Bab 28

93 5 4
                                    

"WHAT'S game?" Satu suara menyapa.

Suara itu mengejutkan Zack. Dia merengus kasar. Kepala ditoleh ke belakang, melihat sosok yang mengganggu masanya dengan Ayris. Keningnya diangkat. Lelaki yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Siapa?

Ayris tergamam.

"A-Adam?" Dia menyoal sendirian. Cukup didengari dirinya sahaja. Sudah beberapa tahun dia tidak melihat Adam dan sekarang lelaki ini muncul tiba-tiba.

"Kau siapa?" Zack menyoal kasar. Pura-pura berani, sedangkan dia dapat rasakan yang aura lelaki dihadapannya kini amat dingin.

Adam Zafran tersenyum sinis. Zack dipandang dengan tajam.

"Get out of my way, or I'll kill you." Penuh dingin suaranya memberi amaran.

Zack mendengus kasar. Dengan pantas, dia menerpa ke arah Adam lalu mencengkam kolar baju lelaki itu.

"Kau siapa nak bagi aku arahan, si*l?" Suara dicelah gigi.

"Aku siapa?" Adam jeda sebentar. Tangan dimasukkan di dalam kocek seluar. Mencari sesuatu. Dan... Jumpa!

Pisau kecil yang dijumpainya itu terus diacu kearah pinggang Zack. Lelaki itu terkejut.

"A-adam... Jangan..." Ayris gelisah apabila Adam mulai mengacukan pisau ke arah Zack.

"You better shut up Ayris. It's all your fault, you make me in trouble."

Ayris terdiam. Ya, dia sudah makan sangat dengan perangai Adam. Jadi bukan masanya untuk dia terasa hati.

"Lepaskan kolar baju aku, geli bod*h. Tangan kau kotor." Mendatar suara Adam memberi arahan.

Haiqal, Hazim dan Syah sudah mula terketar-ketar. Tahu dengan siapa mereka berurusan sekarang. Rasa nak lari pun ada sekarang ni!

Zack mengetatkan lagi cengkaman di kolar baju Adam.

"Kalau aku tak nak?" Sinis Zack. Muka sinis diberikan kepada lelaki itu. Bagaikan mencabar. Pisau yang diacu kearahnya tidak dihiraukan. Kesah apa dia?

Tanpa amaran, terus perut Zack, Adam tendang menggunakan lututnya. Mengerang kesakitan Zack dibuatnya. Darah mula keluar dari mulut lelaki itu. Terbatuk-batuk Zack disebabkan tendangan yang kuat itu. Haiqal, Hazim dan Syah tergamam. Alamak...

"Itu balasan sebab kau buat tangan perempuan aku berdarah." Sinis Adam. Matanya memandang dingin kearah Zack.

Zack merengus kasar. Darah dimulutnya dilap kasar. Belum sempat Zack ingin menyerang balas, Hazim terus menahan lelaki itu daripada berbuat sedemikian.

"Lepas bod*h! Biar aku bagi pengajaran kat laki han*t ni!" Jerkah Zack. Sungguh dia marah apabila lelaki yang dia tidak kenali itu tiba-tiba masuk campur dengan urusannya. Lagi-lagi apabila lelaki itu mengganggu masanya dengan Ayris. Memang mencabar kesabarannya!

Adam senyum sinis.

"Zack, kita kena gerak! Kau tak tahu dia siapa. Kalau kau tak nak mati better kita gerak!" Bisik Syah.

"Arghh kesah apa aku?!" Serta-merta, dia berlari kearah Adam. Sedia memberikan tumbukan yang kuat. Tetapi sempat Adam elak. Sekali lagi, Adam menendang Zack, kali ini dada lelaki itu yang dia sasarkan.

Zack terpelanting jauh. Betul-betul di sebelah Ayris. Gadis itu tergamam. Belum pernah dia melihat Adam sebegini rupa. Lagi-lagi membantai seseorang sampai teruk macam ni.

"Z-Zack..." Haiqal berlari kearah Zack. Pengsan! Ya, Zack pengsan. Mungkin disebabkan hentakan yang kuat akibat tendangan Adam tadi.

"Huh..." Adam senyum sinis sebelum berjalan kearah Zack.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now