6.0 : Penantian

47 8 0
                                    

PENANTIAN suatu penyeksaan. Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan demi bulan berlalu, tiada khabar berita mahupun sebarang siaran media berkenaan program Angkasawan kedua negara. Jika melihat kepada sela masa ketika pemilihan program Angkasawan pertama dahulu, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pernah menyatakan bahawa proses pemilihan mengambil masa sekurang-kurangnya selama setahun. Oleh itu, Nora Yuhanis mengambil maklum akan tempoh tersebut dan terus tetap setia menunggu jika ada sebarang emel ataupun surat yang bertandang ke peti simpanan inbox-nya.

Sementara itu, sepanjang menunggu proses pemilihan dibuat, Nora Yuhanis telah mula mengubah sedikit demi sedikit gaya hidupnya. Pada awal pagi iaitu sekitar pukul 4 pagi selepas solat tahajud, dia akan mula berjoging di kawasan perumahannya sebelum mula bertugas pada pukul 8 pagi. Untuk rejim diet pula, Nora Yuhanis mula mengurangkan secara perlahan-lahan pengambilan makanan bergula, makanan tinggi karbohidrat, makanan tinggi kandungan garam terutamanya fast food, serta mula mengamalkan pemakanan diet suku-suku-separuh bagi mengimbangi berat badan yang optimum dan nilai BMI yang ideal. Kadangkala, dia akan mengamalkan intermittent fasting atau berpuasa sunat pada setiap hari Isnin atau Khamis untuk mengekalkan kadar gula dalam darahnya untuk kekal pada paras yang optimum selain menyahut saranan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Tidak cukup dengan itu, selepas pulang daripada hospital, dia akan singgah dahulu di gimnasium untuk melakukan rutin senaman selama 2 jam. Antara rutin yang selalu dilakukan adalah berlari di atas mesin pengisar anjakan (treadmill), mengangkat alat pemberat atau dumbbells serta beberapa rutin asas bagi membina otot dan sistem ketahanan fizikal badan. Beliau juga tidak ragu-ragu untuk mengupah seorang jurulatih peribadinya (personal trainer) bagi melengkapkan rejim latihannya di gymnasium supaya setiap modul latihan lebih tersusun, bermotivasi dan kekal konsisten secara berkala.

Untuk larian joging di waktu pagi, pada permulaan, Nora Yuhanis hanya dapat menghabiskan jarak 5 km dalam masa 40 minit sahaja. Namun, berkat kecekalan yang diberikan, dia berjaya memendekkan kadar masa larian dengan jumlah 30 minit untuk satu sesi larian jogging berjarak 5 km. Pada waktu malam pula, Nora Yuhanis akan tidur awal sekitar pukul 9 malam selepas solat isyak untuk mengekalkan kestabilan emosi dan ketahanan mental kerana pakar perubatan percaya, tidur yang cukup dapat membantu menstabilkan emosi, meningkatkan daya imuniti seseorang seterusnya dapat memberikan anjakan paradigma pada keesokan harinya.

Selain itu, Nora Yuhanis akan mengikuti kelas renangan pada waktu hujung minggu, hari sabtu dan ahad, di pusat renang dan rekreasi yang terdekat dengan kawasan kejiranan perumahannya kerana jujur dikatakan, dia langsung tidak pandai berenang! Adalah penting bagi seorang angkasawan untuk sekurang-kurangnya tahu teknik-teknik pernafasan dan renangan yang betul terutamanya di lautan lepas kerana teknik renangan merupakan salah satu modul bahagian terpenting dan paling utama semasa proses pendaratan khususnya sewaktu berlaku kecemasan mahupun pendaratan yang normal, yang kebiasaannya dilalui oleh para angkasawan luar negara yang sudah berpengalaman.

Sebagai tambahan, setiap tiga bulan sekali, Nora Yuhanis akan mengambil cuti panjang sedikit dengan membawa Aunty Anne mengembara ke pulau-pulau di sekitar dalam negara seperti di Pulau Payar, Kedah, Pulau Kapas & Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Tioman di Pahang, Desaru di Johor serta rantaian kepulauan di sekitar Negeri Sabah. Selain bercuti menenangkan fikiran, dia akan mengambil kelas menyelam scuba bagi membiasakan dirinya dengan lautan yang luas yang berombak-ombak, beralun-alun serta berarus deras, selain dapat membiasakan dirinya dengan teknik pernafasan kendiri melalui tong gas oksigen melalui teknik yang betul dan selamat selain dapat melihat pemandangan dasar lautan serta keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Sesungguhnya, semoga berkat usaha yang ditonjolkan oleh Nora Yuhanis ini bakal membuahkan hasil dan tuaian kejayaan bukan sahaja untuk kepuasan dirinya, malah untuk kepentingan sejagat demi bangsa, agama dan tanah air yang tercinta ini.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now