2.0 : Kejayaan

82 12 0
                                    

AKHIRNYA, setelah berusaha bersungguh-sungguh di sekolah dengan memperolehi kecemerlangan yang luar biasa, Nora Yuhanis berjaya menjejakkan kaki ke menara gading berbekalkan semangat, ilmu dan tunjuk ajar daripada guru-guru sekolahnya. Walaupun bersekolah di sekolah harian biasa sahaja dan bukanlah hasil produk sekolah berasrama penuh mahupun sekolah primier seperti rakan-rakannya yang lain, namun, perkara ini sudah cukup untuk membanggakan satu-satunya orang tuanya. Tentulah Aunty Anne yakni insan yang telah bertungkus lumus membesarkan Nora Yuhanis merasa amat bangga dengan pencapaian satu-satunya anak perempuan kesayangan itu.

     Ketika melanjutkan pelajaran ke menara gading, Nora Yuhanis mengambil jurusan Fizik sebagai sub-bidang kepada bidang perubatan kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu sains, astrofizik dan astronomi sebagai kepuasan diri waima bidang perubatan pula sebagai galang ganti untuk berkhidmat kepada masyarakat. Beliau mahu menjadi seorang yang berbakti kepada masyarakat, namun, masih tidak akan dapat melupakan hasrat hati untuk terbang ke angkasaraya, seperti yang berjaya di lakukan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2007 yang lalu jika ditakdirkan berlaku dalam hidupnya.

     Akhirnya,berkat doa ibunya, Aunty Anne dan juga usaha gigih yang tidak mengenal erti penat dan lelah, Nora Yuhanis berjaya melanjutkan pelajaran ke Universitas Padjajaran (UNPAD) Bandung yang terletak di Kabupaten Jawa Barat. UNPAD telah bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Kampus Perubatannya di Cheras (HUKM) dalam bidang perubatan melalui ijazah berganda (double degree) dengan nisbah 3 tahun di UNPAD dan baki 3 tahun lagi di UKM. Beliau akhirnya berjaya menyempurnakan pengajian pra-perubatan dan ijazah Medicinae Baccalaureus Baccalaureus Chirurgiae (MBBS) lalu menjadi doktor pelatih selama 8 tahun di Indonesia hanya pada usia 25 tahun sebelum kembali semula ke tanah air tercinta untuk menabur bakti kepada anak bangsa khususnya mereka yang tidak berkemampuan.

     Sekembalinya ke Malaysia, Dr. Nora Yuhanis berkhidmat sebagai doktor pakar di sebuah hospital kerajaan di ibu kota. Berkat usaha gigihnya apalagi dijulang sebagai frontliner contoh apabila berjaya mencegah penularan wabak Covid-19 dikawasan hospitalnya pada tahun 2020 yang melarat sehingga tahun 2022 kerap meniti di bibir para frontliners lain. Beliau juga turut diangkat sebagai doktor harapan, frontliners terbaik dan anugerah perkhidmatan cemerlang bagi jabatan yang bernaung dibawahnya. Nora Yuhanis juga berjaya mematahkan sebarang teori-teori yang timbul daripada komuniti anti-vaksin di media sosial yang selalu mengaitkan program imunisasi Covid-19 sebagai dakyah konspirasi selain merupakan individu pertama di hospitalnya yang memperolehi vaksin Covid-19.

     Nora Yuhanis teramat cintakan tugasnya sebagai seorang doktor. Jauh dilubuk hatinya, dia mahu berkhidmat kepada masyarakat umum, mengembalikan ukiran senyuman daripada wajah-wajah kanak-kanak yang menghidapi pelbagai kesengsaraan, melihat kanak-kanak bermain gembira dan kembali sihat, tidak sepertinya yang hidup di kaki lima dan bawah jambatan sebagai gelandangan suatu masa dahulu. Niat murninya mahu membantu seramai mungkin anak-anak gelandangan yang hidup tanpa arah tujuan, supaya mereka terus bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi, dan bidang-bidang lain yang boleh menjanjikan masa depan yang cemerlang.

     Dia mahu membuktikan, anak gelandangan sepertinya juga mampu membina masa depan yang lebih baik, anak gelandangan juga mampu untuk berbakti kepada masyarakat dan negara amnya. Anak gelandangan juga mampu untuk melakar cita-cita dan menempa impian yang takkan mungkin anak-anak daripada golongan kayangan dapat selami.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now