Bab 2

254 12 7
                                    

"APA? Apa?"

Farhan mendengus. Tak guna punya Ayris langsuir!

"Eee...Kau memang nak kena. Kau tunggu jer nanti!" Bentak Farhan geram.

Ayris gelak jahat.

"Okey... Aku tunggu!" Heh! Dah tahu tak ada idea nak melawan tu, baik tak payah cari pasal.

"Kemain kau happy eh?" Komen Syiraz.

"Mestilah! Kemenangan terbesar aku nih!" Ayris mendabik dada.

"Jangan dia balas dendam sudah! Nanti muncul perang!" Kata Fitri pula.

"Jangan risaulah. Aku sentiasa bersedia." Jawab Ayris. Tapi jauh dari sudut hati, takut juga dia dengan kata kata Fitri tadi. Kalau betul apa yang Fitri cakap, tak ke naya? Okey! Jangan fikirkan Ayris. Nothing will happen!

                          





SEISI kelas senyap bila guru disiplin masuk kedalam kelas mereka. Apa mimpi Cikgu Harith masuk kelas ni? Yalah... Guru disiplin biasanya hanya memberi nasihat dan bercakap tentang kerjaya sahaja. Itupun tak akan masuk kelas. Betul tak? Hehe.

"Err...Cikgu! Bukan ke, Cikgu Hanis yang sepatutnya masuk? Sebab Cikgu Hanis guru kelas kitaorang." Izz menyoal sekaligus memberi penerangan.

"Cikgu Hanis tak ada,jadi untuk sementara waktu ni, saya yang akan menggantikan beliau." Jawab Cikgu Harith. Izz menganggukkan kepala.

"Kenapa Cikgu Hanis tak ada Cikgu?" Kali ini Ayris pula menyoal.

"Cakap jelah yang kau tak suka Cikgu Harith ganti Cikgu Hanis. Sibuk pula nak bertanya." Suara sumbang Farhan menyampuk. Ayris menjuling mata keatas. Sibuk pulak mamat nih!

"Persoalannya,aku tanya kau ke tadi? Tak kan? Aku tanya Cikgu Harith tu!" Bidas Ayris,geram.

"Yang kau sibuk nak tanya apasal? Ada lah sebabnya kenapa Cikgu Hanis tak ada. Budak tadika pun tahulah kenapa Cikgu tak ada!"

Tak nak kalah! Melawan!

Seluruh kelas mula tak keruan lagi sekali. Belum habis lagi ke perangnya? Sudahnya depan guru disiplin tu! Memang tempah maut!

"Tak tak! Kau ni yang apasal sebenarnya? Aku tak tanya kau pun tadi!"

"Aku tak puas hati dekat kau! Sebab... err... tadi! Ha! Sebab tadi!"

"Perkara dah berlalu jangan dikenang! 10 minit berlalu dah pun." Hotak kau 10 minit!

"Berlalu tak berlalu kau masih hutang aku!" Eh eh mamat ni! Main hutang hutang pulak!

"Tak kuasa aku!" Ayris memeluk tubuh. Huh!

"Ris! Stop it! Cikgu Harith kot dekat depan tu!" Izyan yang merasakan suasana semakin tegang lantas menegur Ayris.

"Bro! Cikgu disiplin dekat depan tulah! Sedarlah sikit!" Izz menepuk sedikit lengan Farhan.

Automatik keduanya berhenti gaduh. Baru sedar dari alam realiti. Tapi perang mata masih belum reda.

"Eh? Dah berhenti? Ingatkan masih nak gaduh." Perli Cikgu Harith.

"Biasalah tu cikgu... Gaduh manja." Balas Syiraz menyengih.

"Hmm.... Gaduh gaduh jugak. Tahun ni kamu berdua SPM. Bakal ketua dan penolong pengawas lagi!" Serta merta Ayris dan Farhan pandang cikgu Harith.

"Betul ke cikgu?!!" Rafiq menyoal. Terkejut siot bila dengar yang Farhan dan Ayris bakal KP dan PKP. Wow! Boleh bergegar dunia jika Ayris dan Farhan bergabung!

"Betullah saya cakap." Ringkas cikgu Harith menjawab.

Serentak, Ayris dan Farhan angkat tangan. Mereka berdua menjeling sesama sendiri sebelum pandang cikgu Harith kembali. Orang angkat tangan dia angkat tangan jugak! Menyibuk.

"Ya Ayris? Farhan? Any question?" Soal cikgu Harith.

"Saya tak nak jadi penolong dan tak nak bekerjasama dengan Farhan!" Kata Ayris.

"Eh eh! Ingat aku nak jugak ke bekerjasama dengan kau? Baik lagi kalau aku bekerjasama dengan Amanda tuh!" Balas Farhan. Jelingan tajam dihadiahkan buat musuhnya.

"Then pergilah dekat Amanda tu! Aku pun tak hadap nak bekerjasama dengan kau!"

"Ehem!" Cikgu Harith berdehem.

Pergaduhan terhenti lagi. Keduanya diam.

"Senang saja. Kalau masing masing tak nak bekerjasama, silakan berjumpa pengetua."

Ayris dan Farhan tarik keluh. Nak jumpa pengetua apanya? Itu tempah maut namanya! Alahai...

"Dan...sebelum saya terlupa,untuk AJKT pula Izyan,Syiraz,Fitri,Izz,Rafiq dan Azfar."

"Hah?!!" Terkejut siak! Biar betul?

Semua mereka mengeluh.

                          




AYRIS menghempas bukunya keatas meja. Pandangan semua orang tidak dihiraukan. Terus saja dia menyembam muka keatas meja. Ni tak lain tak bukan,menangis!

Izyan mengusap belakang tubuh badan Ayris. Dia tahu Ayris sedang tertekan memikirkan apa yang cikgu Harith katakan tadi.

"Series aku tak ready dowh!" Kata Syiraz.

"Betul tuh! AJKT tu kot!" Fitri menyampuk. Air yang dibelinya tadi diletakkan atas meja.

"Dengar jugak kau eh?" Komen Izyan. Fitri sengih.

"Ris... Dahlah tu, kalau Farhan nampak kau nangis macam ni. Mahunya dia ejek kau lemah. Kau nak ke?" Tak tahulah si Syiraz ni penambah semangat ataupun penurun semangat.

Tapi bila dengar saja kata kata Syiraz tadi,terus Ayris angkat muka. Tersentak Izyan,Fitri dan Syiraz. Habis merah muka. Sudahlah Ayris tu putih melepak.

"Tak nak! Aku tak nak nampak lemah depan mamat jembalang tuh!"

Ketiga mereka mula senyum.

"Tapi aku tak nak jadi PKP ... Apatah lagi jembalang tu yang jadi KP." Ayris sambung nangis.

"Heh! Kau jangan nak nangis lagi! Merah dah muka tu!" Bebel Fitri. Ayris memuncung.

"Tak nak lah.... Ni mesti kerja cikgu Qhairul. Sengaja jer letak nama aku jadi PKP kepada jembalang tu!" Tuduh Ayris serta merta.

Syiraz bercekak pinggang.

"Amboi kau... Jangan nak tuduh sukahati jer eh! Cikgu kesayangan aku tuh! Tahulah dia guru pengawas,tapi tak semestinya dia yang pilih kau. Entah entah pengetua!" Sedaya upaya Syiraz mempertahankan cikgu Qhairul alias pujaan hatinya itu.

Ayris ketawa kecil.

"Hehe... Lupa pulak kau ni peminat dia."

"Tapi kan Syiraz... Kau tak rasa ke yang cikgu Qhairul tu ada buah hati. Takpun tunang!" Fitri cuba untuk mengusik Syiraz. Mana tahu si Syiraz ni nanti ragu ragu.

"Seratus peratus aku memang comfirm cikgu Qhairul tak ada buah hati selain dari aku!" Yakin Syiraz menjawab. Siap mendabik dada lagi.

Dan, keempat gadis itu ketawa.



KP: Ketua Pengawas

  PKP: Penolong Ketua Pengawas
  AJKT: Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now