Bab 15

88 4 0
                                    

LAJU sahaja Ayris menghempaskan punggung diatas sofa rumahnya. Selesa!

Azfar Amiran pula sekadar menggeleng kepala melihat adik kembarnya. Ayris ditolak kasar untuk membolehkan dia duduk bersama. Ayris mendengus. Akibat tidak mahu bergaduh, Ayris mengengsot sedikit ketepi. Memberi ruang kepada lelaki itu duduk.

"Macam tak ada tempat lain dia nak duduk." Baik itu memang baik sebab dah bagi abang kembarnya duduk, tapi bibir sempat lagi mengomel. Dan Azfar? Selamba sahaja mengajuk percakapan adiknya. Kesah pula dia? Haha.

"Penat semacam saja anak mama ni." Tengku Dahlia yang baru keluar dari dapur, mencelah. Terkejut Ayris dibuatnya.

"Terkejutlah ma..." Muncung sedepa Ayris bagi. Tanda merajuk manja. Tengku Dahlia tertawa kecil.

"Aku sangkut mulut tu dengan hanger kang." Ugut Azfar. Tak semena- mena tangannya dengan pukul oleh Ayris. Padan muka! Otaknya menyindir.

"Sakitlah!"

"Kau ni, tak sah kalau sehari tak cari pasal dengan aku kan?" Kata Ayris geram. Azfar jelir lidah dekat adiknya. Wek!

"Dah-dah! Jangan bergaduh. Pergi naik atas, masuk bilik, selepas itu turun makan." Arah Tengku Dahlia sekaligus meleraikan pergaduhan yang baru tercetus antara anak kembarnya.

Mereka berdua angguk sebelum menyambung pergaduhan yang tergendala oleh Tengku Dahlia tadi. Tengku Dahlia menggelengkan kepala. Ada-ada sahaja perangai...














MASUK sahaja di dalam bilik, Ayris Nerisha terus berbaring diatas katil. Empuknya, Ya Ampun! Lantas itu, telefonnya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka.


Ayris mengerutkan dahi. Bila masa pula ada group baru ni? Laju sahaja tangan Ayris menekan group itu.

"The Prefect?" Nama group itu disebut perlahan oleh Ayris. Dia mengangkat kening. Lantas, jari jemarinya menaip sesuatu.

Ayris
Group apakah ini?

Farhan Jembalang
Group pengawas berjawatan tinggi jer. So, dalam ni cuma ada aku, kau, Izz, Raf, Azfar, Fitri, Syiraz dan Izyan.

Qamarul Izdihar
Uwuuu...

Ayris
Sakit-sakit pun sempat jugak kau buat group ni eh? Puih! 😏

Farhan Jembalang
Ada ganggu hidup kau ke? Takkan? So, shut up!🔪🔪🔪🔪🔪

Ayris
Aku ada bercakap ke sekarang ni? Mana ada. Aku typing ni. Yang kau suruh aku shut up ni apasal? Vongok😊🔨

Rafiq Daiyan
Heyyo! Stop bergaduh okey? Dalam group pun masih nak bergaduh. 😑

Syiraz
Wuu, group barulah! 😙

Izyan Nafisa
Sweetlah Ayris dengan Farhan ni😍😝

Ayris
Puih! 💩 Tak nak aku sweet dengan dia😑

Fitri Bakal Kakak Ipar
Waa... Boyfriend Ayris admin lah!

Farhan Jembalang
Woi! Apakah?! 😑🔪

Azfar Sengal
Wow! Ada hati kau nak 'woi-woi' dekat girlfriend aku. Hempuk kau kang!

Ayris juling mata keatas. Telefonnya dimatikan. Makin kusut otak dia kalau layan group itu. Apalagi kalau ada geng abangnya itu, siapa lagi kalau bukan Farhan, Izz dan Raf itu. Semakun bising group itu jadinya. Diaorang itu bukannya betul sangat pun. Masuk air!

Tersedar dari lamunannya, Ayris terus mandi dan turun makan. Apa yang dia termenung pun tak tahu.













"FARHAN Zarkasyi bin Tan Sri Faizul, Tengku Ayris Nerisha binti Tengku Muzaffar. " Perlahan dan mendatar nada suara Zack menyebut nama itu. Senyuman sinis diukir. Otak berfikir dengan seribu satu cara untuk menumpaskan kedua orang itu.

"Fitri Dhaniyah binti Dato' Zafrizal. " Sebut Syah tiba-tiba.

"Dia ni, anak dato', tapi ayah dia meninggal sebab kemalangan lima tahun lepas. Sekarang ni tinggal dengan kakak tiri dan ibu tiri dia. " Terang Syah. Zack angguk kepala.

"Lagi?"

"Atlet renang sekolah kita. Dan aku dapat info yang dia couple dengan Azfar sekarang ni. "

"Lain?"

"Tengku Haifa Syirazi, Izyan Nafisa, Rafiq Daiyan and Qamarul Izdihar." Celah Haiqal Lutfi berpeluk tubuh.

"Haifa ni, atlet balle sekolah kita, pernah masuk ke peringkat antarabangsa tiga kali berturut-turut. Izyan pula, atlet memanah. Kiranya dia ni pandai seni mempertahankan diri." Hazim menerangkan satu-persatu butir peribadi yang berada ditangannya.

"Ayris? Farhan? Azfar? Rafiq? Izz?" Soal Zack. Kalau boleh dia nak tahu semua tentang ahli-ahli tertinggi pengawas untuk tahun ni. Senang sikit nak tumpaskan.

"Ayris, atlet gimnastik sekolah ni. Perna mewakili Nezerland dalam peringkat antarabangsa tiga kali berturut-turut dan paling penting, dia always dapat juara dalam pertandingan. Farhan pula, kapten bola sepak. Instafamous dan ada seorang kembar, Farish Zarkasyi." Terang Hazim panjang lebar. Fuh! Nak habis air liur sebab banyak sangat menerangkan tentang ahli pengawas itu.

Serta merta, Haiqal mengambil biodata yang berada ditangan Hazim. Ditelitinya dahulu sebelum...

"Azfar Amiran, kembar tak seiras Ayris. Kapten softball. Dia ni couple dengan Fitri. Rafiq, anak Tan Sri. Pernah couple dengan Haifa Syirazi dua tahun lepas. Tapi sekarang tak lagi. "

"Kenapa?"

"Itu aku tak tahu, cuma aku dengar-dengar yang dia sekarang ni couple dengan Zara Zafira." Zack angguk kepala. Berpuas hati.

"Last Qamarul Izdihar Dato' Ikhwan. Kapten basketball. Mengikut khabar angin, budak cakap, dia couple dengan Izyan. " Penerangan ringkas dari Haiqal membuatkan Zack mengangguk faham. Tiba-tiba, bunyi hentakan meja menyentakkan mereka semua.

"Series ahh mama kerek tu couple dengan Izyan aku? Mana boleh! " Bentak Syah. Hazim mendengus. Tin yang berada diatas lantai, dikutipnya dan dibaling tepat kearah dahi Syah. Syah mengaduh. Sakit duh!

"Tu khabar angin jelah! "

Syah menjeling. Bla bla bla.


















Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now