22.0 : Berdebar

23 2 0
                                    

YANG BERHORMAT Menteri MOST SPACE kemudian mengumumkan satu persatu nama calon-calon yang terpilih. Nama pertama yang disebut adalah Daeng Mustakim bin Daeng Abdullah yang mewakili negeri Johor. Seperti sudah dapat mengagak, dewan Ballroom Seri Delima gemuruh dengan tepukan para hadirin. Daeng Mustakim dipilih berdasarkan rekodnya yang cemerlang semalam menjalani proses latihan.

Calon kedua yang dipanggil adalah Thivaran Nagaradjah yang mewakili negeri Pahang. Kelihatan bersorak keluarga Thivaran dibahagian penonton di tempat duduk paling belakang. Thivaran terpilih kerana semangat dan komitmennya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam situasi yang genting.

Calon ketiga pula yang dipanggil untuk naik ke atas pentas adalah Lim Wei Jin, wakil daripada negeri Pulau Pinang. Lim terpilih kerana memiliki pemikiran kritikal atau critical thinking yang jarang sekali ada pada individu lain. Perasaan gemuruh semakin menghantui Nora Yuhanis kerana tinggal berbaki 5 tempat sahaja lagi untuk menjadi rebutan.

Calon keempat yang diumumkan adalah Samoi anak Rasal, wakil daripada negeri Perak. Samoi kelihatan tidak mempercayai yang dia berjaya meloloskan diri ke kedudukan empat terbaik. Keluarganya dan beberapa suku kaum Semang kelihatan bersorak dan meraikan wakil suku mereka ke Rusia. Mereka dapat dikenali dengan berpakaian suku kaum Semang di dalam Ballroom terbabit. Samoi terpilih oleh kerana pengalaman luasnya dalam kaedah survival yang mantap dan hebat, salah satu kriteria pemberat dalam proses pemilihan ini.

Nora Yuhanis semakin resah gelisah, perasaan tidak tenteram namun berjaya disembunyikan melalui senyuman manisnya itu. Berbaki empat lagi tempat, dan calon-calon yang masih belum dipanggil kelihatan berdebar-debar menantikan pengumuman seterusnya daripada Yang Berhormat menteri.

"Calon kelima yang terpilih adalah.... Joseph Mading anak Stanley, wakil daripada negeri Sarawak," umum menteri MOST SPACE. Kelihatan wakil keluarga Joseph Stanley yang didatangkan khas dari Sarawak bersorak riang gembira dari bahagian belakang dewan. Pastinya mereka meraikan kejayaan wakil daripada negeri mereka untuk meneruskan perjuangan menjadi angkasawan kedua negara. Joseph terpilih dalam pemilihan disebabkan ilmunya yang luas selain kompeten dalam menangani cabaran arus muka.

"Seterusnya, calon keenam adalah.... Azfar Faiq bin Mohd Ariff yang mewakili negeri Melaka!" Bersorak riang para hadirin yang hadir di Ballroom terbabit. Walaupun seorang calon underdog, namun, pencapaian memasuki pusingan yang seterusnya amatlah membanggakan. Azfar terpilih oleh kerana tanggungjawab serta komitmen dalam kerja berkumpulan yang mengagumkan.

"Calon ketujuh pula adalah.... Josephine Imulok Yondina, wakil wanita daripada negeri Sabah, negeri di bawah bayu," maka bersoraklah kaum kerabat Josephine yang didatangkan khas dari Sabah atas kejayaannya memasuki ke proses pemilihan yang seterusnya. Josephine terpilih disebabkan kelebihan multi bahasa selain mempunyai ilmu yang luas berkenaan dasar luar negara. Tinggal satu tempat yang terakhir untuk mereka sama-sama menjalani latihan di Rusia.

Pada tahap ini, Dr. Nora Yuhanis hanya berserah kepada Allah SWT. Jikalau sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa itu adalah rezekinya, maka dia bersyukur atas segala nikmat kurniaan ini, dan jikalau dia tidak terpilih sekalipun, dia langsung tidak menyesal kerana sekurang-kurangnya dia sudah melakukan yang terbaik sehingga sampai ke tahap ini.

"Dan... untuk slot terakhir. Calon kelapan yang berjaya mengisi tempat kekosongan bagi proses pemilihan angkasawan negara yang kedua ini adalah...."

Dup...

Dap...

Dup...

Dap...

Mata dan telinga para hadirin tidak kirahlah di kaca tv mahupun yang hadir di dewan Ballroom terbabit memberikan fokus kepada pengumuman YB Menteri. Mereka berdebar menantikan siapakah gerangan calon terakhir yang bakal terbang ke Rusia untuk bersama-sama tujuh calon yang lain bagi menjalani sesi latihan intensif selama setahun di Rusia. Adakah calon lelaki mahupun seorang lagi calon wanita? Bukan setakat penonton sahaja yang berdebar, malah, calon-calon yang sedang duduk di bahagian bawah juga turut berdebar sambil masing-masing menutup mata tanda tidak sanggup mendengar nama mereka tidak dipanggil oleh YB Menteri.

Dup...

Dap...

Dup...

Dap...

"Nora Yuhanis binti Abdul Rahman!" jerit YB Menteri MOST SPACE diikuti sorakan dan gegak gempita seluruh Ballroom Seri Delima terbabit. Standing oviation lantas diberikan kepada kelapan-lapan calon yang berjaya layak untuk mengikuti kursus pemilihan di Rusia. Nora Yuhanis terpilih oleh kerana pengalamannya dalam mengendalikan eksperimen-eksperimen berasaskan perubatan, salah satu kriteria yang dicari untuk dihantar ke angkasa lepas kelak.

Dari atas pentas, Nora Yuhanis dapat melihat kelibat ibunya, Aunty Anne yang sedang berdiri di bahagian tempat duduk penonton. Ibunya kelihatan amat gembira dan berbangga dengan pencapaian yang telah diraih oleh satu-satunya anak kesayangan Aunty Anne. Perasaan bangga dan terharu tidak dapat dibendung lagi oleh kedua beranak terbabit. Seusai habis sahaja proses pengenalan bersama pihak media, dua beranak berkenaan kelihatan berpelukan sambil menangis teresak-esak.

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Awanama KosmosWhere stories live. Discover now