18.0 : Cabaran Seterusnya

26 3 0
                                    

PADA hari kedua cabaran, mereka diminta untuk memasak masakan orang Rusia dengan bahan-bahan yang telah disediakan mengikut tahap pengetahuan masing-masing. Resipi mestilah mempunyai sedikit latar belakang makanan tradisi orang Rusia. Mereka telah dibahagikan kepada 10 buah kumpulan-kumpulan kecil dan antara bahan-bahan yang disediakan termasuklah telinga lembu betina, lidah lembu jantan, bijiran bijan, roti Russia, tepung gandum dan sebagainya. Ini penting bagi membiasakan diri mereka dengan persekitaran makanan orang Rusia kelak selain memberi pengalaman baru kepada calon-calon.

Nora Yuhanis berjaya berada satu kumpulan bersama Josephine Imulok Yondina dan Samoi Rasal yang pastinya memberi banyak input berguna tentang resepi asas yang menarik dalam menyediakan menu masakan orang Rusia. Antara menu yang berjaya dimasak oleh mereka termasuklah Shashlik, Golubtsy, Beef Stroganoff, Veal Orloff dan juga Pozharsky Cutlet. Ini adalah berkat pengalaman Josephine yang sudah terbiasa dengan makanan-makanan tradisi masyarakat Asia Timur khususnya di Rusia dan juga Khazakstan ketika menjadi pegawai khas dikedutaan semasa bertugas di negara-negara berkenaan.

Shashlik merupakan sejenis makanan berupa daging lembu bakar yang telah diperap selama sejam dan daging berkenaandibakar dibawah arang bersuhu panas. Shashlik cukup terkenal terutamanya di kawasan Asia Timur dan juga Eropah Timur. Golubtsy pula merupakan sejenis makanan seakan-akan popia gulung yang mana di dalamnya boleh berisi sayur-sayuran, lidah lembu jantan dan juga bijiran. Makanan ini kebiasaannya boleh dicecah dengan krim ataupun sambal masala. Beef Stroganoff pula adalah sejenis makanan berkuah yang mempunyai kandungan mustard, cendawan dan juga krim masam. Makanan ini dipercayai sudah wujud sejak tahun 1871 lagi oleh Elena Molokhovets.

Ada juga kumpulan yang membuat fusion ataupun kombinasi resepi antara dua jenis makanan tradisi bangsa Rusia dengan bangsa lain, namun, kebanyakan makanan yang disediakan kelihatan menyelerakan dan mempunyai persembahan di atas pinggan yang mengagumkan. Namun, seusai sahaja tamat jumlah waktu yang ditetapkan iaitu selama durasi 3 jam, mereka semua diwajibkan untuk merasa makanan yang disediakan oleh kumpulan lain. Setiap reaksi dan sikap mereka akan dicatatkan oleh barisan pakar psikologi yang mengambil tempat di bahagian penjurian. Ada yang termuntah, manakala ada juga calon yang langsung tidak boleh makan makanan yang eksotik ini.

Bagi Nora Yuhanis pula, ini bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya kerana sejak dahulu dia sudah terbiasa makan makanan yang berada di tong sampah, bekas makanan di tepi shopping complex dan juga di tepi-tepi sungai. Perutnya sudah terbiasa dengan makanan-makanan yang sudah basi mahupun mempunyai rasa yang pelik. Baginya, tiada salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana sememangnya dia menginginkan cabaran yang berbeza dalam hidupnya.

Pada waktu malamnya pula, mereka akan menyertai kelas asas bahasa Rusia yang berlangsung selama 2 jam setiap hari untuk membiasakan calon-calon dengan bahasa Rusia kelak. Kelas Bahasa Rusia ini telah diajarkan oleh seorang guru bahasa Rusia yang dibawakan khas dari negara soviet berkenaan bernama Yuri Malachenko. Pada hari-hari terakhir nanti, mereka akan menduduki peperiksaan penilaian bahasa Rusia dan setiap jawapan mereka akan dinilai akan tahap kefahaman dan ketepatan sebutannya.

Pada hari berikutnya, mereka telah diarahkan masuk ke hutan di sekitar Sungai Lembing, Pahang dan dilepaskan kepada 10 kumpulan. Mereka dibekalkan dengan kompas SUUNTO, Global Positioning System (GPS) berjenama Garmin, peta topografi, plastik sample lutsinar, tukul besi, tali, sejenis nota lapangan dan beberapa botol air mineral. Mereka diminta untuk menuju ke arah satu lokasi mengikut titik GPS yang telah ditetapkan. Pada setiap titik tersebut, mereka akan menghadapi beberapa halangan dan cabaran seperti perlu memanjat pokok, mereka perlu mengambil sampel tanah, batu dan tumbuhan pakis & cendawan hutan, mereka perlu melompat ke arah seberang sungai dengan menggunakan tali, perlu meranduk sungai yang dipenuhi pacat dan lintah dan pelbagai halangan lagi. Titik terakhir cabaran tersebut adalah di Air Terjun Pelangi dan pasukan yang pertama sampai ke kawasan Air Terjun Pelangi berkenaan akan menjadi juara.

Sampel-sampel tanah dan batuan ini nanti akan dibawa ke tapak perkhemahan dan peserta diminta untuk membuat satu tafsiran penuh sebanyak 2,000 patah perkataan untuk setiap satu sampel yang diambil dan ditulis di atas beberapa keping kertas kajang yang telah disediakan. Mereka akan mencatatkan apa sahaja yang mereka nampak seperti warna, bentuk, saiz butiran, tahap kelembapan dan sebagainya sebanyak 2,000 patah perkataan. Tumbuh-tumbuhan hutan yang telah dikutip pula akan dibawa ke cabaran waktu malam. Cabaran waktu malam ini nanti, calon-calon diminta pula untuk memasak tumbuh-tumbuhan hutan yang telah dikutip pada siang harinya ini untuk dijadikan hidangan makan malam mereka semua.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now