Bab 16

96 5 5
                                    

"ABANG Qhairul buat apa dekat sini?" Soal Ayris. Qhairul Izwan yang elok bermain telefon menoleh kearah Ayris.

"Saja. Lama tak jumpa sepupu kesayangan abang ni. " Selamba Qhairul menjawab. Ayris mencebik. Ye yelah tu.

"Eleh! Dekat sekolah pun abang ada tengok Ayris kan? Lama tak jumpa apanya?"

Qhairul sengih.

"Azfar mana?" Nak tukar topiklah tu.

"Ada dekat tingkat atas. Tengah ber loving-loving dengan Fitri." Jawab Ayris. Dia mula duduk disebelah Qhairul. Tapi taklah dekat sangat.

"Jom jalan-jalan. Abang bosanlah." Ajak Qhairul.

"Ayris nak, cuma kalau orang terserempak dengan masa jalan-jalan nanti macam mana? Apatahlagi budak sekolah yang sama dengan Ayris. Diaorang bukannya tahu pun kita sepupu. Nanti apa pulak diaorang fikir. Abang tu dahlah cikgu!" Panjang lebar Ayris menerangkan. Qhairul mengeluh. Susah betul kalau ada pertalian keluarga dan berdarah raja, tapi disembunyikan atas dasar tak nak dihormati boleh rakyat.

Kata Ayris, dia nak juga rasa bagaimana hidup seperti rakyat biasa tanpa dihormati. Sebab itu Ayris menyamar jadi rakyat biasa, walaupun dia tahu Tuanku Qamarul alias ayahanda kepada Qhairul Izwan juga merangkap raja di negara Nezerland ini tidak bersetuju, namun Ayris tetap dengan pendiriannya. Tapi secara sembunyi, iaitu berahsia dari Tuanku Qamarul yang dia menyamar. Hewhew.

"Ris dah perhatikan Devil of Z?" Tanya Qhairul sekaligus menyedarkan Ayris dari lamunan.

"Dah, cuma abang tahu kan apa yang jadi masa Ayris dan Farhan cuba perhatikan group tu?" Qhairul angguk. Tangan disilang didada. Haih, kalaulah Zack dan ahlinya itu tahu bahawa dia itu putera, huh! Memang Qhairul hukum remaja itu. Tapi disebabkan dia menyamar juga, terpaksalah sabarkan hati. Dia menyamar jadi cikgu pun sebab nak jaga sepupunya itu.

"Group tu dari dua tahun lepas dah buat hal. Sampai KP dengan PKP pun takut dengan diaorang tu."

"Tapi Ayris tak!"

"Yeah, I know. Sepupu abang ni memang takkan takut dengan apa-apa." Sindir Qhairul. Mata dijuling keatas.

Ayris mencebik. Main sindir-sindir orang pulak.

"Papa dengan mama Ris mana?" Tanya Qhairul setelah sedar Tengku Muzaffar dan Tengku Dahlia tiada. Sunyi sahaja rumah banglo ini.

"Jumpa nenda." Ringkas jawapan Ayris.

"Ris tak ikut?" Ayris geleng. Mulut dimuncung.

"Mama tak bagi..." Ayris rasa nak menangis. Qhairul tergelak. Siapa tak kenal Ayris, kalau tak dapat jumpa nenda Salamah kesayangan dia tu menangislah jawabnya. Lagipun Ayris rapat juga dengan nenda Salamah.

"Nanti abang ajak Ris pergi jumpa nenda nak?" Laju Ayris mengangguk seraya tersenyum lebar. Tetapi senyumannya tiba-tiba mati.

"Kalau Tuanku Qamarul tahu macammana? Nanti dia bagitahu mama..." Keluhnya.

"Ayahanda abang, tahu-tahulah abang settlekan nanti." Balas Qhairul.

"Tapi ayahanda abang tu garang."

Qhairul ketawa kecil. Memanglah Tuanku Qamarul itu garang, tapi hati dia baik. Sekali diajak berbual, sporting habis.

"Dia garang depan rakyat-rakyat dia saja. Tapi kalau dengan ahli keluarga, takkanlah dia nak garang juga? Lagi-lagi Ris tu anak saudara dia." Jelas Qhairul. Ayris diam.

"So, nak tak?" Ajak Qhairul.

"Nak! Ris bersiap jap. Tunggu eh."

"10 minutes."

"Aloh aloh putera ni! Iyalah!"

Qhairul geleng kepala.

"Pakai dress tau. Ingat sikit yang awak tu puteri. Nanti apa pulak Tuanku Qamarul kata kalau tengok Ris pakai baju, hmm... Ayris faham-fahamlah." Qhairul mengingati Ayris. Bukan apa, kalau tak diingatkan si puteri sorang ni, entah apa-apa baju yang dipakai Ayris. Macam dulu, semasa majlis makan malam diraja, dengan muka selambanya Ayris memakai baju blouse dengan seluar Jean. Mananya tak membebel Tuanku Qamarul itu.

"Ayris tahulah. Sibuk jer!" Jawab Ayris cemberut. Tak suka bila kenal pakai gaun diraja. Baginya, ssmua baju sama. Tak ada yang beza pun. Entah kenapa Tuanku Qamarul tak menggalakkan ahli keluarganya memakai baju-baju fashion terkini.

Tiba-tiba, Ayris teringatkan sesuatu. Dahinya ditepuk perlahan. Baju gaun dia dekat istana. Alahai...

"Kenapalah masa aku pindah dulu tak bawak sekali?" Gerutu Ayris perlahan. Dia mengeluh.

Lantas, baju blouse dan seluar Jean berwarna putih diambil. Bantai jelah! Perlahan, dia keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga.

"Abang! Jom." Ajak Ayris. Qhairul menoleh. Membuntang matanya melihat Ayris.

"Apa Ayris ni? Abang dah suruhkan pakai dress?!" Marah Qhairul. Hesy geram pula dia! Sepupunya ini memang degil.

"Dengarlah dulu kata patik, putera. Baju gaun patik tertinggal dekat istana. Patik lupa nak bawa semasa pindah dulu. Ala, bukannya ada sesiapa pun kan dekat istana tu? Kecoh ahh abang ni. Dahlah, jom!" Selamba Ayris membalas. Qhairul menghela nafas geram.

Dasar sepupu keras kepala! Hesy lah!

Dasar sepupu keras kepala! Hesy lah!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAHAHAHAHAHA. Bayangkan itu istana Nezerland.




Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now