Bab 11

108 9 0
                                    

AYRIS dan Farhan perlahan-lahan melangkah masuk kedalam sebuah gudang lama dibelakang Diamonic Highscool. Sementara Rafiq dan Izz pula menanti di hadapan gudang itu.

"Ayris! Cepatlah sikit, lambatlah kau ni. " Bisik Farhan keras. Si gadis mendengus. Ish!

"Kejaplah, kau tak nampak ke yang aku pakai skirt? Kalau aku pakai seluar, dah lama dah aku tinggalkan kau! " Seperti Farhan, Ayris turut berbisik juga. Pada ketika itu, mereka masih lengkap berpakaian sekolah. Maklumlah, baru habis sesi persekolahan. Kemudian, tiba-tiba saja Farhan mengajak Ayris pergi ke gudang lama ini. Sebab dia tahu kumpulan Devil of Z berada disini. Ayris pula turutkan saja. Sudahnya Farhan tak bagitahu yang ini juga salah satu rancangan dia nak tumpaskan kumpulan itu.

"Yang kau pakai skirt tu apasal? Ish! Menyusahkan betul. "

"Tanyalah pengetua. Dah baju uniform sekolah macamni. Nak buat macam mana? Halemak mamat ni... " Bebel Ayris.

Tapi memang betul pun, baju sekolah dekat Diamonic Highschool ini lain sikit. Kalau lelaki, baju kemeja warna putih dengan seluar berwarna kelabu. Dan kalau perempuan, baju blouse warna putih dan skirt paras lutut berwarna kelabu. Bagi pengawas pula, cuma tambah untuk pakai blazer sahaja. Untuk membezakan antara pengawas biasa dan ahli tertinggi pengawas, pengawas biasa memakai blazer berwarna coklat, dan ahli tertinggi pengawas pula memakai blazer berwarna biru tua.

"Lain kali, pakailah baju sukan. Ish! " Balas Farhan cemberut.

"Nak salahkan aku pula jembalang ni. Kau tu yang lambat sangat cakap pasal plan ni pasal? " Bidas Ayris.

"Macam mana aku nak cakap, kau tu ha! Sempat lagi dating dengan Farish. Huh! " Farhan menjeling Ayris.

"Kau jangan nak tuduh sesuka hati eh? Aku lepuk kau kang! " Suara Ayris mula naik seoktaf.

"Oh yea? Habis tu? Yang kau berdua dengam Farish dekat kolam belakang rumah aku tu apa? Tu bukan dating namanya?!"

Belum sempat Ayris membalas, bunyu tepukan menyapa kegegendang telinga mereka berdua. Serentak mereka berdua menoleh. Ohh shit! Devil Of Z!

"Wow! KP dengan PKP ada dekat sini. " Sindir Zack Franquez bertepuk tangan. Syah Benjamin, Hazim Nashran dan Haiqal Luthfi berpeluk tubuh pandang Ayris dan Farhan. Senyuman sinis diukir.

Farhan mendengus.

"Ni semua kau punya pasal! Free free kantoi! " Keras Farhan berbisik ditelinga Ayris.

Gadis itu menjeling.

"Asyik-asyik aku salah! Ceh! " Bidasnya. Farhan buat tak tahu. Matanya lalu beralih kearah Zack dan ahli-ahli nya.

"Korang buat apa dekat gudang ni? " Soal Farhan. Tangan elok dimasukkan kedalam kocek seluar sekolahnya.

"Sepatutnya aku yang tanya macam tu. Korang berdua buat apa dekat sini? Ke, nak mengintip aku? Ohh, sorry. Kau takkan dapat! " Sindir Zack mengundang tawa Syah, Hazim dan Haiqal.

"Riak betul! " Cebik Ayris. Tangannya disilang didada. Zack ketawa sinis dam mula melangkah dekat kearah Ayris.

"Aku bukan riak Tengku Ayris, tapi dah kenyataan. KP dan PKP tahun lepas pun aku boleh tumpaskan, apatah lagi korang berdua yang hmm... You know. Weak! " Kata Zack. Tangannya mula bermain dengan rambut Ayris. Tetapi segera ditepis oleh gadis itu.

"Don't you dare to touch my hair. Jijik!"

Zack ketawa sinis. Hidung Ayris dicuit lembut.

"Garang! Tak gitu KP? "

Farhan menjeling. Penumbuk dikepal.

"Jangan harap kau dapat tumpaskan KP dan PKP tahun ni. Itu amaran aku. " Mendatar suara Farhan. Kalau boleh, nak saja dia layangkan penumbuk sebiji dekat muka Zack. Sebab dia bukannya jenis yang penyabar sangat. Lainlah macam adiknya si Farish itu.

"Yakin! Bagus, aku suka! Tapi sebelum tu... " Zack membuat isyarat mata kepada Syah dan Hazim. Faham akan isyarat itu, mereka berdua mula mengambil tali dan berjalan kearah Farhan.

"Biarlah aku test sikit kekuatan kau. " Sambungnya. Terus Syah dan Hazim menyerang Farhan. Tak sempat mengelak, Farhan jatuh menyembah lantai. Terbatuk-batuk lelaki itu akibat sepakan kuat Syah yang terkena perutnya. Cecair merah mula keluar dari mulutnya.

Ayris panik. Dia mula berlari kearah Farhan. Baru sahaja dia menolong Farhan untuk bangun, tangannya direntap kasar oleh Zack menyebabkan badannya terdorong sama menjauhi Farhan.

"Eh lepaslah! " Meronta ronta dia minta dilepaskan.

"Sabar, kau bagilah aku peluang untuk tunjukkan dekat kau macam mana aku tumpaskan KP kau. Okey? " Ujar Zack selamba. Hidung Ayris dicuit sekali lagi sebelum dia mengarah rakannya untuk mengikat Farhan. Hazim, Syah dan Haiqal mengangguk.

"Lepaslah! " Bentak Farhan. Sedaya upaya dia cuba untuk melawan, tetapi tubuhnya mula lemah bila Hazim bertindak menyepak perutnya. Semakin banyak darah yang mula keluar.

Ayris cuak. Macammana nak lawan? Dua lawan empat mestilah empat yang menang. Tambahan lagi Haiqal sudah menahan Farhan.

"No! Farhan!! " Ayris menjerit kuat bila ketiga lelaki itu memukul Farhan dengan kuat.

Serta merta Ayris cuba menerpa kearah Farhan walaupun tangannya ditahan oleh Zack.

"Lepaslah syaitan! Dasar jantan dayus! " Tengking Ayris. Kaki Zack dia pijak dengan kuat menyebabkan Zack melepaskan gadis itu serta merta. Ayris pula laju berlari kearah Farhan.

"Tahan dia! " Arah Zack lantang. Hazim dan Syah menurut.

"Lepaslah gila! " Bentak Ayris kuat. Air matanya tiba tiba keluar. Entah kenapa hatinya sebak dan sakit bila melihat Farhan yang sudah lemah apabila ditumbuk Haiqal berkali-kali. Zack tersenyum sinis dan berjalan kearah Ayris. Dagu gadis itu ditongkat.

"Are you crying girl? " Soalnya menyindir. Ayris diam. Hanya esakan sahaja yang kedengaran.

"Ohh, aku tahu kenapa kau menangis. " Zack pandang Farhan yang terkulai lemah itu. Dia buat isyarat mata kepada Haiqal supaya berterusan menumbuk Farhan.

"Tak tak! Cukup Zack! " Pinta Ayris bersama esakan. Serentak itu, dia menyiku perut Hazim dan Syah membuatkan dia terlepas. Ayris lalu berlari kearah Farhan. Haiqal ditolaknya kuat.

Tindakan spontan, Ayris memeluk Farhan. Lelaki itu tersentak bersama sisa batuknya.

"Kau selamat... " Bisik Ayris lembut. Farhan diam.

"Hi... Am i late? " Kesemua mereka memandang kearah suara itu.








Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now