Bab 26

144 5 24
                                    

AYRIS mendengus kuat. Tangannya mencapai penyapu. Semua peralatan untuk membersih dia ambil. Farhan pula santai tunggu diluar bilik stor. Tak guna punya lelaki!

"Ayris! Lama lagi ke?" Menjerit Farhan menyoal diluar bilik stor. Ayris mendengus sekali lagi. Harapkan aku jer!

Okey, al kisahnya macam ini sebenarnya. Semasa kelas biologi tadi, cikgu matapelajaran subjek biologi itu ada buat kuiz. Bila tiba soalan yang ke berapa entah, Farhan dan Ayris berebut nak jawab soalan. Dan macam biasa, dua-dua tak nak mengalah.

Kebetulan juga, cikgu biologi itu cikgu disiplin. Hm, memang kenalah mereka berdua dengan cikgu itu.

Jadi sekali itu, cikgu biologi bengang sangat, dia terus marah Ayris dan Farhan. Dan sebagai hukumannya mereka berdua kena bersihkan satu sekolah selepas sesi pembelajaran. Punya lah besar Diamonic Highschool ni, macam mana nak bersihkan tu?

"Itulah kau orang berdua, cari pasal lagi dengan cikgu disiplin, kan dah kena hukum!"

Itu perlian yang mereka berdua dapat dari Izz
Bukan setakat Izz saja. Azfar, Rafiq, Izyan, Fitri dan Syiraz pun bukan main perli mereka berdua. Semua cakap padan muka! Huh.

"Woi girlfriend! Kau buat apa dalam tu lama sangat?" Sekali lagi Farhan menjerit.

Ayris juling mata keatas. Keluar saja dia dari bilik stor, terus dia ketuk kepala Farhan guna penyapu. Padan muka kau!

"Woi! Sakitlah gila!" Marah Farhan. Baru jer syok-syok nak berselfie, datang pula minah gila ketuk kepala kita! Sakit pula tu!

"Padanlah muka kau. Sukahati jer kata aku girlfriend kau!" Ayris bercekak pinggang. Muka dibuat-buat garang.

"Memang betul apa. Satu sekolah tahu yang kau girlfriend aku." Selamba Farhan membidas. Ayris mengejek.

"Sakit jiwa aku layan orang gila macam kau ni. Mahunya aku pun gila juga nanti."

"Sakit jiwa lagi, bila aku tengok muka cantik kau! Geram aku!" Lantas, bibir Ayris dicuit lembut.

"Hmm, soft an natural pink! Aku suka!" Komen Farhan selamba.

"Gila!" Maki Ayris. Merah mukanya bila Farhan tiba-tiba mencuit bibirnya. Argh! Bibir ku sudah tak suci!

"Segila-gila aku, aku jugak boyfriend kau tau!"

Ayris menjuih mulut.

"Tak hingin aku!"

Ayris berlalu pergi meninggalkan Farhan. Malas nak layan orang gila!

"Eleh, tak hingin konon!" Perli Farhan. Dia mengejar langkah Ayris yang sudah jauh dihadapan.

















"NAH! Kau sapu dekat penjalan kaki, aku sapu dekat tangga." Sesuka Ayris mengarah Farhan. Penyapu dibaling kasar kepada Farhan. Nasib baik lelaki itu sempat menyambut. Kalau tidak, dahinya yang jadi mangsa terkena hantuk batang penyapu itu. Hilang handsome!

"Sampai pukul berapa kita nak buat kerja amal ni?" Soal Farhan malas. Lesu saja mukanya. Tak bermaya langsung.

"Hmm, cikgu cakap sampai pukul empat petang. Sekarang 2:30. Jadi, ada masa berbaki satu jam setengah." Jelas Ayris. Farhan buat muka bosan.

"Kau buatlah kerja ni sorang-sorang. Aku nak tidur." Penyapu, Farhan campak begitu sahaja. Lalu, dia membaringkan diri diatas rumput. Dia menguap kecil.

"Ish! Takkan aku sorang jer?!" Bentak Ayris. Tak adil lah!

Penyapu campak ketepi. Dia duduk diatas rumput. Farhan dipandang geram. Rasa nak cekik jer mamat bajet handsome ni!

"Eh-eh! Kau apasal duduk? Pergi buat kerja!" Arah Farhan. Ayris mencebik.

"Kau pun buatlah kerja jugak! Mana adil aku sorang jer! Cekik kang!" Marah Ayris. Jelingan tajam dihadiah khas buat Farhan.

"Tak nak! Aku malas!"

"Fine, kalau kau tak nak buat, aku pun tak nak buat jugak." Ayris berpeluk tubuh.

"Eyy, mengada! Yalah, aku buat kerja!" Dari berbaring, Farhan bingkas bangun. Penyapu dicapai. Satu penyapu untuknya, lagi satu buat musuhnya.

Ayris pandang Farhan. Dia tersenyum puas.

"Hey! Catch this!" Lelaki itu membaling penyapu kepada Ayris. Tetapi malang, Ayris tidak sempat untuk menyambut. Akibatnya, dahi gadis itu terkena batang penyapu.

"Aww!" Ayris menggosok dahinya. Sakit!

Dan Farhan ketawa besar. Lucu pula rasanya!

"Kau memang sengaja kan?!" Marah Ayris. Sakit hati bila Farhan mentertawakannya.

"Mana ada sengaja. Dah kau yang tak sambut. Padan muka!" Ejek Farhan. Baki ketawanya masih ada.

"Eyy, Farhan Zarkasyi!!!" Memetir suara Ayris. Geram nya dia!

"Ya girlfriend?" Sahut Farhan lembut. Masih ada baki ketawa terselit.

Ayris menjeling padu. Ngok dia girlfriend!

"Dahi aku sakitlah!" Rungut Ayris kasar. Makin galak Farhan mentertawakannya. Kemudian dia duduk mencangkung dihadapan Ayris. Dahi gadis itu diusap lembut.

Ayris terkedu.

"Sorry..." Ucap Farhan perlahan.

"Dekat sini ke sakit?" Soal Farhan. Bagai dipukau, Ayris anggukkan saja. Jantungnya laju berdegup apabila Farhan mengusap lembut dahinya.

"Lain kali, kalau tak boleh sambut. Elaklah!" Bebel Farhan membuatkan Ayris tersedar. Dengan segera, dia menepis tangan Farhan dengan kasar.

"Ini semua salah kau! Kasihan dahi licin aku!" Omel Ayris. Farhan mencebik.

"Siapa suruh tak elak?"

"Macam mana nak elak kalau kau campak penyapu tu secara mengejut!"

"Mengaku jelah yang kau tak pandai sambut! Susah-susah jer nak cipta alasan." Farhan membidas lagi. Kalau bergaduh dengan minah ni, tak boleh kalah. Selagi boleh menang tu lawan jer!

"Aku cakap benda betul. Tak ada maknanya aku nak cipta alasan sendiri." Balas Ayris geram.

"Jadi?"

"Ish! Gila!" Maki Ayris kasar. Dia bingkas berdiri dan penyapu diambil. Dia lalu berjalan meninggalkan Farhan.

Farhan mencebik. Dia turut ambil penyapu. Dan jerja pembersihan bermula.














the quotes

Hidup ini akan tampil banyak peristiwa dan kejutan.

Salah satunya, hubungan dengan seseorang yang sebelumnya rapat tetapi terputus dengan rasa sesalan.

Menyedihkan, bila masing-masing tidak lagi bertegur sapa seolah tidak pernah mengenali.

Namun, yang pergi itu pasti ada ganti.


Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now