemas dan datang ke sini. Lagipun depa bagi makanan free, sedap-sedap, Nora," ujar Aunty Anne dengan sedikit loghat hokkiennya bercampur bahasa utara.

Nora Yuhanis hanya tersenyum apabila melihatkan keletah ibunya. Dia amat berharap agar dapat bersama-sama ibunya dalam meraikan kejayaannya itu. Dia juga bersyukur kerana ibunya turut sama hadir dan memberikan sokongan moral kepadanya ketika saat-saar kegembiraan ini.

"Malam ni ibu stay laa sini. Nora dapat satu bilik kat sini. Nanti besok kita boleh jalan-jalan kat Teluk Cempedak ke, ke Sungai Lembing ke tengok air terjun pelangi ke, ke Bukit Panorama ke..." Nora Yuhanis memujuk ibunya untuk tidur di Kuantan.

"Tapi... Baiklah... Ibu tidur kat sini. Tapi Nora janji tau bawak ibu pergi kat tempat tu semua yang Nora dah bagitahu tadi. Ibu ni tak pernah lagi pergi tempat-tempat tu," Aunty Anne mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju sambil tersenyum.

"Dah jom kita naik atas. Mana beg ibu, bak meh Nora bawakkan," Nora Yuhanis mengajak ibunya naik ke atas sambil tercari-cari beg luggage ibunya.

"Tapi, Nora. Bila berangkat ke Rusia? Nanti boleh shopping baju sejuk dengan barang-barang kat EC Mall depan ni besok. Kot-kot laa ada lagi barang yang nak kena beli, yang tak cukup ke..." Aunty Anne menghulurkan beg pakaiannya kepada Nora Yuhanis sambil kedua-duanya berjalan kaki ke arah lif yang berhadapan dengan ballroom tersebut.

"Lagi dua minggu, Ibu. Baiklah, nanti kita cari baju sejuk yang tebal-tebal yer dalam tu. Ibu pun kena beli juga tau, mana tahu kena stay kat sana selama beberapa hari nanti masa Nora tengah training. Sambil-sambil ibu boleh melancong ke St. Basil Cathedral ke, area Red Square ke, banyak lagi tempat ibu boleh pergi," Nora Yuhanis hanya tersengih-sengih manja kepada ibunya sambil punat lif ditekan.

"Ishh... Ada-ada je lah kamu ni. Kita kesana bukan nak jalan-jalan, tapi kamu tu ada latihan, ada benda nak belajar. Mesti banyak tempat kat sana kamu dah tahu kan?" Aunty Anne membebel sendirian sambil dipandang oleh Nora Yuhanis. Dia suka melihat keletah ibunya yang kuat membebel itu.

"Ye lah. Orang dah study sikit-sikit pasal Rusia. Hehe.. Siap boleh cakap sikit-sikit tau. Teplaya Bedstivie... Haha," Nora Yuhanis menamatkan perbualan dan terus masuk ke dalam lif dah sudah terkuak pintunya. Mereka perlu turun ke lobby untuk mengambil kad akses sebelum naik semula menuju ke arah bilik.

***

Pada keesokan harinya, muka hadapan akhbar-akhbar utama negara memaparkan kelapan-lapan orang calon yang layak menjalani latihan di Rusia nanti. Mereka juga digelar sebagai 'The Greatest 8th','The Marvelous Oktagon', 'Lapan Terbaik', 'Misi Malaysia ke Angkasa kembali dihidupkan' dan pelbagai lagi tajuk yang merangkumi pelbagai bahasa dan budaya yang ada di negara ini.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now