Bab 24

85 4 0
                                    

"ATTENTION to all student..." Ayris memulakan bicara. Semua pelajar yang telah berhimpun di tapak perhimpunan masih juga bising. Kecoh dengan pemeriksaan secara mengejut ini.

"Apa diaorang ni pekak ke apa? Ayris guna mic tu kot..." Bisik Fitri geram. Syiraz disebelahnya sekadar angkat bahu. Kita tak tahu apa-apa. Haha.

"Err, quite please..." Sekali lagi Ayris mencuba untuk mendiamkan pelajar.

"Kau ni buat pelajar senyap ke, ataupun membisingkan lagi pelajar?" Serta-merta, Farhan merampas mikrofon yang berada ditangan Ayris. Ayris kasi jelingan dekat Farhan.

"Ha kau buatlah diaorang senyap." Kata Ayris menyampah.

"Aku nak buat lah ni."

"Guys! Shut up please!" Tegas suara Farhan. Semua pelajar senyap.

Farhan senyum mengejek dekat Ayris. Gadis itu tayang muka menyampah. Dan tak sampai beberapa minit, semua pelajar bising lagi. Dikala itu, Ayris pula tayang senyum mengejek dekat Farhan. Lelaki itu pula mencebik.

"Please shut up!" Sekali lagi Farhan melarang. Namun tidak diendah. Gue kena palau. Hm.

Masih bising. Langsung tak hiraukan ahli tertinggi pengawas dihadapan mereka. KP dengan PKP pula tu!

"Diaorang tak dengar." Keluh Ayris. Dah lah. Maleh aku. Mati dulu ahh. Sksksk.

"Pekak betul. Aku guna mic kot." Tambah Farhan, mengeluh.

"Hey!" Izyan menjerit lantang bagi mendiamkan para pelajar. Bergema suaranya di tapak perhimpunan itu. Serta-merta semua pelajar senyap.

"Senyap pun..." Izyan senyum puas. Ayris dan Farhan pandang Izyan tanpa kelip. Bravo lah!

"What? Just continue your work." Kata Izyan. Ayris dan Farhan sengih.

"Bawak sini mic! Kalau kau yang berucap, bertahun aku tunggu." Ayris terus rampas mikrofon yang berada ditangan Farhan. Lelaki itu geram.

"Apa pula kau berucap? Akulah!" Seperti biasa, Farhan tidak mahu mengalah. Dirampasnya balik mikrofon tadi.

"Eh! Aku tak kira! Bagi aku."

Jika Farhan tak mahu kalah, maka Ayris pun akan buat benda yang sama.

"Eh-eh langsuir ni! Aku ke kau KP sekarang ni?"

"Kesah pulak aku? Dasar jembalang!"

Kedua-dua nya berkeras nak berucap. Sampaikan mikrofon jadi mangsa. Pandangan semua pelajar di situ tidak dihiraukan. Janji menang dalam pergaduhan ini. Itu prinsip Ayris dan Farhan.

Manakala rakan mereka berdua yang lain sudah mengeluh. Bergaduh lagi! Depan semua pelajar pula tu. Kalau sehari tak gaduh memang tak lengkap hidup diaorang berdua tu.

"Hey! Stop it!" Marah Izz perlahan.

"Orang tengoklah." Tambah Fitri. Ayris dan Farhan bagaikan tersedar. Keduanya berhenti bergaduh.

"Ini semua kau punya pasal!" Tuduh Farhan, berbisik.

"Semuanya salah aku! Habis kau tu? Tak ada salah?" Bidas Ayris berbisik juga.

"Ya! Aku memang tak salah!" Suara Farhan semakin meninggi. Terkebil-kebil semua pelajar melihat pergaduhan itu. Antara KP dan PKP pula tu.

Ayris mendengus. Sampai esok pun tak habis gaduh dengan jembalang ni.

Jadi untuk mengelakkan masalah jadi lebih besar, dia mengambil keputusan untuk mengalah. Mengalah tak bermakna dia kalah eh!

"Semua dah tahu kan yang kita akan buat pemeriksaan. Jadi, tolong bagi kerjasama ya." Ayris mula bersuara. Langsung tak hiraukan Farhan.

Sejurus itu, dia mula bergerak untuk memeriksa beg pelajar. Semua pengawas disitu mengikut apa yang Ayris buat.

Farhan mendengus. Tapi dia ikutkan juga apa yang Ayris buat.

Sampai dekat kumpulan Devil Of Z, Ayris angkat kening. Kenapa Zack seorang saja? Mana geng nya yang lain? Huh, tak apa. Senang sikit dia nak berurusan.

Ayris berpeluk tubuh. Wajah kacak Zack dipandang. Kacak, kacak juga, tapi kalau dah perangai macam setan apa guna? Huh.

Zack membalas pandangan Ayris.

"Aku nak check beg kau." Kata Ayris. Mendatar saja bunyinya. Zack ketawa sinis. Rambut Ayris dia ingin capai, namun ditepis kasar.

"You know what, you are quite beautiful..." Ucap Zack menggoda. Dia mendekati Ayris. Ayris membiarkan. Senyuman manis dia ukir, tapi disebalik senyuman itu, ada makna yang tersirat.

"Really Zack? Aku tak sangka lelaki bad boy yang handsome macam kau ni boleh puji aku." Ayris buat-buat malu. Dia tundukkan kepala.

Pelajar yang lain nampak terkejut dengan kelakuan yang dilakukan oleh Ayris. Farhan apatah lagi, dia lagi terkejut!

Murahnya seorang Ayris Nerisha boleh tumpas begitu sahaja dengan ayat-ayat manis seorang lelaki.

Zack sembunyi tawa sinis. Huh, tak sangka Ayris pun akan tergoda juga dengan kata-kata manisnya. Semua perempuan sama saja. Wajah cantik Ayris yang menunduk ditongkat.

"Aku puji ikhlas. Kau memang cantik." Dia dekatkan lagi wajahnya dengan Ayris. Gadis itu senyum lagi. Tangannya bertindak memeluk Zack.

Semua yang disitu tercengang. Kecuali Azfar. Heh, dia tahu apa yang Ayris akan buat. Ayris tu kembar dia kot, jadi dia tahulah apa yang kembarnya itu akan buat.

"I know, and because of that... I can take this." Beg yang berada di belakang Zack, Ayris rampas laju. Tubuh Zack yang mendekatinya ditolak kasar. Eyy, gelilah!

Semua pelajar membuntang mata. Bravolah Tengku Ayris Nerisha!

Farhan tak terkata. Apakah?

Zack terkejut. Dia terkena! Shit!

"Give it back! Kau tak tahu apa lagi yang aku boleh buat." Kata Zack mendatar. Merah padam mukanya. Anak matanya tajam menikam kedalam mata Ayris. Gadis itu senyum sinis.

"Aku boleh buat lebih dari yang kau boleh buat." Bidasnya. Dia pandang tajam Zack yang menahan marah.

"Ohh, kejap. Dalam beg ni ada apa-apa ke?" Soal Ayris sinis.

"Damn you!" Baru saja tangannya ingin menampar Ayris, tangannya ditahan oleh seseorang.

"Kau sentuh dia, kau mati."

Segelintir pelajar disitu menekup mulut. Ada juga yang menjerit tanda teruja. Drama apakah ini? Sweet!




















the quotes

Jangan putus asa ketika masalah tak juga reda. Segala sesuatu pasti ada akhirnya. Terus berusaha dan semua akan indah pada waktunya.




Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now