Bab 5

146 10 0
                                    

AYRIS berpeluk tubuh memandang pemandangan tasik dihadapan Diamonic Highschool. Sementara tengah tunggu Tengku Muzaffar jemput dia dari sekolah ni,jadi dia bersantailah dekat tasik ni dulu. Lagipun,Tengku Muzaffar mesti  lambat lagi. Seketika dia menarik nafas dan... Hembus. Menenangkan! Budak lain bukannya suka pun ke tasik ni. Jadi dia jadikan tasik ni tempat dia. Hehe.

"Puaslah kau sekarang jadi PKP?"

Ketenangan Ayris musnah bila suara lunak seorang perempuan menyapanya. Serta merta dia toleh kebelakang. Dia ni. Ergh... Apa minah ni nak?

"Kenapa?" Malas nak berkias,terus Ayris menyoal. Tangan disilang kedada. Muka bosan dia tayang.

"Kau tanya aku kenapa? Kau dah rampas jawatan PKP tu dari aku. Kau tu tak layak lah perempuan!" Suara Nayla menengking tinggi. Amboi!

"Ingat aku nak ke jawatan tu? Kau ambillah. Aku tak hingin pun. Sikit pun tak." Ayris tenang. Belum ada mood nak marah lagi. Sabar...

"Huh! Kau! Dari dua tahun lepas dah aku perhatikan kau. Gunakan cara bergaduh nak attention dari Farhan. Kau tak sedar ke yang Farhan tu langsung tak pandang kau?"

'Okey. Ini melebih! Apa lagi minah ni nak? Aku dah kasi pun jawatan PKP yang dia tergila gilakan sampai tahap meroyan dia tu! Ini tuduh aku nak attention pulak!' Ayris membebel sendirian dalam hati.

"Habis Farhan tu pandang kau sangat ke?"

"Memang yalah... Aku ni girlfriend dia,aku kenal dia dari kecil lagi."

Perasan!

"Nayla,kalau kau nak cari gaduh kat aku disebabkan Farhan jer,baik tak payah. Aku tak ada masa nak layan kau. Kau pergilah kat Farhan kau tu. Aku tak nak pun kat dia. Sekian." Baru sahaja Ayris berua-rua hendak pergi,lengannya dicengkam kuat oleh Nayla. Ayris berkerut dahi. Tahan sakit! Gila lah minah ni! Psiko!

"Tapi kau bergaduh dengan dia sampai aku ni dia abaikan." Suara Nayla tertahan tahan. Geram!

"Mana ada kaitan dengan aku. Cukuplah! Kau bukan tandingan aku pun!"

Ha ambil! Terus tangan Nayla yang mencengkam lengannya,Ayris tepis. Warghh! Merah la lengan aku!

"Kau ni kurang ajar kan?!"

Tak menyempat tangan Nayla menyentuh pipi mulus Ayris, tangannya ditahan oleh seseorang.

"Don't you dare to touch her Nayla."

"Errgh! Lepaslah!"

"Kau! Aku belum habis lagi dengan kau!" Sempat Nayla memberi amaran kepada Ayris sebelum berlalu pergi.

Ayris buat buat tak tahu sebelum matanya memandang lelaki yang menyelamatkannya tadi.

"Stop being my hero..." Kata Ayris.
Farish ketawa.

"Dia hampir tampar awak tadi."

"Saya tahu Farish, saya boleh jer elak penangan Nayla tu."

"Tapi still, awak belum sedia lagi nak elak tadi. I know.."

"Yalah! Awak menang! Erghh!"

Farish ketawa. Comel betul.

"Awak buat apa kat tasik ni?"

"Saja. Ambil ketenangan sementara tunggu papa." Farish angguk.

"Awak pulak? Macam mana tahu saya dekat sini? Awak stalker saya eh? Saya kasitau kat abang kembar awak. Baru tahu!"

Keduanya turut sama gelak.

"Eleh! Ada hati nak adu kat Farhan. Jumpa sikit pun dah bergaduh." Perli Farish. Ayris sengih. Ya tak ya juga. Lupa pula yang dia selalu gaduh dengan mamat jembalang tu.

"Farish!" Lelaki itu toleh kebelakang bila ada yang memanggilnya. Ayris pun turut sama.

Farhan!

"Kenapa ni?" Soal Farish.

"Jom balik. Driver dah sampai." Mendatar suara Farhan. Matanya tajam memandang Ayris. Gaya tak puas hati. Ayris angkat kening.

"Ohh okey... Nerish, saya balik dulu. Bye" Sempat dia melambai lambai kearah gadis itu sebelum berjalan bersama Farhan.

"Bye..." Ayris senyum. Lambaian dibalas. Sempat lagi dia memandang kearah Farhan yang memandangnya tajam. Dah kenapa ni? Kita tak buat salah pun. Huh!

                            







"KAU rapat ke dengan Ayris tu?"

Lama sangat berdiam diri didalam kereta,terkejut Farish bila Farhan menyoal. Ingatkan dah bisu. Hewhew.

"Kenap-"

"Jawab jelah! Bukan susah pun. Hish!" Tengking Farhan. Driver yang kat depan tu pun terkejut. Buat jela tak tahu.

"Haah... Aku rapat."

"Kau tak payah kawan dengan dia lagi. Ini warning dari aku." Sesuai sangat sudah sampai kerumah,terus Farhan keluar dari kereta tanpa sempat mendengar jawapan Farish. Pintu dihempas kuat.

Farish terkelu. Kenapa Farhan ni?

"Tuan muda sabar ya... Mungkin Tuan Farhan tengah tak ada mood tu." Farish senyum seraya angguk mendengar nasihat dari Pak Mail. Selaku driver mereka berdua tadi.

"Terima kasih Pak Mail... Farish masuk dulu."

Pak Mail angguk. Haih... Tuan Farish baik sangat.

Nerisha Han's : Cinta TerakhirWhere stories live. Discover now