Bab 7

150 8 4
                                    

AYRIS merenung kearah Farhan. Kenapa senyap jer lelaki tu? Selalunya ada sahaja benda yang nak digaduhnya. Hari ini tak ada pula. Dah kenapa?

Jap! Ayris, takkan rindu kot? Ohh... Tolonglaa. Pfft! Tak nak! Tak ada masa nak rindu bagai. Cuma hairan jer. Yalah, selalunya ada sahaja mulut Farhan jembalang itu yang akan menyakitkan hati dia. Harini tak ada pulak. Hmm... Menghairankan. Something fishy here. Hahaha.

Akibat ingin tahu sangat, Ayris mengeluarkan telefonnya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Farhan dicari. Bila jumpa, dia taip sesuatu.

Pehal kau?

Itu yang dia taip buat Farhan. Tak lama selepas itu, mesej dari Farhan masuk.

Farhan Jembalang👻

Sibuk!

Ayris pandang Farhan dibahagian meja sebelah. Sempat lelaki itu tarik senyuman sinis. Ayris merengus. Sukalah tu dapat sakitkan hati aku! Huh! Tak apa, kau tunggu jer.

Dan...

Farhan Jembalang has been blocked.

Ayris tersenyum puas. Dia nak gelak pun, nanti apa pulak kata kawan kawan dia. Tak lama selepas itu, Farhan pandang Ayris. Gadis itu juga turut sama memandang. Senyuman sinis diukir.

Farhan mendengus. Minah ni sengaja cari pasal! Lantas itu, mulutnya dibuat buat gaya bercakap. Siap pekej muka garang Farhan bagi.

'Unblocked lah sengal!'

Ayris buat buat tak tahu. Malah, dia dengan selamba menghadiahkan senyuman mengejek.

"Unblocked cepat!" Satu kelas terkejut bila suara Farhan melantun keluar.

Ayris masih buat buat tak tahu. Biar dia rasakan! Haha.

"Wo wo! Kenapa ni?" Rafiq menyoal. Ayris dan Farhan dipandang bersilih ganti. Kalau Farhan dah marah macam ni, sudah semestinya ada kaitan dengan Ayris.

"Kau tanya minah langsuir tu! Suka hati jer nak blocked aku!" Farhan menjeling Ayris.

Rafiq dan yang lain sudah tepuk dahi. Ingatkan apalah tadi. Kan betul... Mesti ada kaitan dengan Ayris ni.

"Bila masa aku blocked kau hah?! Raf, kau jangan percaya sangat jembalang ni. Entah betul ke tak yang dia cakap tu." Ayris membidas.

"Kau terasa ke? Ada aku bagitahu yang kau tu blocked aku? Nampak sangat kau tu langsuir." Farhan gelak jahat.

"Ohh... Jadi kau pun jembalanglah? By the way, kalau bukan aku yang blocked kau, habis tu siapa? Takkanlah ada jugak budak yang berani blocked ketua pengawas kita ni. Bukan ke kau instafamous?"

Hah! Setepek kena!

Farhan diam sekejap. Ish! Habis jatuh reputasi aku! Tak guna punya Ayris langsuir!

Jatuh lagi reputasi Farhan bila semua budak didalam kelas itu mula berbisik sesama sendiri. Ada juga yang ketawa kecil.

"Ish! Unblocked ahh!" Rungut Farhan.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now