Bab 13

98 8 2
                                    

"AYRIS! Jom rehat!" Ajak Fitri.

"Tak apalah. Lagipun aku nak meronda blok akademik lepas ni." Tolak Ayris.

"Nak aku temankan?" Soal Syiraz. Ayris menggeleng.

"Kau series ke ni? Takkan kau nak meronda sorang-sorang kot. Kalau ada Farhan tak apalah jugak." Sampuk Izyan. Yalah! Risau juga dia jika terjadi apa apa dekat Ayris. Lagi lagi Farhan sekarang masih berada dihospital, jadi semua tugas Farhan terpaksa diserahkan kepada Ayris. Mananya tak stres si Ayris itu!

"Okey jer. Korang pergilah rehat. Nanti tak sempat pula nak makan." Balas Ayris. Ketiga mereka hanya menganggukkan kepala.








SATU persatu kelas, Ayris periksa. Manalah tahu ada orang ponteng semasa rehat. Sampai ke hujung koridor blok akademik itu, tangan Ayris tiba-tiba disambar oleh seseorang menyebabkan badannya terdorong sama. Terasa sakit belakang badannya akibat terlanggar dinding. Ayris cuba untuk mengenal siapa yang menariknya didalam keadaan cahaya samar- samar itu. Masakan tidak, dihujung koridor blok akademik itu memang sunyi. Dan kebiasaannya tempat untuk pelajar ponteng kelas.

"I'm not finish with you yet." Perlahan suara itu melontarkan percakapannya. Lelaki! Dan Ayris kenal suara ini. Tersentak sekejap Ayris.

"Zack..." Suara Ayris perlahan tetapi cukup dapat didengari oleh Zack.

"Yup! It's me." Entah kenapa Ayris rasa nak muntah bila dengar suara lembut Zack. Meremang bulu roma!

"Kau nak apa?" Soal Ayris senada. Mendatar saja bunyinya.

Zack tersenyum sinis. Tangan mula berada didinding kemudiannya diletakkan disisi kiri dan kanan Ayris untuk mengelakkan gadis itu lari. Ayris menyilang tangan didada. Tajam anak matanya memandang Zack. Bagai tidak takut langsung dengan lelaki itu.

"Jangan buang masa aku. Apa kau nak ni?!" Sekali lagi Ayris menyoal. Lebih tegas.

"Hey! Janganlah garang sangat. Aku nak kau jadi girlfriend aku. Boleh kan?" Zack mendekatkan lagi jarak mereka berdua. Senyuman manis dilemparkan khas buat gadis itu. Kacak memang kacak, tapi kalau dah perangai macam syaitan baik tak payah jer!

Ayris mendengus. Tangannya menolak kasar tubuh Zack yang semakin dekat kearahnya. Terdorong kebelakang lelaki itu dibuatnya.

"Aku? Jadi girlfriend kau? Huh! Jangan harap!"

Zack ketawa dibuat-buatnya. Kalau boleh, nak saja dia pergi tampar mulut Ayris itu. Kurang ajar! Tak pernah-pernah budak perempuan sekolah ini menolaknya untuk jadi kekasih mereka. Dan Ayris perempuan pertama yang berani menolaknya. Kau tunggu saja nanti!

"Aku akan buat kau jadi  girlfriend aku jugak. But before that, aku nak bagi warning dekat kau. Jangan ganggu life aku." Kali ini suara Zack tegang semacam. Dan itu tak membuatkan Ayris gentar. Takut jauh lagi!

"Sorry? Like I care, huh? Aku dan semua AJKT takkan stop ganggu life kau selagi kau tak tertangkap dengan Guru disiplin!" Balas Ayris.

"Hey! Dalam mimpilah!" Zack ketawa sinis. Menyampah Ayris dibuatnya. Aku tampar kang!

"We'll see then, jangan ingat aku tak tahu yang kau bawa dadah dekat sekolah ni. Kau tunggu jer macam mana PKP ni tumpaskan kau!" Bidas Ayris tegas. Dia mengukir senyum sinis dan dengan selambanya pergi dari situ. Puas hati aku! Huh.

Zack terdiam. Kemudiannya dia mendengus kasar. Ayris Nerisha memang mencabar kesabarannya!










IZYAN Nafisa mendengus kasar. Rimas dia bila dari tadi sahaja diikuti oleh Izz. Dah tak betul agaknya. Geram pulak dia!

"Izyan... Berhentilah sekejap." Pinta Izz. Ini dah masuk kali keberapa dah Izz minta Izyan berhenti. Punyalah laju gadis itu berjalan. Letih dia mengejar.

"Kau nak apa? Aku nak masuk kelas ni!" Kasar si gadis membalas.

"Aku pun nak masuk kelas. Kita jalan sama-sama eh?" Tanpa mendengar jawapan Izyan, Qamarul Izdihar terus berjalan ditepi Izyan. Gadis itu mendengus lagi.

"Kau marah ke?" Soal Izz.

'Ish! Dah tahu aku marah, still jugak nak tanya!' Membebel Izyan dalam hati. Muka cemberut dia tayang.

"Tak... " Acuh tak acuh Izyan menjawab soalan Izz tadi.

"Habistu? Asal kau jumpa aku, kau badmood jer? Aku ada buat salah?"

"Mana ada... I need some space. Can I?" Pinta Izyan berdalih.

"No." Jawab Izz.

"Jadi kau diam! Sebelum aku humban kau masuk longkang!" Suara dicelah gigi. Izyan sedang menahan geram.

"Wuish! Garang!" Omel Izz perlahan. Namun dapat didengari Izyan. Lantak kaulah nak kata apa pasal aku, janji aku bahagia.

"Izyan Nafisa... Izyan Nafisa... Izyan Nafisa... Izyan Naf-" Izyan mendengus.

"Kau pehal sebut nama aku? Nak practice masa kahwin nanti?" Perli Izyan. Geram!

Tersenyum-senyum Izz dibuatnya. Wah! Kahwin dengan Izyan.

"Ha'ah. Aku nak practice awal. Taklah tersekat-sekat masa akad nanti." Gedik Izz menjawab.

Izyan menjeling. Tak makan saman betul lelaki ini.

"Gedik." Kutuk Izyan selamba.

"Memanglah! Aku gedik dengan sayangku Izyan jer. Tak nak dengan orang lain." Izz membalas seraya mengenyitkan mata kepada gadis kesukaannya. Izyan tayang muka menyampah. Izz pula ketawa kecil melihat muka menyampah Izyan. Cukup comel baginya. Haih... Ni yang bertambah sayang ni! Hewhew.









Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now