Bab 27

186 10 37
                                    

AYRIS berjalan menuju ke bahagian tangga. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Pasal siapa lagi, mestilah mamat jembalang bajet handsome itu. Boleh gila layan musuhnya yang tak berapa nak kacak itu. Dahlah tak kacak, hantu jembalang pula itu. Huh.

"I hate him much!" Rungut Ayris geram. Digenggamnya erat batang penyapu itu. Melepaskan geram. Kalau boleh, nak saja dia patahkan penyapu itu macam patahkan kepala Farhan!

Tangan mula membuat kerja menyapu. Manakala mulutnya tak henti-henti mengomel. Entah apa yang dia nak bebel lagi pun tahu lah. Haih.

"Aku tak kisah! Aku nak juga tumpaskan Ayris dan Farhan tu!" Suara tengkingan seorang lelaki sayup-sayup didengar oleh Ayris.

Dia berhenti menyapu. Automatik jantungnya berdegup kencang saat suara itu menyebut namanya dan Farhan. Aduh, siapa pula itu?

Dengan langkah perlahan, Ayris menuju ke tingkat atas bahagian blok akademik. Dia dapat rasakan yang suara itu datangnya dari tingkat atas sekali blok akademik. Iaitu tingkat ynag sudah lama dikosong dan tidak digunakan akibat tiada saluran elektrik.

Baru saja sampai di tingkat tiga, suara itu semain jelas kedengaran.

"Aku rasa kita kena perangkap diaorang berdua ni. Bagi ajar sikit."

Ayris terkedu. Perangkap?

Kakinya lalu melangkah menuju ke tingkat empat. Rasa ingin tahu gerangan punya suara itu semakin membuak. Ada pula ya orang berdendam dengan dia dan Farhan? Padahal dia tak buat apa-apa pun.

Usai itu, dia bergerak menuju ke sebuah kelas dimana suara itu kedengaran. Dia mengintai sedikit di sebalik pintu kelas itu.

Dan gadis itu menekup mulut. Terkejut!

"Zack?" Ayris berbisik antara dengar tak dengar. Disitu, dia dapat melihat jelas Zack, Hazim, Haiqal dan Syah menghisap rokok elektronik (vape).

"Kau rasa Ayris tahu ke pasal kita bawa benda tu?" Soal Haiqal.

"She knew it." Jawab Zack senada.

Ayris yang mendengar perbualan itu mengerutkan dahi. 'Benda' apa? Devil of Z bawa 'benda' apa?

"Macam mana dia tahu?" Soal Syah pula.

"Aku tak tahu. Dia macam..." Zack terhenti sebentar. Dia merengus kasar.

"Ada spy..." Sambungnya.

Ayris mencebik. Bila masa nya aku ada spy ni? Buang masa saja nak upah spy untuk perhatikan Devil Of Z. Dia sendiri boleh buat kot. Pfft.

"Jadi, mana kita nak letak dadah tu nanti?" Kali ini, Hazim pula menyampuk. Sesekali dia menghembus asap dari rokok yang dihisapnya itu.

Dan Ayris terkelu, terkedu, tersentak. Ahh, semua imbuhan 'ter' ada lah!

Jadi betullah yang selama ini kumpulan Devil Of Z bawa dadah? Kerana sebelum ini, dia cuma meneka saja. Tak sangka sangkaan nya betul.

"Aku belum ada plan lagi. Ayris tu berani sangat. Kalau boleh, aku nak dia berambus dari sekolah ni!" Tutur Zack mendatar.

"Ini kali pertama aku tengok PKP berani dengan Devil Of Z." Komen Haiqal. Kerana selama ini, tiada seorang pun yang berani. Padahal Devil of Z bukannya jahat mana pun. Mereka cuma ikut arahan saja.

"Diaorang belum kenal kita lagi. We can do more than bullying the others." Sinis Zack. Pisau yang kebetulan diatas meja, dia ambil dan di main-mainkan.

Manakala Ayris telan liur. Apa maksud Zack? Boleh buat lebih lagi daripada membuli?

Lantas itu, dia bercadang untuk kembali ke tingkat paling bawah. Mungkin tersalah langkah menyebabkan dia terpijak tin yang berdekatan dengannya.

"Siapa tu?!" suara jerkahan Zack menyentakkan Ayris. Dia menekup mulut. Kelam kabut dia mula berlari turun ke tingkat bawah.

"Hey! Kau!" jerkah Zack. Langkah dibawa mengejar gadis itu. Hesh shit!

Haiqal, Hazim, dan Syah pula mengekor dari belakang.

Ayris panik. Sedaya upaya dia cuba untuk berlari pantas. Okey, sikit lagi nak sampai.

"Farhan! Tolong aku!" jerit Ayris. Zack yang mendengar jeritan itu merengus kasar. Sah perempuan itu Ayris!

"Far- Arghh!" lengan Ayris direntap kasar oleh Zack. Lariannya terhenti.

"Kau memang tak sah kalau tak ganggu hidup aku kan?!" jerkah Zack kasar.

"Lepaslah gila!" Ayris memberontak. Sedaya upaya dia menepis tangan Zack yang mencengkam lengannya. Pedih! Sakit!

"Lepaskan kau? Boleh, tapi biarkan aku habiskan kerja aku dulu." Zack mengheret Ayris secara paksa menuju ke gudang lama belakang Diamonic Highschool. Dan Ayris pula memberontak minta dilepaskan. Gila kuat lelaki nih!

"Farhan!" si gadis meminta tolong.

"Diamlah bodoh!" jerkah Zack. Tubuh Ayris, dia tolak kasar diatas rumput begitu sahaja. Ayris meringis kesakitan. Belakang kepala diusap akibat terhantuk dengan pokok.

"Kau nak apa sebenarnya nih?!" soal Ayris kasar. Anak matanya tajam memandang Zack.

"Kau berhenti menyemak dalam hidup aku! Takkan tu pun kau tak faham, hanat!"

"Aku kesah apa? Itu kau punya hal lah bodoh!" Seperti Zack, Ayris juga turut sama menengking. Lembut - lembut buat apa? Heh.

"Huh! Kau ni, terlampau berlagak tahu tak? Sombong, biadap! Acah-acah berani!"

Pipi gadis itu, Zack cengkam kuat.

"Le-lepas!"

"Jangan harap! Dari awal lagi, aku dah warning dekat kau, jangan menyibuk hal aku, tapi kau tak dengar! Sombong, bongkak! Dan sekarang, kau sorang sorang, kau berani ke?" Zack senyum sinis.

Dengan kasar, tangan lelaki itu Ayris tepis. Tercemar pipi aku! Hesh, jijik. Terpaksa dia samak 109 kali nanti.

"Aku. Tak. Takut. Dengan. Kau. Han*t." Satu persatu Ayris menjawab, berani. Malah pandangannya mencerlung tajam kearah Zack.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia tergelak sendiri. Gelak jahat yang dibuat-buat. Ni mesti salah makan ubat ni, adui. Terpaksa Ayris melayan perangai han*t lelaki ini. Ces!

"Are you sure, baby?" Ada nada psiko pada pertanyaan Zack. Itu membuatkan Ayris gementar sedikit. Sungguh dia anti orang psiko!

"Asal kau psiko sangat nih?" Soal Ayris kasar. Dia menjeling Zack tajam.

"I'm not psycho, but I'm a lover. Welcome to the hell, babe." Pisau kecil dipoket seluarnya dikeluarkan. Pandangan penuh makna dia pandang gadis dihadapannya. Nampaknya dia terpaksa beri pengajaran kepada gadis ini.

"Ka-kau nak buat a-apa dengan pi-pisau tu?" Soal Ayris gagap.

Melihatkan Ayris yang mengengsot sedikit kebelakang, dengan bibirnya yang mulai terketar-ketar membuatkan Zack semakin seronok. What a nice view...

"Giving 'lesson' for the beautiful young girl with hearing a music piano might be interesting i guess, right Ayris Nerisha?" Zack semakin mendekat sehinggakan tubuh gadis itu terkunci. Tiada lagi tempat hendak lari.

Zack mulai duduk mencangkung. Pisau sengaja dimain-mainkan. Entahlah, dia suka melihat gadis itu ketakutan. Rasa tenang...

"Don't be afraid, just enjoy okey?" Bisik Zack lembut ditelinga Ayris. Tangan gadis itu dicapai. Lama dia memerhati tapak tangan itu.

"Ka-kau nak buat ap- Arghh!" Ayris terjerit lantang apabila pisau itu dihiris kasar ditapak tangannya. Darah mengalir laju. Pedih!

Zack tarik senyum sinis.

"The game start, babe..." Pipi si gadis diusap lembut. Menyeka air mata yang mengalir dipipi Ayris.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now