"Kali ni tak de siapa nak tolong kau.." kata Aizat. Mardriana sudah mengeleng berkali kali.
"Kau salah..." Muka Aizat ditendang kasar.
"Shit... ! Siapa yang berani halang aku ni!!!" marah Aizat.
"Aku.. " kata lelaki itu. Aizat mengetap bibir dia memandang orang suruhannya tiga orang itu terlihat sudah rebah di tanah.
"Berani kau sentuh milik aku kan..!! " marah Lelaki itu. Aizat sudah ingin melarikan diri. Lelaki itu sudah menembak kepalanya.
"Ambik kau.. Headshoot.." kata lelaki itu. Dia memandang Mardriana yang sudah pucat itu.
"Kau ni... Kenapa kau boleh ada kat sini ni... Bukan sepatutnya kau balik ke?" tanya lelaki itu. Mardriana memandang lelaki itu.
"Adyyan aku takut...hiks.. Dia.. Aku.. Takut... Kenapa kau lambat... Baju aku koyak.." kata Mardriana dia sudah memeluk Adyyan. Adyyan mengusap kepala Mardriana.
"Dah aku ada... " kata Adyyan. Dia mencabut jaketnya dan memakaikan di tubuh Mardriana.
"Dah jom aku hantar kau balik... Kereta kau nanti budak ambik..." kata Adyyan. Mardriana diam sahaja dia masih menangis. Dia perlukan seseorang menjadi pelukannya biasenya abangnya yang akan jadi mangsa ini abangnya tiada.
Adyyan mencempung Mardriana lalu pergi dari situ.
"Gummy aku..." kata Mardriana. Adyyan menggeleng sempat lagi.
"Ada ni...haish... " kata Adyyan. Mardriana penat menangis dia membenamkan wajahnya di dada Adyyan.
"Jangan fikir bukan bukan... Aku takut.. Tu aku peluk kau.. Sekarang ni aku takut nak lepas... Selalu ada Rian.. Aku mintak maaf kalau kau tak selesa..." kata Mardriana. Adyyan sahaja lelaki luar yang pernah dia peluk selain Daddy dan Abangnya.
"Aku faham... Kau kan manja..." kata Adyyan. Mardriana malas mahu melayan dia terlelap di dada Adyyan.
"Aduh kereta aku ni time ni lah pulak dia nak jauh..." kata Adyyan. Dia datang ke sini pun terpaksa sebab Aifan mintak tolongnya membayarkan barangnya yang dibeli tadi. Bayangkan lah beli tapi lupa bayar haish..
Dia memandang Riana yang sudah terlelap itu. Perlahan bibirnya tersenyum.
"Kau lah perempuan pertama pernah buat aku rasa tenang..." kata Adyyan perlahan. Walaupun dia dikelilingi perempuan namun tiada satu pun yang dia tertarik. Namu bila dia berjumpa Mardriana dia lah perempuan pertama yang membuat Adyyan rasa tenang contohnya seperti sekarang.
Sampai di kereta Adyyan meletakkan Mardriana di tempat penumpang hadapan. Barang Mardriana di letakkan di belakang. Dia masuk ke bahagian pemandu.
Sesampai dirumah Mardriana. Dia mencempung badan Mardriana kembali.
"Assalamulaikum... Mama Alia... Papa Mark... " kata Adyyan. Alia yang mendengar terus melihat kearah pagar.
"Yaallah kenapa ni Adyyan... " kata Alia.
"Yer pun Ma bukak lah pagar ni... " kata Adyyan Alia tersengih lalu membuka pagar. Adyyan masuk dan berjalan kearah pintu masuk. Dia letakkan Mardriana di sofa.
"Eh kenapa dengan Riana ni Adyyan.." tanya Mark.
"Adyyan... Adik aku ni pahal doh.." kata Mardrianz yang baru keluar dari tandas dapur itu.
"Okay semua duduk aku cerita..." kata Adyyan semua duduk. Alia sudah mengusap kepala Riana.
"Macam ni... Tadi aku dengan Mardriana baru habis dari shopping..aku hantar dia sampai kereta dia lepastu aku bla lah... Aku gi singgah kedai ni Aifan mintak aku bayarkan barang dia... Aku lalu dekat kawasan lorong gelap lepastu aku dengar ade orang orang menangis bila aku tengok ade empat orang yang sorang tu tengah koyakkan baju Riana tapi waktu tu aku tak tahu tu Riana tapi waktu aku dah belasah tiga orang tu baru aku tahu tu Riana...." kata Adyyan panjang lebar. Mereka sudah membuat muka bengis lagi lagi Mark.
YOU ARE READING
MAFIA'S STORIES ✔︎
ActionBOOK 2 OF (Mr Mafia Miss Sombong...) Saya sarankan mana yang baru baca sila baca buku 1 seperti yang tertera. s̑̈l̑̈ȏ̈w̑̈ ȗ̈p̑̈d̑̈ȃ̈t̑̈ȇ̈ m̑̈ȃ̈y̑̈b̑̈ȇ̈.. Kisah Mafia dan keluarga yang tercintanya. Mardrianz anak kepada Mafia terkenal yang aka...