Bab 29

70 2 6
                                    

ADAM Zafran, salah seorang putera kedua kepada Tuanku Qamarul. Juga merupakan seorang ketua tentera di kerajaan ini. Merangkap tunang kepada Ayris. Berbulan-bulan dia tiada di istana kerana sibuk dengan urusan di luar negara, dan sekarang muncul kembali. Kemunculannya pula tidak disangka oleh Ayris. Amat mengejutkan.

"Farhan."

Farhan tersentak dari lamunannya. Azfar dipandang.

"Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal-awal pasal Ayris dah bertunang dengan Adam." Sambung Azfar. Serba-salah pula dia melihat Farhan yang terdiam itu.

Farhan senyum kelat.

"Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa jadi dekat Ayris, call aku." Bahu Azfar ditepuk perlahan. Dia melangkah pergi dari situ.

Azfar mengeluh. Bukannya dia tidak tahu yang Farhan ada hati dekat Ayris, cuma lelaki itu saja yang tidak mahu mengaku.








"ADAM... Ayris masih belum sedarkan diri?" Tengku Dahlia masuk ke dalam bilik Ayris. Air dan ubat dibawa. Selepas sahaja doktor yang merawat Ayris pulang, terus Tengku Dahlia bergegas balik ke bilik anak perempuannya itu. Risau dia melihat keadaan Ayris begini.

Adam yang elok duduk disisi katil gadis itu, menggeleng kepala. Tengku Dahlia mengeluh.

"Adam, pergilah balik ke istana. Ayahanda Adam belum tahu kan yang Adam dah balik?" Tengku Dahlia memujuk lelaki itu. Yalah, dari tadi Adam menjaga Ayris.

Adam menggeleng lagi sekali, dia senyum manis.

"Adam nak tunggu Ayris sedar. Lagipun Adam lama tak jumpa dia. Balik-balik jumpa dia dah keadaan macam ni, takkan Adam nak balik?"

Tengku Dahlia hanya senyum. Suka dengan tingkah laku Adam. Tidak sia-sia dia dan Tuanku Qamarul menjodohkan Ayris dan Adam.

"Kalau macam tu, mama turun ke dapur dulu. Bila Ayris dah sedar, kamu tolong bagi dia makan ubat ni." Pesan Tengku Dahlia. Ubat diletakkan di atas meja. Dia melangkah pergi meninggalkan Ayris dan Adam.

Adam mengeluh. Dia berpeluk tubuh sambil matanya merenung tajam kearah Ayris. Kaki disilang. Gaya bossy.

"Bangun. Aku tahu kau dah sedar." Mendatar suara Adam memberi arahan. Bukannya dia tidak tahu bahawa gadis itu sudah sedar sejak tadi. Cuma Ayris berpura-pura saja tidak sedarkan diri. Heh.

Ayris yang mendengar arahan itu pura-pura tidak mendengar. Alamak! Dah kantoi ke? Mata dipejam rapat, takut!

"Get up, Ayris Nerisha."

Serta-merta mata Ayris terbuka. Adam ditilik di sebalik comfoter. Dapat dia lihat lelaki itu sedang memandangnya tajam. Adam Zafran... Penuh dengan aura yang menyeramkan!

"Bangun, makan ubat." Arah Adam kasar. Comfoter yang menutupi gadis itu ditarik kasar.

Ayris telan liur. Adam dipandang tidak berkelip. Takut!

"Dah kenapa kau tengok aku macam tu?"

Ubat di atas meja dia ambil. Dia meletakkan ubat itu di hujung mulutnya. Lantas, dia mendekati gadis itu perlahan-lahan. Kedua tangannya berada ditepi kepala Ayris. Dia semakin dekat... Sehingga Ayris dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu. Tanpa amaran, ubat itu diletakkan ke dalam mulut Ayris. Gadis itu terpinga-pinga. Di-dia suap aku guna mulut dia ke?

Selesai menyuap gadis itu ubat, Adam terus mengambil air. Memberi gadis itu minum. Kang tersedak pula anak orang ni, makan ubat tanpa minum air.

Wajah Ayris yang terpinga-pinga itu dibiarkan sebelum dia duduk kembali disisi katil gadis itu.

"A-Adam buat apa tadi?" Soal Ayris. Masih dalam keadaan terpinga-pinga. Otak tidak dapat mencerna apa-apa. Muka tak payah cakap, memang merah habis. Bibirnya dipegang.

Adam senyum herot.

"Buat apa? Bagi kau makan ubat laa." Selamba Adam menjawab.

"Ta-tapi Adam suap guna mulut..." Suara Ayris semakin tidak kedengaran di hujung ayat. Sumpah malu!

"Kau suka kan?"

"Mana ada!" Nafi Ayris. Tak semena-mena bantal yang berada di sebelahnya dibaling ke arah Adam. Kuat! Tapi sempat lelaki itu elak. Ayris tutup mukanya yang membahang malu.

"Dah kenapa kau?" Bantal diletakkan kembali disisi Ayris.

"A-Adam keluar laa. Saya nak rehat." Arah Ayris lembut. Dia mengubah kedudukannya, membelakangi tunangnya itu. Sumpah dia malu. Sudahlah Adam itu memang crushnya dari dulu. Hesh!

Adam tarik senyum sinis.

Tanpa sebarang amaran, dia mulai baring disebelah gadis itu. Pinggang Ayris dipeluk erat. Haruman rambut Ayris dicium. Sungguh wangi dan menenangkan.

Ayris terpaku. Matanya membuntang luas. Lantas, tubuh Adam ditolak kasar.

"Adam! Adam buat apa ni?!" Jerit Ayris, terkejut! Dia lantas turun dari katil.

Adam berdecit kasar.

"Bisinglah!" Kata Adam kasar. Rambutnya diramas kasar. Dia mulai berdiri di depan gadis itu.

Ayris pandang Adam lama. Sungguh, ini bukan Adam yang dia kenal selama ini. Dulu, Adam amat membencinya. Tapi sekarang kenapa lelaki ini nampak lain? Pelik. Pertemuannya dengan Adam saat ini sungguh membawa perbezaan yang amat besar.

"Kenapa tengok aku camtu? Aku tahu aku handsome..." Adam senyum senget.

"Adam nampak lain."

Lelaki itu angkat kening. Apa yang lainnya? Dia tetap Adam Zafran. Tunang kepada Ayris Nerisha.

"What do you mean, sweetie?" Adam berjalan dekat ke arah tunangannya itu. Sampai di hadapan Ayris, terus dagu si gadis ditongkat. Biar si gadis memandang kearahnya. Lama sudah Adam tidak melihat wajah manis tunangnya ini.

Tanpa sedar, Adam senyum manis. Dahi Ayris dikucup lembut. Tenang. Itu yang Adam rasakan sekarang.

"A-Adam..."

"Shhh... Aku rindu kau." Luah Adam.

"Adam rindu saya?" Ayris menyoal meminta kepastian. Terkejut juga Ayris bila lelaki itu tiba-tiba meluah yang dia rindukan Ayris.

"Aku tak nak ulang jawapan aku." Mendatar suara Adam sebelum dia duduk di hujung katil. Ayris yang berdiri kaku itu dipandang. Gadis itu pun nampak lain. Nampak lebih sopan.

Alah, depan crush memanglah sopan. Haha.

"Adam... Saya nak mandi, boleh Adam keluar?"

"Kenapa?"

Erk, dia tanya kenapa?

"Eh, saya nak mandi. Takkan Adam nak duduk kat bilik saya?"

"Apa salahnya? Aku tunang kau. Tak lama lagi kita kahwin, jadi tak ada masalah bagi aku." Selamba Adam menjawab.

Panas pula telinga Ayris mendengar jawapan selamba dari lelaki itu. Lantas, Ayris berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka.

"Keluar." Kali ini, suara Ayris tegas memberi arahan.

Adam ketawa sinis. Tak menyangka tindakan gadis itu. Speechless pun ada sebenarnya, namun dia sembunyikan.

"Fine, aku keluar." Adam menjeling Ayris sebelum keluar dari bilik itu.

Sejurus saja Adam keluar, cepat-cepat Ayris kunci pintu. Risau Adam bertindak untuk memasuki biliknya untuk kali yang kedua. Bahaya!

"Jangan kuncilah cik tunang... Aku ada kunci spare." Adam berkata diluar bilik. Sempat dia ketawa kecil. Suka mengenakan Ayris.

"Gila lah dia tu!" Ayris mengomel.

Dada dipegang. Berdebar-debar. Fuh, ini semua penangan Adam!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now