"Rizqi, Rizqi. Kau patut berterima kasih kepada aku. Sebagai bapa yang sangat sayangkan anaknya, aku dah cukup baik. Sudi kenyangkan perut raksasa kau Rizqi...""...Tapi itulah, dalam masa yang sama, aku terpaksa terima dapat anak yang tak kenang jasa macam kau. Aku yang suap nasi dalam mulut kau, tapi anak jantan keparat itu juga yang kau kisahkan. Heh?"
Sinis sekali suara dari corong telefon itu menempelak dirinya. Rizqi menggenggam penumbuk.
"Tapi aku tak minta uncle perlakukan diorang sekejam itu. Aku tak pernah minta semua tu terjadi! Kau yang ambil kesempatan!"
Rizqi membalas. Giginya terketap antara satu sama lain. Rahangnya bergerak-gerak. Hanya tawa yang kedengaran semakin kuat dari corong telefonnya.
"Are you sure my son? Hahahaha!"
"Jangan panggil aku anak kaulah sial! Aku tak ada bapa tak guna macam kau!"
"Ups, aku lupa! Maaf, maaf! Sejak kau dah bertukar jadi monster 15 tahun yang lepas, manalah kau nak ingat yang aku ni bapak kau kan? Haha! Tak apa, tak apa. Aku pun tak pernah berniat nak produce kan seorang manusia. Aku lebih berminat bila kau jadi syaitan sama macam aku. Barulah sesuai kita berdua.. betul tak?" Gelak tawa mengekek meledak di hujung ayat.
"Kau!!! Arghhh!!!" Telefon canggihnya terus dibaling ke dinding. Dia menjerit sekuat hati. Rak yang terletak di sudut dinding serta-merta dihumban kasar. Semua benda yang berada di hadapan matanya turut terkena tempias. Ruang bilik pejabatnya berselerakan seperti dilanda tsunami.
"Tak! T-tak! Bukan aku! Bukan aku! Orang tua tu yang perangkap aku! Aku tak ada niat pun! Aku tak ada niat! Arghh!!!"
Telinganya terasa berdesing. Berkali-kali dia menepuk kuat kedua-dua belah telinganya. Dia terus terduduk di lantai. Mengerekot sambil kedua-dua belah lututnya ditarik ke dalam pelukan. Mulutnya tidak berhenti daripada mengulang-ulang ayat tersebut.
"Bukan aku! Bukan aku! Bukan aku!"
END CALL berwarna merah terus ditekan. Dia tergelak sinis. Tangannya bermain-main dengan telefon pintar tersebut sebelum disuakan kepada wanita berbangsa Belanda di sebelahnya. Dia mendepakan tangan, membiarkan tubuh tuanya dihimpit mesra oleh dua orang wanita yang muda bergetah di sisi.
"Haih... Rizqi, Rizqi. Mudah sangat aku nak tunggang kau jadi keldai aku. Bodoh!" Raymond berbicara sendirian. Dia tersenyum senget. Gambaran Dato' Hafiz Zayne, adik kandungnya yang sudah pun meninggal dunia angkara dirinya menerpa di ruang ingatan.
Bukan! Bukan angkara dirinya. Tetapi angkara anaknya, Rizqi. Dia? Heh! Sekadar memenuhi permintaan anak lelakinya yang masih berusia 11 tahun ketika itu. Seperti anak orang lain juga, mahu dibelikan permainan untuk mereka dan begitu jugalah dia sebagai seorang bapa. Cuma yang membezakan Rizqi dengan anak orang lain, lelaki itu hanya meminta dia untuk menghapuskan sesiapa yang tidak menyenangkan anaknya. Itu sahaja.
Kejam?
Sekali lagi diingatkan, mereka berdua sama.
Bertubuhkan manusia, berjiwakan raksasa.
Raymond ketawa lagi. Kali ini dekahannya kedengaran lebih kuat sehingga memenuhi segenap ruang kamar tersebut.
_______________________________________________
"Welcome back Dianne Ardilla Zayne! Auchhh, i miss you babe, i miss you so much!"
Terhambur tawa dari bibir Dianne. Tubuhnya terus diraih ke dalam pelukan.
"Damn! I miss you too! I miss you all so bad! Erggghh!"
Mereka saling berpelukan beramai-ramai. Mahu sahaja dia menangis saat ini, berbulan-bulan tidak bertemu dengan teman-teman modelingnya, Fara, Cindy, Vivy, Luna, mekap artisnya, stylist, producer, camera man dan semua yang pernah bekerja dengannya dahulu dan termasuk jugalah musuh yang selalu mencaras popularitinya, Sara Julia. Mereka turut berkumpul malah sanggup berhabisan duit membuat event kecil-kecilan untuk menyambut dirinya. Dia benar-benar terharu.
"Dianne, i thought you memang nak biarkan i ganti tempat you. Nasib baik you cepat-cepat buat comeback. Kalau tak, ergh, memang padanlah muka you!" Celah Sara Julia dengan nada gediknya. Tangan melentiknya menampar-nampar manja bahu gadis itu. Dianne tersenyum lebar. Tangannya memeluk tubuh. Mereka yang lain sudah tersenyum-senyum memandang ke arah dua orang 'musuh ketat' itu.
Drama pukul tujuh nak mula dah!
"Auch, takutnya i Sara! Selak-selak je magazine i nampak muka you, scroll handphone i pun keluar muka you, i jalan-jalan dekat mall pun i nampak manaquin you! Ugh, sebelum i cakar muka you yang cantik tu dengan kuku kucing i ni, ada baiknya i buat comeback cepat-cepat. Ye tak cik Sara Julia?" Balas Dianne dengan nada yang tidak kurang gediknya.
"So, lepasni kalau you menghilang lagi Dianne Ardilla, i akan pastikan you tak dapat balik job-job you yang bertimbun tu tau! You tahukan, i Sara Julia cuma layak bersaing dengan you je. Takkanlah i nak bersaing dengan budak-budak junior? Ughh, stress i tau!"
"Don't worry dear! Lepasni i'm gonna make sure, gambar you akan jadi cebisan-cebisan je di celah-celah gambar vogue i, and then you akan meroyan and maki-maki i balik macam dulu, lastly i yang terpaksa temankan you pergi karok, makan junk food, enjoy macam tak ingat dunia semata-mata nak balas dendam dengan i. Jangan risau okay dear? I tadah je semua yang you nak buat pada i.."
"Main-mainlah you ni..." Rengek Sara.
"I just follow rentak you je dear.."
"I rindu you tahu tak?"
"I knew it.. i pun rindu nak gaduh dengan you! Come!"
Kedua-dua mereka saling berpelukan erat. Sara Julia hampir sahaja mengalirkan air matanya, cuma ditahan kerana ramai mata yang menonton drama sebabaknya dengan Dianne Ardilla. Habislah jatuh air muka diva i! Ni semua salah you Dianne!
"Dah, dah! Jom! Kalau nak tunggu you all berdua habis berdrama, sampai esok pagi pun takkan habis! Come Dianne. Penat tau kitorang cari sponsor buat red velvet cake tinggi-tinggi untuk you. See, dari jauh dah macam trafic light. Memanggil je tu minta you potongkan dia. Jumlah!" Ujar lelaki bernama Badrul itu. Dia juga merupakan salah seorang team yang selalu menjadi 'ekor' Dianne Ardilla. Ke mana sahaja Dianne perlu bercat walk, di situlah si Badrul and the gangnya akan berkumpul.
Dianne Ardilla tidak berhenti ketawa. Mereka masing-masing memaut bahu. Meriah sekali suasana di situ. Dia begitu terharu. Walaupun ada yang tidak senang akan kewujudannya di muka bumi ini, tetapi dia bersyukur. Dianne masih memiliki 'keluarga' seperti mereka. Sentiasa menyokong antara satu sama lain. Dengan Sara Julia yang dianggap seperti musuh ketika atas stage itu juga tetap boleh berkumpul dan bergelak ketawa sama-sama dan kerana itu jugalah dia mampu bertahan lama dalam bidang peragaan. Tiada istilah toxic. Gaduh-gaduh kecil itu perkara biasa. Hati Dianne Ardilla terasa senang.
YOU ARE READING
MY TUAN (COMPLETED)✓
Romance°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia...