Bab 23

7.1K 285 8
                                    

I'm not your friend
or anything, damn
You think that
you're the man
I think, therefore, I am

-Billie Eilish-

----------------------------------------------------------------------

"Ahhh, macam mana lagi nak buat cerita ni jadi gempak?!" Pekik Nadia bengang, seorang gadis yang memakai tag nama dilehernya. Edy, menjeling sekilas. Heish, pompuan ni. Ingat dia sorang je ke yang serabut?

"Yelaa.. model tu masih lagi hilang. Lama pulak tu! Polis pun tak de khabar berita ke untuk kita tulis? Heish!!"

"Apa nak kecoh sis. Relax laa.. berita PA dia yang rentung dalam kebakaran tu pun tak habis lagi orang nak viral..." Kali ini Acap pula menyampuk. Teh tarik di hadapannya dihirup perlahan. Nadia mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.

"Yaaa.. memanglah berita tu tengah viral. Tapi masalahnya sekarang, netizen nak tahu Dianne Ardilla tu menghilang ke mana? Takkan langsung takde jejak kot? Entah mati ke apa ke? Macam mana?"

"Kalau dia mati, lagi masyuk lah citer dia.."

"Hotak kauu! Mulut tu jaga sikit..." Marah Edy. Sempat lagi dia mengetuk dahi Acap dengan sudu yang berada di tangannya. Nadia memandang dengan bibir sengetnya. Silap oranglah kalau membawang depan si Edy ni. Edy peminat setia nombor satu Dianne Ardilla kot. Model seksi dan hot, kaki panjang putih melepak siapa je yang tak minat? Acap? Gay mamat ni. Sebab itulah selamba sahaja mulutnya berkata demikian.

"Tak kisahlah... Tapi aku hairanlah, kenapa perempuan tu langsung tak muncul. Aku dah habis idea nak karang cerita pasal dia tau!"

"Aku rasa, apa kata kita stop dulu dan..."

"Makan!" Sampuk Acap lagi.

"Makan atok kau?! Diamlah sial!"

"Sambung, sambung! Tak payah layan mamat gayboy ni..." Balas Nadia tidak sabar.

"Kau tahu tak, aku dengar cerita...Rizqi Putra balik Malaysia senyap-senyap. Kau tak rasa pelik ke? Aku rasa macam nak tulis pasal mamat ni tau. Suspicious bodoh..."

"Rizqi?"

"Rizqi model international tu ke? Yang dekat Amerika tu?" Jawab Acap laju. Dia kalau pasal lelaki je laju. Lagi-lagi yang hot badan berketak. Gatal je rasa. Huhuhuu!

"Yeppp!"

"Tapi netizen Malaysia follow ke story mamat ni?" Soal Nadia. Tangannya ligat menekan skrin di telefon canggihnya. Instagram milik jejaka itu dibuka. Hmm, boleh tahan hensem!

"Kau cari ig mamat tu ke?"

"Haah.."

"Cer kau try scroll ig Dianne pulak. Mesti kau suka.."

Dahi Nadia berkerut. Tetapi jari-jemari tetap menurut kata Edy. Instagram Dianne Ardilla di scroll. Beribu-ribu gambar diperhatikan sepintas lalu. Apa yang menariknya?

"Scroll lagi.." ucap Edy. Acap juga turut mengalihkan perhatiannya ke arah telefon Nadia.

Beberapa saat kemudian, tubuh Nadia menegak. Terdapat satu gambar menarik perhatian matanya.

"OMG! Beb! Tengok ni!"

"Aku dah tengok dah.."

Nadia tergamam. Dia menekan gambar tersebut. Gambar seorang lelaki yang berbaju sekolah sedang memeluk bahu Dianne Ardilla yang kelihatan masih remaja itu. Gambar itu pula di tag kan dengan nama akaun Rizqi Putra. Nadia pantas membaca caption.

MY TUAN (COMPLETED)✓Where stories live. Discover now