12.0 : Teruja

51 6 0
                                    

GENAP sebulan selepas proses pemilihan untuk pemeriksaan perubatan asas, Nora Yuhanis menerima sepucuk surat rasmi dengan kepala surat daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan logo 'Program Angkasawan Negara' dibahagian bawah envelope berkenaan. Surat itu menyatakan bahawa Nora Yuhanis berjaya layak untuk ke peringkat seterusnya dan dia diminta untuk hadir ke Pusat Penyelidikan dan Simulator-G (PULLS-G), Subang pada hujung minggu ini untuk proses pemilihan yang seterusnya. Yang peliknya, surat ini dihantar ke pejabatnya di hospital dan bukannya ke rumah kediamannya seperti kebiasaan. Apapun, Nora Yuhanis merasa amat gembira dengan kelayakannya untuk ke peringkat seterusnya dan pasti tidak akan mensia-siakan ruang dan peluang yang ada ini untuk membuktikan bahawa dia juga layak untuk menjadi angkasawan negara.

Namun, tidak disangka-sangka, berita mengenai surat yang diterima oleh Nora Yuhanis telah tersebar dengan luas sehingga ke pelusuk hospital. Medical assistance (MA), nurse, cleaner mahupun mak cik kantin hospital sudah mengetahui hal ini. Walaupun mereka tidak pasti mengenai apakah isi kandungan surat berkenaan, namun, mereka telah dapat boleh meng-agak bahawa terdapat sesuatu yang positif telah berjaya dicapai oleh salah seorang kakitangan hospital berkenaan. Sesuatu yang boleh dibanggakan akhirnya menerpa ke dalam sanubari setiap kakitangan hospital berkenaan.

Disepanjang perjalanan Nora Yuhanis ke kantin pagi itu, setiap orang yang berselisih dengannya akan mengucapkan ucapan 'tahniah doc' namun dia tidak mengetahui akan apakah ucapan tahniah itu ditujukan. Hanya sekuntum senyuman yang menjadi balasan kepada setiap ucapan tersebut. Hendak kata dia sudah mengumumkan tarikh pernikahan, tidaklah pula kerana dirinya itu pun masih bujang, tiada tunangan mahupun boyfriend. Hendak kata dia sudah berjaya naik pangkat, tidak mungkinlah kerana dia baru sahaja berkhidmat disitu, masakan terlalu awal untuk naik pangkat walhal senior-seniornya masih lagi dalam gred yang sama. Pelik bin ajaib.

"Orkid, apasal semua orang dok ucap tahniah kat saya ni? Saya ada edar kat kahwin kat dieorang ke?" Nora Yuhanis melabuhkan punggungnya di atas kerusi di kantin hospital berkenaan.

"Ishh doc ni. Manalah saya tahu. Itukan hal peribadi doc, takkanlah saya pulak yang lebih sudu dari kuah," Nurse Orkid yang sedari tadi sedang menyuakan roti sandwich nya hampir tersedak apabila Nora Yuhanis bertanyakan soalan berkenaan kepada nya.

"Saya pun tak pasti. Tapi saya cuma dapat meng-agak. Mungkin dieorang semua dah tahu kot?" Dr. Nora Yuhanis meneka. Kemungkinan isi surat rasmi berkenaan telah tersebar luas ke serata pelusuk hospital. Siapa tahu.

"Entahlah doc. Tak payah lah doc fikir. Fokus pada misi doc yang seterusnya je. Takkan lari gunung dikejar. Tapi doc kenalah hati-hati, mesti ramai punya yang akan dengki nanti. Ibaratnya menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Haa gituhh," Nurse Orkid mula bermain dengan peribahasa-peribahasanya.

"Ishh kamu ni. Dah lah, kang lewat pulak nanti."

***

Seusai sahaja Nora Yuhanis melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk pejabatnya, dia menerima satu panggilan daripada telefon pejabatnya.

"Dr. Nora. Boleh berjumpa saya di bilik saya sekarang?" Kedengaran suara Ketua Jabatan, Dr. Amzar Syakif di hujung talian.

"Baik tuan. Saya datang sekarang," Nora Yuhanis meletakkan ganggang telefon dan lantas keluar daripada pejabatnya menuju ke bilik ketua jabatan di paras 2.

Bilik ketua jabatan terletak berdekatan bilik bahagian pengurusan, kewangan dan pentadbiran. Pintu bilik ketua jabatan diketuk perlahan dan satu suara garau kedengaran daripada bahagian dalam bilik berkenaan.

"Ya. Silakan masuk," pintu bilik ketua jabatan di kuak perlahan oleh Nora Yuhanis. Terpacul sosok tubuh seorang lelaki yang berumur hampir separuh abad, bermisai nipis serta berjanggut tebal.

"Silakan duduk, Dr. Nora Yuhanis," Dr. Amzar Syakif membuat isyarat duduk di kerusi yang tersedia di hadapannya.

"Tuan mahu jumpa saya?" Nora Yuhanis memulakan bicara.

"Iya, betul. Saya nak jumpa dengan Dr. Nora," ujar ketua jabatan Dr. Nora Yuhanis tersebut.

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now