Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja.
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya.
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...
-Ungu-
----------------------------------------------------------------------
Dianne Ardilla duduk termenung sejenak di atas katil bujang yang kini menjadi milik dia dan Tuan Hared. Apa yang dia rasakan saat ini hanyalah kosong dan sunyi.
"Hared.. cepatlah balik, i rindu..." Keluh Dianne. Dia memeluk kedua-dua belah lututnya yang rapat ke dada.
Dianne Ardilla kembali teringat sewaktu mahu menghantar suaminya di muka pintu. Mereka berpelukan seolah-olah tidak mahu berpisah. Maklumlah, hubungan anjing dan kucing mereka baru sahaja surut. Masih lagi bertatih-tatih untuk mengenal erti nikmatnya bercinta secara halal.
"You, cepat pergi! Nanti lambat..."
"Nak sayang, tak nak pergi..." Rengek Hared manja. Dianne tersenyum lebar dengan tingkah suaminya yang nakal. Wajah lelaki itu tenggelam di leher jinjang milik Dianne.
"Orang nak ikut sama, bie yang tak kasi.."
Tuan Hared mengangkat wajahnya dengan mata yang terkebil-kebil.
"Sayang panggil apa tadi? Ulang balik..." Pinta Tuan Hared.
"Ermm...bieee..." Ujar Dianne. Suaranya sengaja dileret-leretkan persis mahu menggoda.
"Sayang panggil abang, bie?"
"Erm.. kenapa? Tak suka ke?"
"Gila tak suka?! Abang.. eh bie rasa jantung bie macam nak meletup dah ni. Dengar tak bunyi dia?!" Kepala Dianne ditarik melekap ke dadanya.
"Bunyi apa tu bie? Kuatnya, macam bangunan runtuh!" Ujar Dianne yang sabar melayan kerenah nakal suaminya.
"Main-main pulak, seriuslah sayang.." omel Hared. Tapi apa dia peduli. Wajah Dianne didongak ke atas. Lantas satu kucupan hangat melekap di bibir lembap milik isterinya. Dianne terkedu. Sempat lagi anak matanya meliar memandang ke segenap arah. Setelah beberapa ketika, Tuan Hared menjarakkan wajah mereka. Senyuman jelas mekar berbunga di bibirnya.
"Sayang, tunggu bie balik okey? Jangan pergi mana-mana, jangan tinggalkan bie.. "
"Ya bie.. sayang tunggu bie balik ya? Bie cepatlah pergi kalau tak sayang heret bie masuk dalam...nak?"
Tuan Hared tersengih lebar. Berat benar rasanya kaki mahu melangkah pergi. Belum sempat Tuan Hared mahu memusingkan badannya semula untuk keluar, Dianne segera meraih lengan sasa itu. Tidak semena-mena dia mengucup hangat tangan suaminya. Tuan Hared terkesima.
"Bie jaga diri tau? Sayang tunggu bie balik." Dianne tersenyum manis tatkala mengucapkan itu. Entah kenapa, hati Tuan Hared berasa hangat seperti dipeluk erat. Dia mengusap lembut ubun rambut Dianne sebelum akhirnya dia benar-benar pamit dari situ.
----------------------------------------------------------------------
Tuan Hared mengambil tempat duduknya di bahagian belakang bas bersebelahan dengan tempat duduk Hayder Hakim. Dia menghela nafasnya seketika sambil melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Hampir dua jam perjalanan dan rombongan bas yang membawa ahli kelab bola sepak menuju ke destinasi di mana ia merupakan sebuah universiti terkenal di Malaysia berhenti seketika di RnR. Hared berasa perjalanan itu sangat jauh dan dirinya mula merasakan perasaan rindu yang mencengkam di dada.
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...